Hari Raya AidilAdha yang meriah

Author: Nazariah // Category:
Alhamdulillah, tahun ni kami sekeluarga dapat menyambut Hari Raya AidilAdha dengan begitu meriah di rumah kami sendiri. Kami memang berhajat untuk menjamu kawan2 ( 5 keluarga) disebabkan kami tidak dapat membuat open house pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan lagi sambutan Hari Raya kali ni. Seperti di Malaysia, kalau hari raya juadah seperti ketupat (ketupat segera jek, mana plak nak cari daun kelapa), rendang, sayur lodeh, ayam masak merah dan sambal kacang menjadi menu utama.


Kepada Syahida, Kak Mas dan Lin terima kasih sudi membawa buah tangan. Syahidah bawa kuih karipap yang sedap, kak Mas pulak bawa kuih seakan kuih pau inti kelapa (pun sedap) dan Lin pula bawa buah. Terasa suasana hari raya tuh.
Di bawah ada beberapa gambar yang dapat diambil semasa jamuan. Jom layannn.....

Sempat lagi mintak ayah ambikkan gambar mama sambil tunggu tetamu datang

Hidangan untuk tetamu. Juadah sampingan adalah puding dan kek coklat.

Sebahagian dari tetamu (kaum bapa)... hehe...rumah nampak sesak al-maklumlah rumah kami tak sebesar mana....

Ni pula kaum ibu, alamak gambar Syahida takdelah...sebab ambik gambar kami... hihi....

Ni pula, Syahida with her daughter...Intan Humairah...Sorry Intan gambar ada cahaya pulak. tp takpe kat bawah ada lagi satu gambar intan.

4 Responses to "Hari Raya AidilAdha yang meriah"

Anonymous Says :
November 30, 2009 at 1:27 PM

Naza..memang best berhari raya ke rumah Naza. Intan dan Zaki pun suka. Terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga :D
Syahida pun ada sebut dekat zul, amna dan intan buleh jadi bestfiend (teringat diorang jalan pegang tangan masa on the way back ke kereta dari rumah pak uda..so sweet).

Nazariah Says :
November 30, 2009 at 4:54 PM

Sama2. Next time bolehlah makan2 lagi yek... Best kan dpt berbual n makan ramai2 sekali-sekala. Tulah, Amna pun suka kawan dgn Intan n dia cakap Intan baik... Hihi...kan bagus kalau diorang dpt sekolah sama2....ehmm...ape nak buat...

DiLLaiLa Says :
December 2, 2009 at 7:19 PM

nyam3..cedapnye makan2..

Nazariah Says :
December 2, 2009 at 7:52 PM

Pasni kitorang bersedia untuk makan2 kat umah Ila plak. Tak sabar nak ke Melbourne ni. Hihi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...