Spaghetti Bolognese Recipe

Author: Nazariah // Category:
Ni la, spaghetti yang siap dihidang. Cendawan dengan brokoli tu tak beli lah.. nampak sedikit kosong. Tapi rasa, InsyaAllah tak mengecewakan. Cubalah....


Last Sunday, saya cuba masak spaghetti dan alhamdulillah menjadi. Rasanya pun tak mengecewakan. Jom kita berkongsi resipi ni dan untuk yang belum pernah mencuba, bolehlah cuba yer...


Bahan-bahan
Spaghetti direbus

Minyak untuk menumis
Sos spagetti (Leggo's brand - Bolognese)

Daging cincang (kalo, xde cincang je daging biasa tuh)
1 biji tomato (untuk yang suka masam, boleh tambah lagi kuantiti tomato)

1 biji bawang besar dipotong dadu

2 biji bawang putih dicincang

1 cawan susu segar

Sayur campuran (yg ada carrot, jagung n kacang peas)

Cendawan butang

Garam

Serbuk perasa
Brokoli untuk hiasan


Cara-cara penyediaan

Masukkan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan masukkan susu.
Masukkan pula daging cincang. Masak sehingga warna daging berubah seakan coklat dan susu kelihatan pekat dan diserap oleh daging.

Masukkan pula sos spaghetti dan tomato yang telah dipotong dadu.
Masak sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan sayur campuran dan cendawan butang, garam dan serbuk perasa. Kalau kuah terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

Masak sehingga mendidih dan sedia untuk dihidang bersama spaghetti yang telah siap direbus..

4 Responses to "Spaghetti Bolognese Recipe"

DiLLaiLa Says :
November 11, 2009 at 12:55 PM

itu dia..resepi orang putih sudah keluar...nyam3

nazariah Says :
November 12, 2009 at 9:58 AM

Tu la la. dah dok sini rugi plak tak try resipi mcm ni. Pasni pizza plak ae...tunggu....

DiLLaiLa Says :
November 15, 2009 at 11:57 PM

huhu bagus2..nak lagi best soh abang belikan breadmaker...takde la lenguh tangan nak buat doh roti tu..(hehehe..racun2..)

nazariah Says :
November 17, 2009 at 12:06 AM

Ok2.... sure pasni mintak abg. haha..no breadmaker no pizza.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...