Cuti2 Melaka sempena CNY

Author: Herman & Naza // Category:

As-Salam,

Adui, berkurun nak keluar entry cuti2 msia ni...hehe..dah lama type dan save kat draft tapi asik tak sempat nak upload gambar je. Sabtu 9hb yg lalu, kami pergi bercuti ke Melaka, percutian 3 hari 2 malam. Kami bertolak pada pukul 9.30 pagi dari rumah dan sampai pada pukul 2 petang. Lama kan? mahu tak lama, kami terpaksa mengharungi jem dari tol Skudai sampai Yong Peng. Pergh...hebat betul jem, memang bawak slow giler dalam 20 ~30km/j. Tapi kadang jadi ok sekejap, dapat lah bawak 60km/j.

After Yong Peng barulah perjalanan sedikit lancar bolehlah bawak laju sikit tapi jem semula di Tangkak tapi yang ni tak lama sangat, alhamdulillah kami sampai Homestay di Bukit katil lebih kurang pada pukul 2 petang. Mula2 after rehat2 kami plan nak ke taman rama2, tapi mengenangkan kami tak survey jalan lagi dan masa pun terhad sbb pukul 5.30 dah tutup, kami plan pergi keesokkan harinya. Malam tu kami bawa anak jalan2 di Mydin unutk beli makanan dan terus makan malam di McD.

Esoknya pagi2 lagi kami ke Taman Rama2, taman ni ok juga kalau nak compare dengan Taman Buaya, anak2 pun lebih happy di sini, mungkin tempatnya ala2 di Wildlife Sydney menyebabkan diorang happy. Kat sini pun boleh bagi makan ikan cuma beli je makanan ikan di entrance dengan harga RM0.50 satu plastik kecil. Pusing2 satu taman dan puas bergambar kami keluar dan makan tengah hari. Kemudian meneruskan aktiviti ke Melaka WOnderland tak jauh dari Taman Rama2.

Anak-anak kami memang suka ke Waterpark, so kali ni kami memilih ke Melaka Wonderland. Kami mandi lebih kurang 3~4 jam jugalah, kemudian hujan gerimis menyebabkan kami ambil keputusan untuk pulang. Aisya pula dah satu hari tak tidur, kemudian Aisya tertidur di tangan ku dengan baju mandi...hehe, ku minta tolong en.suami pegang Aisya kemudian tukarkan bajunya ketika tidur. Balik rumah baru mandi semula, sian dia kepenatan berjalan.

Malam tu kami makan di satu Restoran, lauk yang diorder macam biasa je, ada puyuh kicap, sup tulang, sayur kailan, ayam greng kunyit dan beberapa jenis air. Harga sama je dengan restoran sekitar JB, syukur takdelah kena tekan harga kan.

Keesokkan harinya, kami melawat Zoo Melaka sebab last kami pergi masa Amna berumur setahun, so..ni merupakan pengalaman pertama Hafiz dan Aisya ke sini. Tapi kali ni kami terpaksa menaiki tram al-maklumlah nak berjalan kaki dengan bawa anak2 ni pasti diorang akan mengeluh kepenatan tiba pertengahan jalan nanti. Jadi, dapat tengok binatang dari jauh je la, takpelah yang penting diorang happy kan. Keluar dari zoo kami terus bertolak balik ke Skudai dan kami sampai pukul 2 petang. 

Jom layan gambar kami di sana..

 Ni masa baru sampai, betul2 depan Taman Rama2

 Anak2 suka dapat bagi makan ikan

 
 1 happy family

 
 Lagi bergambar kenangan sekeluarga

 
 Di Melaka Wonderland

 Area sini, air sedikit sejuk tapi diorang tetap maintain

Bila mandi kat sini, kalau boleh tak nak naik sebab suka ada ombak

 Di zoo

 Ayah layan anak2 bagi makan gajah



***Tamatlah cuti2 untuk kali ni..tgh fikir next, nak pegi mana pulak ni..
















Bercuti...YEAHHH !!!!

Author: Herman & Naza // Category:

As-salam, 

Sabtu ni dah start cuti Chinese New Year, lama dah anak-anak tak dibawa pergi bercuti sejak balik Malaysia ni. So, buat permulaan ni kami plan pergi yang dekat2 je dulu, yang ongkosnya berpatutan gitu. Mungkin lepas-lepas ni boleh plan ke tempat yang lebih menarik lagi. 

Actually, ku plan nak ke Pulau Tioman, hoho...ku memang teringin sangat nak pergi sana. Tapi, bila dah ada anak-anak ni dan memandangkan tak berapa nak ada aktiviti di sana nanti, plan ditukar ke tempat lain. 

Bila dah ada anak-anak, mestilah kita sebagai ibu bapa lebih pentingkan untuk buat mereka happy kan. En.suami ingat nak buat kejutan tapi malangnya kakak Amna dah ternampak mama buka website tempat tu pun...hihi..

Tak sabar nak tunggu Sabtu ni untuk bersuka-ria satu family. Next time mungkin boleh bawa yang lain pula. Kali ni, nenek mereka pula nak ke Kelantan bersama mak usu, Mak Long pula masih dalam pantang, so kami je lah yang pergi. Mana tahu lepas ni nak ke Langkawi lagi ke...bolehlah ajak nenek.

Nak tahu kami ke mana? ehee...tunggu ku upload gambar je la ye... :)




Chill cheese cake - oder

Author: Herman & Naza // Category:


Ni lah satu kek lagi yang sama penghantaran dengan kek coklat indulgence kat bawah ni. 
Kek ni ditempah oleh Kak Suhaidah, kawan lama masa di sekolah dulu. 

Kak Su order cheese cake chocolate size kecil juga, size 6 inch dengan berat 1.2kg. 

Order code: #CCC03

Terima kasih diucapkan. 


Kek coklat indulgence - order

Author: Herman & Naza // Category:


Semalam, ku bertungkus lumus menyiapkan 2 biji kek untuk penghantaran ke Desa Tebrau,

Satu kek di tempah oleh Anim, teman lama semasa di VS dulu. Anim menempah kek Chocolate indulgence size 6 inch dan berat 1 kg untuk sambutan Hari Jadi anaknya.


Order code: #CIC03

Terima kasih buat Anim sebab sudi order. Sesiapa yang berminat, silalah isi form ye..






Red velvet cake004 - order

Author: Herman & Naza // Category:


Kek ni diorder oleh kawan lamaku, Hirnany. Lama sgt tak jumpa dia sejak dia dapat anak pertama sampai sekrg anak dah nak masuk 4 org. Anak sulong pun dah berumur 7 tahun.

Jom layan gambar kek ni. 


Nany cakap  tak perlu tulis apa2 di atas kek sebab kek ni untuk buat makan2 sempena kepulangan suaminya.

Kek ni size comel je, 6 inch dan berat 1kg. Berminat, boleh isi borang tempahan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...