Lesen memandu di Sydney/ NSW

Author: Herman // Category:
Lesen memandu Malaysia boleh diterima pakai di NSW. Namun, anda perlu mendapatkan terjemahan lesen ke dalam bahasa Inggeris yang disahkan oleh Pegawai Atase MSD (Konsulat Malaysia). Anda perlu berurusan dengan pihak MSD dengan mengemukakan salinan passport dan lesen kepada Pegawai Atase MSD, Ustaz Zuhir, dengan bayaran AUD5 sahaja. Anda boleh berbuat demikian dengan mengisi borang ini: Borang Alih Bahasa Lesen Memandu Malaysia. Lampirkan bersama:

1. Scanned passport

2. Scanned lesen (depan/ belakang) dan slip pembaharuan jika ada

3. Scanned Kad Pelajar (jika anda pelajar)

Jika anda telah mendaftar dengan Kelab MYPSA (http://mypsa.org.au), anda dikecualikan daripada bayaran yuran proses AUD5.

Hantarkan borang melalui presiden MYPSA (semasa: En Ibrahim Taib, ia_taib@yahoo.com), dan beliau akan forward permohonan kepada Ustaz Zuhir (pegawai konsulat).


Terima kasih. (Sebahagian maklumat dipetik dari website MYPSA).

3 Responses to "Lesen memandu di Sydney/ NSW"

The Journey Of Mohamad Sukri Says :
October 17, 2012 at 11:05 AM

Assalamuailaikum..kalau dekat melbourne sama jugak ke?nk apply pkai online je ke?

Herman & Naza Says :
October 17, 2012 at 2:41 PM

Yuppp, rasanya sama. Boleh rujuk maklumat di sini: http://www.msda.org.au/index.php/component/content/article/16

The Journey Of Mohamad Sukri Says :
October 23, 2012 at 11:47 PM

macam mana nk byr dan mcm mana nk ambik translate lesen tu eh..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...