Bowling Competition

Author: Nazariah // Category:
Pada hari Ahad lepas, 27th March kami menyertai satu pertandingan bowling yang dianjurkan oleh MYPSA (Malaysian Postgrade Student's Association). Setelah sekian lama kami tak bermain bowling, seingat aku last main bowling sebelum aku mengandungkan anak ke-2 kami, Hafiz. Sekarang Hafiz dah berusia 1 tahun 7 bulan. That's mean 2 tahun lebih juga kami tak main.

Beberapa hari sebelum pertandingan husbandku mendapat sms dari Hakimi menanyakan kami samaada berminat untuk join pertandingan ni atau tidak. Untuk melepaskan hajat, kami pun setuju ditambah pula husbandku yang dah penat nak menghadap paper. (Masa ni tengah siapkan paper untuk conference di Singapore on Dec 2010, now paper dah submitted- kalau tiada aral, nampaknya tahun ni 2 kalilah kami balik Malaysia...yeahhh...)

Berbalik kepada bowling competition ni, sebelum memulakan permainan sempat kami menyatakan kepada ahli kumpulan kami iaitu pasangan Hakimi dan Nurhidayah bahawa kami main just for fun dan untuk lepaskan hajat sebab dah lama tak main. Kami tahu mesti ramai lagi yang lebih terror dari kami. Jadi, peluang untuk menang mestilah tipis dan bukan setakat kami berdua je yang tak terror rupanya dayah dan suaminya juga macam kami juga, just main untuk suka2.

For 1st round, masing2 masih mencari rentak permainan. beberapa kali juga bola menuju ke longkang. Bukan aku sahaja yer... yang lain2 pun macam tuh. Hihi...
tapi tak sangka, tamat 1st round rupanya kami berada di 3rd place. Dengan keputusan yang tidak diduga itu, kami berhajat untuk bermain dengan lebih baik untuk 2nd round.
Memang memberangsangkan bila masing2 kerap membuat strike dan spare. Untuk 2nd round kami membuat 400 lebih jatuhan pin berbanding 300 lebih semasa 1st round.

Kami menamatkan permainan dengan gembira walaupun rasa tak puas lagi main. Kalau kat Msia, mesti aku dah mintak husbandku bayar untuk main satu round lagi. Al-maklumlah, 2nd round baru kami main dengan baik jadi rasa nak main lebih baik lagi kalau ada 3rd round. Tapi dah nama pun competition, cuma 2 round je diperuntukkan. Tamat permainan lebih kurang pukul 12, kami meneruskan aktiviti kami pada hari tersebut dengan berbelanja di Woolworth Marrickville. Kami tak singgah ke Malaysia Hall untuk mendengar keputusan memandangkan masa yang terhad.

Keesokkan harinya, husbandku menerima sms dari Hakimi menyatakan bahawa team kami berada di 4th place. Untuk pengetahuan semua, competition ni disertai oleh 10 pasukan dan bagi kami, tempat ke-4 dari 10 pasukan merupakan tempat yang cukup baik. Walaupun kami tak berjaya mengekalkan kedudukan ke-3, tapi kami sangat berpuas hati dengan keputusan ini. Ingatkan kami je yang tak terror main rupa2nya ramai lagi yang tak terror berbanding kami. Hihi....takpe2 next year boleh cuba lagi.

Ok, jom layan beberapa gambar yang sempat diambil selepas tamat pertandingan. Masa main tu memang tak ingat nak ambik gambar sebab perhatian memang dah ke arah bowling aje. Anyway, bowling competition ni memang menyeronokkan dan kami happy sangat dapat sama2 join.

Inilah team kami, Dayah dan suami bersama kami setelah tamat competition


Team2 yang lain


Sempat posing dengan Amna. Terpaksa bagi Amna baling bola tu sekali sebab dia pun nak main juga. Tapi biasalah, ke longkang.....


Bersama my daughter "Amna the little princess".....Amna sangat suka bila ada org ckp dia macam princess. Pergi mana2 pun mesti nak pakai crown.

0 Responses to "Bowling Competition"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...