Birthday party Naufal n Nurin

Author: Nazariah // Category:
Semalam kami meraikan sambutan hari jadi buat dua orang anak kawan kami (kak Mas) iaitu Muhammad Naufal dan adiknya Nurin Adlina. Si abang menyambut hari lahir yang ke 6 tahun manakala si adik pula yang ke 3 tahun. Kami tiba di rumah kak Mas tepat pukul 10.00 pagi dan kebetulan cuaca kurang baik, gerimis pagi semalam menyebabkan ketibaan tetamu lain sedikit lambat. Kami tetamu pertama sampai tuhh...semangat tul...hikhik...Kami sekeluarga berpakaian serba biru sebab tema untuk majlis ini adalah family sewarna.


Family kami yang biru


Family tuan rumah yang purple

Setelah semua tetamu sampai, masa yang dinanti pun tiba. Lagu "Happy Birthday" dinyanyikan. Reaksi gembira jelas terpancar dari raut wajah Naufal dan Nurin. Hah...cuba tengok gambar di bawah ni.



Ceria je Naufal dan Nurin masa nyanyikan lagu Happy Birthday ni...


Kami dihidangkan pelbagai jenis makanan oleh tuan rumah. Ehm...memang sedap lagi-lagi cheese cake dan rojak. Hilang entah ke mana dietku hari ni. Huhu...
Takpe sekali-sekala langgar, dah orang jemput takkan tak makan plak. Memang tak patut, sian tuan rumah. Hihi...


Antara makanan yang dihidang, gambar rojak lupa plak nak ambik...


Makanan yang dihidang oleh tuan rumah adalah bihun goreng, rojak dengan kuah rojak yang sedap, kentang goreng, ayam goreng, kuih cornflakes madu, cheese cake yang sedap dan juga chocolate cake yang sedap juga. Memang best kek2 yang kak Mas beli ni. Teringat sampai sekarang kesedapannya. Amna dan Hafiz dapat something dari tuan rumah, ada coklat, belon dan lain2.


Terima kasih abang Naufal. Masamlah pulak muka Amna ni, tak ceria lahh...



Terima kasih Nurin. Hafiz ni bukan nak pandang kamera.


Setelah 2 jam lebih di sana dan pelbagai topik dibualkan bersama kawan2 lain, Syahida dan double Su, kami pun meminta izin untuk pulang. Sampai rumah pada pukul 1 petang dan kami meneruskan aktiviti menonton Akademi Fantasia minggu ke -6.
Adira nyanyi memang best. Huhu...cayalah Adira.

0 Responses to "Birthday party Naufal n Nurin"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...