Penubuhan M-D Club

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum W.B.T

Wahh...lama sungguh tak update blog ni. Dah bersawang tahap gaban ni, mungkin bukan tahap gaban lagi tahap satria baja hitam bole tak? Hihi...teringat pulak zaman budak2 dulu ada cerita Gabanla, Satria Baja Hitam lah dan macam2 lagi lahh...Bukannya apa, sejak akhir2 ni kemalasan aku ni semakin menjadi2. Aku lebih suka membaca berita2 terkini kat Malaysia lah pulak. Takpe, pasni aku akan cuba mengupdate blog ni sekerap yang boleh. Yorla...tu Puan Naza. Hihi....


Itu bukan benda yang aku nak cerita sebenarnya tapi entry kali ni nak bercerita tentang kewujudan M-D Club. Walaupun nama dah seakan McD Club, Hihi....tapi nama tersebut dipilih kerana mewakili tempat tinggal kami iaitu Marrickville dan Dulwich Hill. Kelab ini merupakan kelab untuk penduduk Melayu di sekitar Marrickville dan Dulwich Hill. Ianya ditubuhkan supaya dapat menjalankan pelbagai aktiviti riadah, berkongsi buah fikiran disamping menghilangkan rasa tension selepas penat menjalankan tugas sebagai student.


Sebahagian ahli M-D Club yang sedang menjamu selera


Walaupun ahli kelab sekitar 22 orang merangkumi 11 keluarga tapi pada aku ia amat sesuai sebagai permula
an. Aktiviti pertama M-D Club adalah mesyuarat perlantikan Pengerusi , Setiausaha dan AJk. Semasa aktiviti ini dijalankan, beberapa acara seperti bbq, potluck dan acara berebut coklat dikalangan anak2 juga turut diadakan. Kali ni, kami memilih membawa bihun goreng dan kuih donut sambal. Tapi untuk program kali ni ramai pulak yang membawa menu yang sama dengan kami. Rasanya ada 4 atau 5 versi bihun goreng. Ehm... nampaknya lepas ni kami kena pilih menu yang lebih menarik lagi. Hihi...barulah variasi nak makan betul tak? Takpelah, lagipun masa pergi kami memang tak sempat pun nak bincang bekal yang bakal dibawa.


Antara potluck2 yang dibawa. Hah...cuba kira ada berapa bihun goreng.

Acara perlantikan dan bbq ni kami adakan sekali lagi di Tempe (Boleh nama tempat ni sama dengan nama makanan Jawa...haha...). Acara bermula pada pukul 2.30 petang dengan acara BBQ sebagai permulaan sehinggalah selesai makan barulah proses perlantikan pula bermula.


Itu dia ayam bbq. Ayam kami masih dalam mangkuk biru tu lagi ye nampaknya.


Pemandangan sekitar pondok tempat kami berteduh. Cantik kannn....


Di bawah ni merupakan senarai nama AJK M-D Club yang telah dilantik:

Tuan Pengerusi : Saudara Hakimi
Setiausaha : Puan Zulina

AJK rekreasi : Saudara Norizan

AJK IT : Saudara Azizi

AJK keagamaan : Saudara Herman


Selesai proses perlantikan dan pemilihan AJK, satu lagi acara permainan untuk anak2 pula bermula. Mereka dikehendaki beratur di garisan permulaan dan berlari untuk merebut habuan iaitu coklat, gula2, mamee dan rota. Permainan ni kami bahagi kepada 2 group untuk kanak2 yang berumur sekitar 3 thn ke bawah dan 4 thn ke atas. Tapi yang kelakar anakku Hafiz boleh join kedua2 group. Hihi...suka hati dia je, mentang2 mama dia yang tabur "jajan" bolehlah dia kutip bebanyak. Amna pulak tak join sebab kaki dia pulak sakit. Ehmm....balik rumah mulalah berebut jajan yang Hafiz dapat.


Tengoklah Hafiz tuh, orang belum mula lagi tapi dia kutip coklat dulu


Hafiz join kutip coklat untuk 2nd round

Selesai semua acara, kebanyakkan ibubapa menemani anak2 mereka bermain di taman permainan berdekatan. Sakit kaki Amna pun hilang bila dapat main gelungsor semua. Kalau tak sepanjang aktiviti lain asyik cakap "Mama, Amna nak main kat sana, takpe Amna boleh pergi dengan Hafiz." Sesuka hati dia jek nak main tanpa mama dengan ayah. Huhu... anak aku yang sorang ni masam je muka dia sepanjang aktiviti lain sampaila dia dapat main kat park tu barulah nampak dia senyum.


Selepas penat bermain, kami pun balik ke rumah dalam pukul 6.00 petang. Pasni bolehlah tunggu aktiviti seterusnya pulak ye. Tungguuuu....



2 Responses to "Penubuhan M-D Club"

DiLLaiLa Says :
March 5, 2010 at 9:57 AM

fuiyooo ajk keagamaan tuu...hihihi

amna sakit kaki betol2 ke berlakon kak?

nazariah Says :
March 5, 2010 at 11:16 AM

Org kata muka abg mcm ustaz. Hihi....

Amna plak kaki dia melecet pakai kasut baru. Sakit betul tapi masa main kat park dia tak pakai kasut. Tu yg hilang sakit.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...