Hujung minggu di Coogee Beach

Author: Nazariah // Category: ,

Seronok rasanya semalam dapat pergi Coogee Beach. Salah satu beach yang popular kat Sydney. Rasanya Coogee Beach ni lebih cantik dari Bondi Beach yang kami pergi 2 minggu lepas. Bezanya ialah Coogee Beach lebih banyak batu2 di tepi pantai. Airnya juga sangat jernih malah ombak yang datang pun kita boleh nampak kejernihan air di ombak tu sehingga boleh nampak batu di dasar laut. Cuba tengok gambar kat bwah ni. Jernih kan air dia...


Yang ini pula, gambar yang berlatar belakangkan dinding batu2 yang cantik. Ini merupakan satu lagi keunikan Coogee Beach.Batu2 yang dekat tebing tu boleh dijadikan laluan untuk sesiapa yang ingin mandi dan berenang di bahagian sebelah sana. Kalau ikutkan hati memang nak pergi juga, boleh duduk kat batu sambil kaki main2 air. Tapi sebab Hafiz yang masih kecil takut licin dan bahaya pulak masa dukung dia nanti. Takut tergelincir...Tapi memang cantik dan unik kan beach ni...


Memang best sangat cuma yang tak bestnya parking kereta hanya satu jam sahaja. Kami dapat parking yang dekat dengan laut, tak payah jalan jauh2 kalau nak banding masa kami parking di Bondi Beach sebelum ni. Tapi tu lah, sangat sekejap dan kesian kat Amna tak puas mandi n main air. Nasib baiklah beach ni tak jauh dari rumah kami, hanya setengah jam perjalanan sahaja. So, lepas ni bolehlah pergi lagi. Lagipun, semalam cuaca sangat baik, hanya 23 deg c sahaja. Jadi, kalo pegi beach kat Sydney ni taklah sampai sunburn macam pegi beach kat Malaysia. Nak pergi seminggu sekali pun boleh, cuma mengenangkan kesusahan mencari parking tu punca fikir banyak kali nak pergi beach kat Sydney ni.


Seperti biasa kami membawa sedikit makanan sebelum mandi n main air. Berbeza dengan Bondi Beach, orang yang datang ke Coogee Beach lebih ramai dan mereka juga tak ketinggalan untuk berehat sambil bakar BBQ di bawah pokok. Di sini juga banyak juga pondok2 khas yang disediakan untuk mereka yang ingin berkelah bersama keluarga atau rakan2 sambil makan dan bakar BBQ. Kalo masa di Bondi Beach, takde orang kat bawah pokok, di Coogee beach pula hampir sesak juga dengan Mat2 dan minah2 Salih ni.



Seperti biasalah, my 2nd baby ni tak nak turun n pijak pasir. Terpaksalah ayah dukung Hafiz sampai lah balik. Kesiannya ayah tak dapat main air sama2 mama n Amna. Adik Hafiz ni bilalah tak nak takut air ni? Tapi yang peliknya, mulut dia bising sungguh mengikut rentak ombak yang datang. Nampak dia macam seronok tapi takut2la plak.




Tengoklah Amna memang seronok main air tapi masa kami cakap masa dah cukup tu memang muka dia masam menunjukkan yang dia belum puas mandi lagi. Terpaksalah temankan Amna lagi 5 minit dan pujuk dia yang kami akan pergi park lepas mandi. Barulah dia nak ikut kami balik. Tapi yang malangnya, park kat sekitar beach ni pun ramai orang dan seperti biasa parking menjadi masalah lagi. Terpaksalah kami balik tanpa singgah bermain di park. Nasib baiklah masa tu Amna n Hafiz dah tidur dalam kereta, kalau tidak mesti diorang kecewa tak dapat main dekat park. Sampai je rumah, macam biasalah mama jadi mangsa nak jawab soalan dia "mama, kenapa kita tak pergi park? Amna nak pergi park..." ala sedihnya bunyinya.
Lain kali kita pergi ae Amna...

0 Responses to "Hujung minggu di Coogee Beach"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...