Kediaman sementara di Malaysia Hall

Author: Herman & Naza // Category:
Sebelum anda sampai ke Sydney, anda perlulah merancang terlebih dahulu di mana anda akan menetap sementara sebelum mendapat kediaman tetap. Pada kebiasaanya, pelajar Malaysia yang akan belajar di sekitar Sydney (UNSW, UniSyd, UTS), akan menetap sementara di Malaysia Hall Sydney (Dewan Malaysia Sydney). Lokasi MHS adalah di 2A, Alison Road, Randwick, NSW 2031. Bilik (studio room) biasanya dilengkapi dengan 2 katil bujang, 3 meja study, built-in wardrobe, toilet dan shower.

Sesiapa yang ingin belajar di sekitar Sydney bernasib baik kerana adanya MHS ini kerana sewanya agak berpatutan sekali. Sewa untuk pelajar adalah AUD6/sehari manakala untuk pasangan AUD12/sehari. Tiada sewa dikenakan untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun. Selain itu, makanan di sini disediakan oleh pihak Malaysia Hall (tidak dibenarkan masak di bilik). Pihak yang mengelolakan makanan adalah 'Abang Sham' dan tukang masaknya. Jadi perlulah bayar yuran untuk makan!! Kalau tak silap saya, yuran adalah AUD8/sehari untuk pelajar dan AUD12/sehari untuk pasanagan. Tiada yuran untuk kanak-kanak (rasanya bawah 3 tahun), untuk kanak-kanak ni kena confirm lagi dengan abang Sham samada perlu bayar ke tak? Yuran makan biasaya dibayar advance terus kepada abang Sham (bayar per week pun OK). Makanan di sediakan 2 kali sehari, sarapan pagi (7~10pagi) dan makan malam (6~8malam).

Jadi untuk tidak melepaskan peluang tinggal sementara di MHS, anda perlulah mohon awal sekurang-kurangnya sebulan sebulan tiba di Sydney kerana bilik sentiasa penuh. Kalau tidak anda mungkin perlu tinggal di hotel2 murah yang sewanya lebih kurang AUD50~100/sehari. Untuk yang masih bujang, anda berpeluang mohon tinggal untuk jangkamasa panjang (mungkin sepanjang anda berada di sini). Untuk pasangan, tempoh dihadkan kepada 2 minggu sahaja (paling lama 3 minggu atas belas ikhsan perngurus MHS). Dalam masa tersebut perlulah berusaha untuk mencari rumah seberapa segera kerana suasana di dalam bilik MHS tidaklah sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai anak2. Untuk mendapat borang permohonan, anda boleh dapatkan di website ini:
http://www.msda.org.au

Borang yang telah lengkap bolehlah di scan dan dihantar by email kepada Puan Norhani Yunus (kami panggil Kak Nani) iaitu wardens MHS di alamat myhallsydney@msda.org. Boleh juga fax kan ke +61(02)9398 5535. Dalam masa 2~3 hari, Kak Nani akan balas samada berjaya atau tidak. (Tips: kalau tak berjaya, email lagi lebih kurang macam rayuan. InsyaAllah Kak Nani akan ikhtiarkan, ini berlaku pada saya).

Note: Bagi yang tinggal di Melbourne, ada satu lagi Dewan Malaysia di Melbourne.

OK. Selamat mencuba sesiapa yang nak belajar di sini. Sila lihat di bahagian Galeri (Blog Menu) untuk melihat gambar2 keadaan di MHS.

4 Responses to "Kediaman sementara di Malaysia Hall"

Anonymous Says :
November 21, 2012 at 10:02 PM

kalau kami,plajar usim nilai, nak buat prog dakwah@ islamik di sydney, kalau pginapan n mkanan tu cm mana ye harga?? boleh convert ke mlaysia x mata wang tersebut,terima kaseh

somdee Says :
May 5, 2014 at 2:50 PM

Assalamualaikum.kalau kami nk buat lawatan ke sydney boleh tak kami nak sewa .Ada tak pelajar malaysia buat khidmat pemandu pelancung.sbb kami ni melancung bajet

Herman & Naza Says :
May 12, 2014 at 4:26 PM

Waalaikumsalam, boleh menyewa di Msia Hall, tp biasanya mengikut kekosongan..cara lain mgkin boleh sewa rmh student yg pulang ke Msia pd tarikh tersebut. Utk khidmat sewa rumah dan khidmat pemandu pelancong mgkin boleh bertanya di FB. Taip je, MyPSA-NSW(Malaysian Postgraduate Students' Association - NSW Australia). Harap membantu

Unknown Says :
January 8, 2015 at 7:11 PM

Assalamualaikum
adik saya baru dapat tawaran belajar kat unsw bawah tajaan mara. Ada tak persatuan pelajar-pelajar malaysia yang boleh saya contact utk urusan atau sebarang pertanyaan kerana dia start belajar 2 Mac 2015 ni.keluarga kami tidak pernah ade pengalaman lagi belajar di luar negara. Jika ada boleh email terus kepada saya norashikinashari@gmail.com. Saya sangat memerlukan bantuan ini dari pihak puan. Terima kasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...