Happy 6th Anniversary

Author: Nazariah // Category:
Hari ini merupakan Ulang tahun ke 6 perkahwinan kami. Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kami peluang hidup bersama sepanjang 6 tahun ini dan diharap semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kami.

Sungguh cepat masa berlalu, rasa baru semalam kami diijabkabulkan tanggal 29 Mei 2004. Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kami sepasang cahaya mata yg comel iaitu Nur Amna Nafisa dan Muhammad Hafizuddin. Kami sayangkan kalian berdua dan semoga menjadi insan yang berguna kelak.

Buat suami tercinta, En. Herman, semoga dapat menyelesaikan tugas sebagai student dalam masa yang diharapkan dan dapatlah kita kembali ke tanah air meneruskan kehidupan dengan lebih gembira. Semoga abang lebih tabah melalui liku2 kehidupan dan pembelajaran di bumi Aussie ini. Love u so much dan saya sentiasa di belakang abang.

Last sekali, semoga kami berdua dapat mengharungi segala dugaan hidup bersama di samping dua cahaya mata kami setakat ini. Mudah-mudahan ada rezeki lagi buat kami suatu hari nanti. Amin....


~ Happy 6th Anniversary ~




Klip video finalist AF8

Author: Nazariah // Category:
Klip video pelajar AF8

Post Grad Day anjuran MYPSA

Author: Nazariah // Category:
Salam semua,

Untuk pengetahuan semua, hari ini MYPSA menganjurkan Post Grad Day dan kami memulakan pagi ini dengan menyiapkan 20 keping sandwich untuk Post Grad Day yang diadakan di Malaysia Hall, Sydney. Sandwich ini merupakan menu wajib oleh kami dan beberapa lagi ahli yang lain.

Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.45 pagi dan sampai di Malaysia Hall pada pukul 9.15 pagi manakala majlis sepatutnya bermula pada pukul 9.30 pagi. Memandangkan cuaca yang kurang baik dan hujan renyai2 dari awal pagi, majlis tertunda hingga ke pukul 10.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan forum oleh empat orang panel dengan tajuk "Hidup di perantauan". Pada pendapat saya, rupanya masih ramai orang yang dilanda pelbagai dugaan ketika berada di bumi Aussie ini. Kalau kita rasa kita dah susah, rupanya masih ada orang yang lebih susah dari kita. Ada yang rumah dipecah masuk, kehilangan kereta, kehilangan laptop dengan hasil kerja PHD yang 6 bulan tidak berbackup, kesusahan mendapat pengasuh untuk anak, melanjutkan pelajaran di peringkat PHD dengan usia yang agak lanjut, supervisor mohon pencen ketika pengajian baru bermula dan pelbagai lagi dugaan2 lain. Semoga kami di sini dipermudahkan dan dilancarkan dalam segala urusan kami sehingga tamat pengajian suamiku di sini. Amin....

Acara seterusnya adalah pertandingan mewarna dan terdapat 2 kategori iaitu kategori 2 ~ 4 thn dan 5 ~ 6 tahun. Oleh kerana Amna masih 4 thn 5 bulan jadi Amna join kategori pertama
2 ~ 4 thn. Selain itu, untuk kanak2 berumur 7 ~ 8 tahun pula adalah pertandingan melukis. lukisan yang dilukis adalah mengikut kreativiti masing2. Selesai pertandingan mewarna, ada pula popkuiz untuk acara orang dewasa. Kuiz ini berjalan selama 30 minit. Selingan2 sambil menuggu kuiz adalah makan.
Nyam2....

Hidangan kali ini adalah nasi minyak yang disponsor oleh Abang Sam yang memegang tender kantin di Malaysia Hall. Terima kasih buat abang Sam yang sponsor nasi minyak untuk 200 orang. Selain itu ada bbq kambing dan ayam. Memang sedap....tapi dapat makan daging kambing je lah sebab tak sempat dah nak tunggu bbq ayam. Ramai orang beratur daa....

Majlis kemuncak adalah cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Kami memang belum bertuah lagi sebab nombor takde yang kena. Tapi terubat juga apabila Amna mendapat tempat pertama dalam pertandingan mewarna. Tahniah buat Amna, lepas ni banyakkan lagi latihan boleh masuk pertandingan lagi tahun depan.

Selesai majlis, kami sempat mengambil gambar sebagai ahli MYPSA. Kami bertolak balik pada pukul 2.30 petang. Ingatkan kami dapat singgah berbelanja sepert biasa tapi memandangkan masa yang dah suntuk, terpaksalah menunda hajat kami pada hari esok.

Jom layan beberapa keping gambar di sekitar majlis.

Antara ahli2 Mypsa yang hadir


Empat orang ahli panel yang dijemput khas


Kaum2 ibu bersama anak2 mereka. Suasana yang sungguh meriah.


Pertandingan mewarna telah bermula. Kesian bila dapat colour yang seakan2. Camne yek bila green jadi black, Oren jadi brown, merah jadi purple. Uish....Amna pun pening sebab tak banyak pilihan. Tapi colour dapat bawak balik.


Hafiz pun tak ketinggalan nak mewarna juga tapi tak masuk pertandingan sebab bawah umur. Hihi....


Hadiah untuk pemenang tempat pertama dan kedua bagi acara popkuiz oleh orang dewasa dan beberapa hadiah untuk cabutan bertuah.


Kanak2 lain yang sibuk mewarna. Lihatlah aksi mereka. Adik yang pakai baju oren ni merupakan pemenang melukis untuk kategori 7 ~ 8 tahun


Acara penyampaian hadiah, ni adik yang mendapat tempat kedua untuk kategori 2 ~4 tahun.


Tiba untuk juara Nur Amna Nafisa pula mengambil hadiah. Tq uncle....


Inilah hadiah yang Amna dapat.


Jom belajar mengira. Ada CD, ada buku dan kad untuk mengira.


Amna sedang susun kad


Dah hampir siap tapi setiap set cuma sampai 20 je. Camner ni Amna dah pandai kira sampai 50. Nampaknya lebih sesuai untuk adik Hafiz ni. Urm....

Akademi Fantasia 8 - Minggu 10 (Akhir)

Author: Herman & Naza // Category:
Konsert Akhir AF8


Diari Minggu 10 Hari 5


Diari Minggu 10 Hari 4


Diari Minggu 10 Hari 3


Diari Minggu 10 Hari 2


Diari Minggu 10 Hari 1

Resipi Nasi Beriani

Author: Nazariah // Category:

Salam semua,


Sebenarnya. ini merupakan kali ke-2 saya mencuba memasak sendiri nasi beriani. Masak kali pertama, terlebih letak pewarna jadi kurang menarik tapi alhamdulillah kali ke-2 ni lebih cantik nasiku ini. Hihi...cantik ke???

Untuk sesiapa yang belum pernah mencuba masak nasi beriani, bolehlah mencuba resipi ni ya. Resipi ni sedikit sebanyak saya belajar dari Kak Mas pakar masak nasi beriani. Tq buat kak Mas yang sudi mencurahkan ilmu ni. Ehm...memang sedap nasi beriani kak Mas. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya.






Bahan - bahan untuk nasi

2 sb butter untuk menumis
2 sb minyak masak untuk menumis
3 cawan beras beras Basmathi - dibersihkan, direndam 15 ~ 30 minit dan ditoskan
3 cawan air
1 cawan susu segar
1 btg kulit kayu manis
1biji buah pelaga
2kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma -koma atau pewarna kuning (Saya guna pewarna kuning)
1/2 biji bawang besar dikisar
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dikisar

2 biji cili hijau dibelah 2
1/2 sb halia
2 sudu besar rempah beriani (Kalau guna rempah beriani Shan, 1 sudu besar cukup sebab pedas sgt nanti)
2 tangkai daun ketumbar & daun pudina ( saya guna daun ketumbar je)
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit buah gajus / kismis
sedikit garam dan madu (untuk memaniskan nasi)


Cara-cara memasak

1) Panaskan butter dan minyak sapi di dalam periuk nasi,

2) Apabila telah panas dan cair masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar dan halia.

3) Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar yang dipotong dadu dan lada hijau yang dibelah 2. Tumis bawang dan lada tersebut hingga layu.

4) Masukkan rempah beriani yang telah dikacau dengan sedikit air. Tunggu sebentar sehingga rempah naik minyak.

5) Kemudian, masukkan pula buah tomato dan susu segar dengan api sederhana (Jika tidak susu akan berketul2).

6) Apabila agak mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. (Kacau agak2 je, jangan sampai beras menjadi hancur).

7) Masukkan pula air, daun pudina / daun ketumbar, garam dan madu kemudian masak nasi macam biasa.

8) Apabila nasi telah kering, boleh tuangkan pewarna. Aku buat lubang dalam 4 lubang camtu n tuang sikit2 pewarna tu. Pastu tutup semula periuk dan biar kering lagi. Selepas beberapa minit barulah dikacau.

9) Bolehlah masukkan badam dan kismis. Kacau dan tunggu sebentar.
Ok, siap untuk dihidang bersama daging beriani.


Jom kita tengok pula resipi daging beriani.




Bahan untuk daging beriani

1/2 kg daging dipotong sederhana besar
( Kalau nak ganti ayam pun boleh utk 1/2 kg ayam)
2 sudu besar yogurt

1 btg kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 1/2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar

2 biji cili hijau tak perlu dibelah
1/2 sb halia
2 sudu besar rempah beriani - Kalau nak pedas, boleh tambah lagi
2 tangkai daun ketumbar, daun pudina dan daun bawang ( saya guna daun ketumbar je, yang lain takde)
1 biji tomato dibelah 4
1 sb sos tomato
1 biji kentang dibelah 4
sedikit susu segar
sedikit air
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara- cara memasak

1) Kacau daging dengan yogurt dan biarkan sehingga 15 minit ( Untuk daging mudah lembut)
Optional kalau takde pun takpe tapi lama sikit nak tunggu daging empuk.
p/s : Kalau guna ayam, tak letak yogurt pun takpe sebab ayam mudah masak.

2) Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih


3) Masukkan pula bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan halia.


4) Kemudian masukkan rempah beriani juga dikacau dengan sedikit air.


5) Apabila rempah telah naik minyak boleh masukkan daging diikuti dengan air. Masukkan air aras2 daging sahaja.

6) Masukkan pula bahan lain iaitu sos tomato dan susu segar tadi.

7) Masukkan kentang dan tutup periuk dan masak menggunakan api yang sederhana hingga daging dan kentang empuk.

8) Setelah daging dan kentang hampir empuk bolehlah masukkan garam, gula, serbuk perasa, buah tomato dan segala jenis daun. Masak hingga kuah kelihatan agak pekat.

9) Setelah kuah kelihatan pekat bolehlah diangkat dan sedia dihidang bersama nasi beriani tadi.

Amacam? Mudah kan. Oklah, tak susah sangat dan bolehlah buat sendiri disamping tak perlu ke kedai mamak lagi. Hihi....( Tak pernah pun gi makan nasi beriani kat kedai mamak area Sydney ni. Mesti mahal jadi kenalah buat sendiri).
Alhamdulillah husbandku cakap sedap dan masa masak tu, dia punya bau memang macam bau kat kenduri kahwin daa.... habis satu rumah bau nasi beriani.


Nasi beriani yang telah dihidang bersama daging beriani. Nyum3....

Selamat mencuba ....

Akademi Fantasia 8 - Minggu 9

Author: Herman // Category:
Debaran Konsert 9 AF8 (16/05/2010)


Konsert 9 AF8 (15/05/2010)


Diari Minggu 9 Hari 5


Diari Minggu 9 Hari 4


Diari Minggu 9 Hari 3


Diari Minggu 9 Hari 2


Diari Minggu 9 Hari 1

La- Perouse

Author: Nazariah // Category:
Sambung lagi untuk 2nd entry pula. Sorry sebab semalam dah mengantuk sangat, hari ni baru dapat tenaga nak sambung balik cerita. Ok, semalam sebenarnya kami keluar dari rumah pada pukul 10.30 pagi dan pergi ke Maroubra untuk mengambil satu lagi barang yang kami beli kat E-bay. Barang tersebut adalah DVD player jenama Philips. Husbandku menang bid dengan harga Aud15. Oklah juga kan, tak mahal sangat sekadar memenuhkan kabinet TV yang baru. Kalau tak, terasa kosong plak kabinet tu.

Kebetulan kawasan tersebut berdekatan dengan La-Perouse dan ia merupakan tempat bersejarah. Di sana juga terdapatnya museum dan kebetulan ianya terletak di tepi laut. Kami sampai di La-Perouse dalam pukul 11.30 pagi dan ketika itu masih lagi banyak tempat parking. Suka sebab tak perlu berpusing2 mencari parking seperti tempat lain yang kami pergi sebelum ni di Bondi dan Cogee beach.


Ni masa baru turun dari kereta dan cuaca pun tak panas sangat. Masih boleh tahan lagi.



Pemandangan dari tempat parking. Di seberang sana ada pantai, boleh pergi ke pantai tu tapi kena lalu jalan lain dan kami tak pergi pun sebab datang sini tak terfikir pun untuk mandi just datang jalan2 aje. Tapi airnya sangat cantik hingga kehijau2an gitu warna airnya.


Lagi pemandangan sekitar


Hafiz ketika tunggu mama dan Amna.


Bergambar kenangan di salah satu kota kat sini. Macam tugu lah kot...


Mama, Amna dan Hafiz pun tak melepaskan peluang bergambar kat sini


Sebelum meneruskan pengembaraan kami ke pulau kecil di sana, kami sempat duduk sambil menikmati aiskrim. Beli dua je sebab satu pun dah beharga Aud3.50, lagipun kami ada juga bawa makanan ringan lain seperti coklat, biskut, air dan mamee...

Biasalah kalau Amna dan hafiz makan aiskrim kalau tak comot memang tak sah jadi kami beli perasa vanilla untuk mengelakkan baju mereka dari kotor. Kalau beli aiskrim coklat mesti kotor punya baju diorang. Time tuh, nak jalan pun dah tak syok. Menikmati aiskrim di tengah panas. Hihi....tak panas sgt pun sebenarnya sebab tak berpeluh pun. Angin plak bertiup sepoi2 bahasa memanglah syok bersantai.

Ketika menikmati aiskrim kami terlihat beberapa kapal melalui kawasan perairan ini. Kapal2 tersebut adalah kapal MSC dan Maersk Line.











Kapal kargo MSC di sebelah kiri dan kapal kargo Maersk Line di sebelah kanan. Banyak lagi kapal2 yang lalu tapi tak nampak plak nama kapal tersebut. So, tak ambik gambar.

Setelah selesai bersantai dan menikmati aiskrim yang sedap, kami meneruskan perjalanan ke pulau kecil tadi. Ok, aku citer lebih lanjut sambil lihat gambar kami ketika berjalan kaki ke pulau berkenaan.

Suka betul Amna dan Hafiz bila tengok kawasan lapang mcm ni. Dapatlah lepas rindu nak berlari2.

Selepas menuruni bukit tadi untuk menuju ke jambatan yang menghubungkan pulau.


Itulah jambatan yang akan kami lalui nak ke pulau di seberang sana.


Semasa melalui jambatan. Agak panjang juga jambatan ni dan ada pengunjung yang mengambil kesempatan untuk memancing ikan. Kalau jenguk ke bawah memang nampak begitu banyak sekali ikan. Memang seronok, kalau pakai jala gaknya lagi senang dapat banyak kot. Hihi...



Di sana pula, kelihatan bendera negara Australia.


Gambar selepas menuruni jambatan maka sampailah kami di tepi pulau ni.


Sedang mencari tempat yang boleh bersantai


Dipenuhi kawasan berbatu yang cantik


Tak tahu plak lah nak melawat tempat camni, boleh lagi aku pakai high heel. Huhu....Time ni Amna sibuk nak mandi sampai dah nak merajuk juga dia sebab tak dapat mandi. Takpelah Amna, lain kali ok.


Bila ombak memecah pantai, wujudlah buih2 di lautan....chewahhh....


Kami ingat dapatlah pusing satu pulau dan kembali semula ke jambatan tanpa perlu berpatah balik. Rupanya dah takde jalan daa...Sebelum bertolak pulang sempat juga kami bergambar untuk kenangan kami di sini. Yang penting latar belakang laut ni memang lah cantik....


Bergambar di kawasan batu dinding. Tak surela ke batu kapur ni ekk...Hihi....


Aku pun tak ketinggalan nak bergambar di sini juga


Ramai pengunjung yang melakukan aktiviti memancing.


Ada juga yang menjalankan aktiviti scuba diving. Mesti best kan. Aku pun tak pernah cuba lagi.


Dalam perjalanan balik ke tempat parking. Amna pun dah mengadu sakit kaki sebab dia terjatuh. Kaki pun ada luka sikit. Sikit je, taklah sampai berdarah tapi biasalah anak dara kami ni. Sakit sikit merajuknya lebih...:P


Sempat lagi aku zoom untuk snap gambar air yang jernih ni. Lupa plak nak zoom ke ikan yang banyak tu...


Sempat juga snap gambar pantai di sebelah sana. Ni snap gambar dari jambatan.


Sebelum meninggalkan La-Perouse, kami ternampak satu lagi bangunan bersejarah di sini. Inilah museum yang aku citer masa mula2 tadi, tapi kami tak singgah sebab anak2 pun dah kepenatan.

Sebelum pulang kami makan tengahari di kedai kebab kat Randwick. Kebab ayam dan daging kat kedai ni memanglah sedap. Cuma sebab ia jauh dari rumah kami, jadi kami baru makan 3~4 kali. Biasanya, kami beli kat kedai kebab di Petersham aje.

Setelah menilik menu2 yang kat sebelah ni kami decide untuk makan kebab daging dan ayam bersama kentang goreng sahaja. Nak mkn pizza, baru je mkn minggu lepas. So, kebab jelah...yang penting sodap.


Ni dia, kebab daging dengan sos bbq dan kentang goreng


Ini pula kebab ayam yang sangat sedap...nyum3...

Sebelum sampai ke rumah, kami terpaksa menunaikan hasrat Amna untuk ke park berdekatan rumah kami. Aku dan hafiz tak turun kerana Hafiz sedang lena tidur dan tak sampai hati plak nak kejutkan dia. Penat sangat dah dia... So, Amna hanya ditemani ayah. Sampai rumah, jam menunjukkan pukul 2.30 petang maka berakhirlah pengembaraan kami semalam. Huhhh...letih betul rasanya.

Akademi Fantasia 8 - Minggu 8

Author: Herman & Naza // Category:
Debaran AF masuk(9/9/2010)


Konsert 8 (8/9/2010)


Diari Minggu 8 Hari 5


Diari Minggu 8 Hari 4


Diari Minggu 8 Hari 3


Diari Minggu 8 Hari 2


Diari Minggu 8 Hari 1

Cronulla Marina

Author: Nazariah // Category:
Hari ni aku nak post 2 entry, satu entry untuk aktiviti yang kami lakukan semalam dan satu lagi nak citer pasal La-Perouse yang kami pergi hari ni.

Ok, kita mulakan dengan citer semalam dulu. Seperti biasa aktiviti kami pada setiap hari Sabtu adalah pergi berbelanja di Woollworth. Tapi semalam berbeza sedikit sebab kami keluar rumah seawal pukul 9.30 pagi untuk ke Cronulla. Tujuan sebenar kami adalah mengambil barang yang kami beli di E-bay. Barang tersebut adalah kabinet TV yang beharga Aud 1 sahaja. Wahh, jangan tak percaya Aud 1 aje ok. Memang berbaloi....


Inilah kabinet TV yang kami beli dengan harga Aud 1. Murah kan....


Tadaa...setelah letak TV dan DVD player yang kami beli tadi.


Actually, kami ada berkenan pada satu lagi kabinet yang lebih cantik tapi sayangnya apabila dah ukur kepanjangan kabinet tersebut dengan keluasan rumah, terpaksalah lupakan hasrat kami itu. Al-maklumlah rumah kecil akan bertambah sempit bila bertambahnya perabot yang besar2. Jadi, kami terpaksalah beli kabinet TV yang simple ni. Tapi pada aku, dengan harga Aud 1, sangat berbaloi dan tak sangka kabinet ni import dari Malaysia. Haha...jadilah seperti kami gunalah barangan buatan Malaysia walaupun berada di OZ.


Made in Malaysia...:D

Kebetulan, kawasan rumah seller yang kami pergi tersebut berdekatan dengan tempat sewaan boat untuk ke pulau2 atau ke pantai2 sekitar. Memang best sebab kita boleh menyewa houseboat yang dilengkapi dengan bilik, dapur dan ruang tamu dan sesuai untuk 8 orang dalam satu boat.Tapi, mungkin tak sesuai untuk kami kot sebab sewanya mestilah mahal jugak. Huhu...tak mampulah rasanya.


Houseboat yang dilengkapi dengan ruang tamu dan perkakas lain.

Jom tengok gambar2 kami ketika di sana.


Ni masa baru sampai dan dah ambik kabinet tv. Rumah seller hanya di sebelah kanan sahaja.


Banyak betul boat yang sedang menunggu untuk disewa. Tapi yang peliknya
kawasan ni lengang je.


Hafiz tengok mana plak ni, tak fokuslah Hafiz ni...


Inilah laluan untuk menaiki boat.


Signboard untuk ke tempat2 lain di sekitar Cronulla, banyak juga tempat yang boleh pergi kan.


Hafiz tengok ape tuh? penat mama panggil tak nak toleh, at last ayah bergambar sorang jek.


Awaitnya Amna masam sangat tuh. Mama pulak terlebih senyum. Hihi....


Antara banner yang tergantung di sekitar. Kalau tengok air tu macam kotor tapi sebenarnya sangat jernih cuma banyak ranting kayu dalam tuh dan banyak sangat ikan kat bawah jambatan ni tau. Suka sangat tengok.


Gambar candid.

Setelah selesai bergambar untuk kenangan di sini, kami meneruskan aktiviti harian dengan berbelanja mingguan di Woolworth. Selepas itu, kami singgah pula McD halal di Puncbowl untuk makan tengahari. Walaupun dah banyak kali kami makan di McD, tapi kami memang jarang snap gambar. So, sebagai tatapan ada sedikit aksi Amna dan Hafiz ketika di McD.


Smile...:D


Aksi Amna dan Hafiz ketika menunggu ayah membawa makanan. Sebenarnya Hafiz tu nak buat peace macam Amna tapi tak pandai. Tu yg jd camtu tgn dia. Hihi....


Yeahhh....makanan dah sampai


Seperti biasa, selepas makan mesti Hafiz akan main benda ni


Amna yang tengah berangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...