Nasi Ayam

Author: Herman & Naza // Category:

Bahan-bahan

Untuk nasi

3 cawan beras

2 sudu butter (marjerin pun boleh)
satu inci halia dikisar,
3 ulas bawang putih dikisar

air rebusan ayam
Garam


Untuk rebusan ayam
1 inci halia dikisar,
3 ulas bawang putih dikisar,

Bahan untuk perap ayam sebelum digoreng atau dibakar
3 sudu sos tiram,
3 sudu kicap,
2 sudu besar madu
2 inci halia dikisar,
3 biji bawang putih dikisar.


Untuk sup

1 biji bawang besar,

sedikit rempah sup,

air rebusan ayam,

Garam

Serbuk perasa


Bahan Untuk Sos
4 biji lada merah,

2 ulas bawang putih,

1/2 inci halia,

2 sudu sos cili,

Garam,

Gula


Bahan Hiasan
Daun sup
Bawang goreng


Bahan-bahan lain
Salad
Timun
Tomato

Cara- cara memasak nasi
Tumis bawang putih dan halia menggunakan marjerin @ butter.
(Tumis dalam periuk nasi).
Bila naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan.
Kemudian masukkan air rebusan ayam (menigikut sukatan seperti masak nasi biasa) Garam secukup rasa. kemudian masak seperti biasa.

Cara- cara memasak ayam
Rebus ayam bersama halia dan bawang putih hingga ayam separuh masak.
Angkat ayam dan perap bersama bahan perapan paling kurang 10 ~ 15 minit. (Lagi lama lagi sedap). Kemudian goreng atau bakar ayam hingga masak.

Cara membuat sup
Tumis bawang yang telah dikisar bersama rempah sup.
Masukkan air rebusan ayam tadi. Garam dan serbuk perasa. Masak sup seperti biasa. Hias bersama daun sup dan bawang goreng untuk rasa lebih enak dan bau yg lebih wangi.

Cara membuat
sos
Manakala untuk sos pula, blend cili merah bersama halia dan bawang putih. Masak bahan tadi , kemudian masukkan sos cili, garam dan gula.


2 Responses to "Nasi Ayam"

syahida Says :
October 10, 2009 at 10:19 AM

Salam...
Naza, nasi ayam nih memang kellas gituu...
Lepas ni nak cuba coklat kek resepi Naza tu...wish me BIG LUCK! :)

nazariah Says :
October 10, 2009 at 5:47 PM

Salam. Tq Syahida. Sama2 lah kita berkogsi ilmu tu yerr... Kek coklat tu pun best juga. Cubalah. Pasni sy nk try cheese cake plak. Kalo jadi saya masukkan resipi kat sini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...