Resipi Soto ayam Johor

Author: Nazariah // Category:


Lama betul tak post any resipi kat blog...banyak kali kalau masak dan nak post resipi mesti semangat masa snap picture jek...pastu gambar tu dok bertapa kat dlm camera...hihi...nampak benor malasnya nak mengupdate blog...

Dah banyak kali sebenarnya buat soto ke bihun soto ke cuma normally taklah letak bergedil...tapi kali ni resipi soto bersama bergedil ok... Sebelum ni kalau masak sup, aku guna rempah sup adabi dari Malaysia...tp baru2 ni rempah sup tu habis plak...so, aku try la guna Indon punya rempah soto, nama dia "Bumbu Soto Ayam"...rasanya kurang berkenan dek tekak...warnanya agak kuning mungkin letak kunyit, seminggu fobia nak buat sup mengenangkan sup yang kurang sedap...hukhuk...


Nilah bumbu yang kurang sedap tu...erk...

Pastu, carik plak rempah lain dan terjumpa plak jenama "Bamboe". Rempah ni boleh tahan rasanya akan2 sama dengan rempah sup adabi. Satu paket boleh guna untuk dua kali masak...


Yang ni rasa boleh tahan...rasa macam rempah sup Adabi...siap ada tanda harga lagi...hikhik...


Jom tengok resipi soto ni...

Bahan-bahan

  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Beberapa ketul ayam (boleh pilih bhg kepak, leher dan peha)
  • Rempah sup, rempah tumis (kayu manis dan bhn lain)
  • Bawang merah, bawang putih dan halia diblend
  • satu biji kentang
Hiasan soto
  • Ayam goreng yang diracik
  • Bawang goreng
  • Daun Sup
  • Taugeh dibuang ekor dan dicuci
  • Soo hun - digoreng(tak buat pun)
  • Kacang tanah digoreng (pun tak sempat buat)
Bahan untuk sambal kicap
  • Beberapa biji cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • sedikit kicap manis
  • sedikit lagi gula jika suka manis

Cara-cara memasak sup

  1. Masukkan sebatang kayu manis, dan rempah tumis lain seperti buah pelaga dan bunga cengkih
  2. Tumis pula b.merah, b.putih, halia yang diblend sehingga kuning naik bau. Kemudian masukkan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air. Bila dah keluar minyak bolehlah masukkan semangkuk air.
  3. Kemudian, masukkan ayam, boleh ditambah dengan kentang dan masak hingga empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
Untuk ayam hiasan

1) Pilih ayam bahagian dada, letak sedikit garam dan kunyit dan goreng seperti biasa
2) Racik2 ayam untuk dibuat hiasan pada soto nanti


Untuk sambal kicap
  1. Kisar atau tumbuk semua bahan dan gaul rata

Resipi bergedil daging
  • 5 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
  • 2 genggam daging cincang
  • 1 atau 2 biji telur dipukul
  • sedikit bawang goreng
  • sedikit daun sup, dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian tumbuk lumat kentang tersebut.

  2. Cincang bawang putih, kemudian masukkan bawang putih, garam dan lada putih ke dalam kentang dan daging cincang.

  3. Masukkan juga bawang goreng dan daun sup ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

  4. Selepas adunan rata, bolehlah bentukkan bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.

  5. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam sebiji telur yang telah dipukul dan kemudian goreng.


Cara penyediaan soto
  1. Potong nasi himpit yang telah direbus
  2. Tuangkanlah kuah sup ke atas nasi impit.
  3. Hiaskan nasi himpit tadi bersama ayam yang diracik, bawang goreng, daun sup, taugeh,soo hun goreng, kacang tanah yg digoreng dan bergedil.
  4. Bolehlah letakkan sedikit sambal kicap
  5. Sedia untuk dihidang


Soto ayam stail Johor...hihi...nama Johor tak tinggal tu...ekekeke...ni untuk makan tengah hari


Bihun soto, bukan bihun sup ok...ni untuk makan malam...yummy...



***Puasnya dapat makan sushi hari ni***

Berita gembira....

Author: Nazariah // Category:

Salam semua...


Sebenarnya dah lama nak kongsi berita gembira ni tapi sebab awal lagi...tu yang ditangguhkan dulu hinggalah ke hari ni. Syukur sangat bila Allah memakbulkan impian kami untuk menambah ahli keluarga....yup, aku disahkan mengandung. Sekarang ni usia kandungan aku dah 14 minggu....Due date pula adalah 7 hb Julai 2011. Hafiz akan dapat adik pada usia 3 tahun...macam tu juga masa Amna dapat adik (hafiz) pun masa umur 3 tahun juga. Setakat ni anak kami 3 tahun sorang....target 5 orang anak n last anak masa umur aku 35 tahun....InsyaAllah, ni planning jek Allah juga yang menentukan... ramai betul kan...hihi.... Sebenarnya adik-beradik aku 4 orang, husband plak 6 orang....jd kami setuju untuk ada 5 orang anak....tgh2 gitu...saje berangan dulu.... tak salah kan...hihi...

Pukul 9 pagi ada appointment dengan doktor untuk ambik result scan dan test darah. Sebelum ni ada buat test darah dua kali, yg sekali tu sampai 4 tabung uji...adus...jgn kurang darah lak badan aku nnt sudah. Nasib baik yang kali ke-2 satu tabung je.... alhamdulillah kedua2 test, darah dalam keadaan normal. Scan plak pun ok...dah boleh nampak kepala baby dan anggota badan yang lain...dah complete... kalau banding buat scan kat Malaysia, aku tak berapa faham sgt, mana kepala, tangan, kaki semua tapi beza kat sini dah boleh nampak dengan jelas...cuma jantina bayi belum tahu lagi...InsyaAllah tggu mggu ke 18 atau 20 nanti utk scan kali kedua. Doaku semoga baby dalam kandungan aku membesar dengan sihat sehinggalah aku selamat melahirkan. Semoga aku diberi kesihatan selama aku pregnant ni...al-maklumlah, aku kalo mengandung mesti kena sakit2 badan semua...rasanya orang lain pun mcm tu juga cuma kat sini takde mak yang boleh minta tolong urut, cuma boleh harapkan cik abang je...

Time nilah terkenang zaman Amna dan Hafiz membesar...Jom layan gambar Amna n Hafiz masa baby sampai sekarang...

Nilah gambar Amna masa kat sepital...baru satu hari...berat 3.17 kg

Ni pulak Hafiz baru beberapa jam dilahirkan dgn berat 3.53 kg...


Amna 4 bulan....nampak semangat...eh, macam kenal je beg dgn pendrive kat belakang Amna tuh...hihi...

Ni Hafiz 4 bulan...alala...cenyum2 lak...

Ni tak ingat Amna berapa bulan, dlm 5 ~ 6 bulan kalau tak silap


Ni pulak Hafiz umur 4 bulan


Gambar masa hari raya, Amna umur 10 bulan


Ni Hafiz umur setahun...

Ni gambar hari raya juga, Amna usia 10 bulan...baju kurung je lain


Hafiz setahun...pakai baju melayu...masa ni dah kat sydney

Amna umur dua tahun....

Ni plak Hafiz 2 tahun...masa makan kat McD Melaka...

Kakak Amna dan Abang Hafiz sangat2 tak sabar nak tunggu baby lahir...agak2 lah baby ikut muka sape yek...hihi...tunggu...



* Doakan aku selamat bersalin yer...walaupun lama lagi...

Picnic di La Perouse sempena tahun baru

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum wbt....

1th January 2011, kami ke La-Perouse sekali lagi untuk berpicnic. Sebelum ni pergi tapi tak mandi...Sebenarnya perkelahan ni adalah last minute planning.... Petang Jumaat tu Ijan (husband kak Mas) ada call husband aku untuk mempelawa kami picnic sama2 dengan diorang....mula2 kami tak bagi keputusan lagi disebabkan kesihatan aku yang belum berapa baik. Tapi dah malam tu bila rasa macam dah terasa sihat sikit aku call kak Mas dan cakap kami setuju cuma aku tak dapatlah nak bawa bekal yang best2 sangat sebab tak sihat kan...hihi..

Banyak bot2 berdekatan dengan beach

Kami bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi dan terus ke rumah kak Mas...kami bertolak bersama2 dan sampai di La-Perouse lebih kurang pukul 9.00 pagi. Walaupun seawal 9.00 pagi kami sampai tapi Mat Salleh sini datang lebih awal dari kami...pukul 9.00 tu beach dah penuh dah...nasib baik dpt juga tempat port utk dirikan khemah dan tak payah jalan jauh2 sangat...

Khemah tempat berteduh...

Aku taklah excited sangat untuk picnic kali ni sebab kami pun baru je balik dari Gold Coast...cuma suka bila dapat teman anak2 main pasir dan mandi laut... mama dia tak mandi pun...just ayah je yang teman Amna n Hafiz mandi....air kat sini sangatlah sejuk kalau nak dibandingkan dengan Gold Coast...Hafiz masuk air pun cepat je dah menggigil walaupun dia suka...Cuma yang best beach ni sebab ombak dia kecil je...memang tak takut kalau nak biarkan anak main air sendiri sebab husband aku cakap beach ni tanjung yang dilindungi satu pulau kecil...jadi ada kaitanlah dengan ombak2 ni...hihi...sebelum ni kami ke pulau, ombaknya memang besar...nak mandi pun takut kat situ...


Kakak nak mandi tapi tak bukak hat lagi...hihi...btw...air tu sangat2 jernih tau...suka...:)

Hafiz masih takut2 nak mandi...ayah pulak sibuk ambik pasir nak buat castle...


Aktiviti menyiapkan istana pasir...hikhik...


Ni dia...castle kami...ayah paling bertungkus lumus menyiapkannya...saling tak tumpah mcm castle masa kat Gold Coast...hihi...

Kak Mas n family...:)

Kami bawa bekal nasi goreng dan ayam kfc je...haha...ayam kfc masak sendiri... kak Mas pulak bawak bihun goreng...memang simple je kan...lagipun dua keluarga je. Kalau masak susah pun, sure bawak balik semula punya... Lg satu, untuk picnic kali ni takde bbq2...hihi...kalau ada pun sape pulak yang nak makan...erm...penat je nanti....Lepas buat castle dan teman anak2 mandi, kami pun makan makanan yang kami bawa.....simple2 pun sedap juga kalau dah lapar...hihi...


Masa makan...geram kat Amna n Hafiz...dah cuci tangan sume nak makan boleh main pasir lagi....aduhai...anak2...

Selesai makan, kami membersihkan badan dan berkemas untuk balik...lagipun dah rasa matahari dah kat atas kepala...kulit yang pegi Gold Coast pun tak sempat nak pulih lagi...dah
pergi gelapkan kulit lagi...sabo je lah. Pasni memang kena stopkan aktiviti ke beach untuk sementara....kasi kulit kembali normal dulu..hihi...


***Esok... memulakan rutin harian dengan sesuatu yang baru....tggu next entry ya...***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...