Basikal baru untuk amna dan hafiz

Author: Nazariah // Category: ,

Dah seminggu lebih rasanya tak update blog. Kali ni nak cerita pasal mainan baru untuk Amna dan Hafiz plak.

Sabtu lepas, seperti biasa kami pergi berbelanja di Marrickville. Selalunya, kalau nak belikan mainan untuk anak2 kami akan ke K-Mart Ashfield sebab selama 3 bulan kami ke Marrickville Metro shopping centre, kami tak tahu pun kat situ ada K-mart. Kalau ikut kan servey kat internet, memang ada K-Mart kat situ, tapi yang peliknya kami tak pernah jumpa pun.


Rupanya, K-Mart tu sebelah Woolworth je diselangi dgn beberapa buah kedai. Haha... lawak sungguh. Kami mmg tak pernah ke area tu sebab ingat Woolworth tu di bhg hujung. Nak dijadikan cerita, kami pun singgahlah buat pertama kalinya di K-Mart. Dan hasilnya ialah sebuah basikal berharga AUD 80 untuk Amna dan basikal berharga AUD 44 untuk Hafiz.

Masa mula2 beli, memang Amna susah nak biasakan dgn basikal yang agak besar ni. Tapi bila dah 2 hari beli, baru dia pandai nak buat u-turn sume. Al-maklnumlah, rumah kami ni kan kecik, jadi mmg susah pun Amna nak main basikal dia tu. Ok, jom tengok bebarapa aksi Amna dan Hafiz dgn basikal barunya.

Amna posing bersama basikal barunya.


5 Responses to "Basikal baru untuk amna dan hafiz"

DiLLaiLa Says :
November 5, 2009 at 1:02 PM

kak..tikar hijau n merah tu korang beli kat sane ek?

nazariah Says :
November 5, 2009 at 2:26 PM

Aah la. Ada jual kat Tek's. Nnt dtg sini tahulah mana nak cari Tek's tu. Nak carpet murah pun ada kat Ikea n Harvey Norman.

herman Says :
November 5, 2009 at 2:56 PM

Elooo...tajuk beskal, tanya pasal tikar plak.

nazariah Says :
November 5, 2009 at 5:11 PM This comment has been removed by a blog administrator.
DiLLaiLa Says :
November 11, 2009 at 10:42 PM

wakaka..suke ati aa beb..dah curious nak tau..mesti la tanye...kui2...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...