Melawat ke Koala Park

Author: Nazariah // Category: ,
Ahad lepas, kami sekeluarga melawat ke Koala Park di West Pennant Hills, Sydney untuk mengisi masa lapang bersama anak2. Sememangnya mereka suka ke tempat2 macam ni. Seronok diorang tengok haiwan2 yang selama ni nampak kat dalam tv aje. Contoh haiwan yang takde di Malaysia tentulah Kangaroo dan Koala.

Koala Park tidak sebesar zoo dan banyak haiwan yang tiada di sini dan berbaloilah dengan bayaran masuk iaitu AUD 18 untuk seorang dewasa dan AUD 9 untuk kanak2 berumur 4 tahun ke atas. Selamat Amna tak kena bayar sebab 8 hb Dec baru masuk 4 tahun.

Sempat jugalah bawak bekal untuk makan2 kat sana. Macam biasalah bawak kebab, makanan ringan lain iaitu biskut, buah dan air.

Ayah, Amna dan Hafiz di depan Koala Park sebelum masuk.


Hafiz semangat sungguh tengok Peacock. Mana taknya Peacock tu jalan sampai ke main gate.


Kangaroo yang tak berapa nak besar.


Burung Kakak Tua.


Lagak Koala yang sedang tidur. Rasanya ada lebih 10 Koala kat situ cuma seekor je yang sedang makan dan yang lain semua tidur. Penat sangat agaknya Koala ni ek...


Geram tul tengok Peacock ni, sampai kami nak makan pun tak senang. Dia kejar makanan kami lah agaknya. Tengoklah tu, sampai ke meja tempat kami makan. Terpaksalah kami angkat kaki cepat2 takut plak kena patuk. Hihi...

3 Responses to "Melawat ke Koala Park"

DiLLaiLa Says :
December 4, 2009 at 1:56 PM

bestnye dah banyak jalan2...

Herman & Naza Says :
December 4, 2009 at 8:02 PM This comment has been removed by the author.
Herman Says :
December 4, 2009 at 8:04 PM

Tengah pikir lepas ni nak gi mana pulak...mmm..semua tempat mahal2 nak bayar tiket.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...