Featherdale Wildlife Park

Author: Nazariah // Category:
Salam semua,


Alhamdulillah perjalanan kami ke Featherdale Wildlife Park hari ini berjalan dengan lancar. Actually, dah lama kami plan nak ke sini tapi selalu tertunda disebabkan kesibukan husbandku. Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.15 pagi dan sampai di Penrith pada pukul 10.00 pagi. Sebenarnya tujuan utama kami adalah mengambil mainan Amna setelah kami membelinya di ebay. Setiap kali Amna tengok katalog K-Mart setiap kali juga dia mintak "kiddie scooter".


So, Sabtu lepas, kami singgah ke K-Mart tetapi malangnya
tak banyak pilihan yang ada. Harga pula menjangkau ke
Aud 79.
Dah sama dengan harga sebuah basikal. Rasa tak berbaloi, baik kami belikan basikal untuk hafiz yang memang dah berangan dan sering menaiki basikal kakaknya.


Tapi disebabkan Hafiz pun belum pandai meminta lagi, jadi basikal bukanlah satu kepentingan sekarang ni.
Oleh kerana tak jadi belikan scooter tuh kat K-mart, husbandku try servey kat ebay pula. Nasib kami baik sebab ada orang jual lelong dengan harga yang berbaloi, siap dengan buku dan mainan lain. Tapi husbandku menang bid untuk 2 set barang dengan harga Aud20.


Oklah tuh...Tapi, macam biasalah kalau dah beli kat E-bay ni, 2nd handlah jawabnya. Ehm...tak kisahlah Amna, asalkan ada. Bukan nak buat main kat luar pun. Main pun kat dalam rumah jek. 2nd pun 2nd lah.



Buku-buku dan permainan yang dibeli dengan harga AUD20



Selepas ambil mainan Amna, kami meneruskan perjalanan ke Featherdale Wildlife Park ni. Tak berapa jauh dari Penrith dan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Tiket masuk untuk dewasa berharga Aud 23 dan kanak-kanak berharga Aud12.50


Baru sampai dan proses pembelian tiket


Seperti biasa, Amna dan Hafiz memang suka pergi tempat2 macam ni. Dapat tengok pelbagai jenis binatang especially kangaroo, Wallaby, Koala, Wombat dan macam2 jenis lagi lah.



Wallaby dan Kangaroo



Koala


Yang specialnya dekat sini berbanding Koala Park yang kami pergi sebelum ni adalah pelawat dibenarkan memberi makanan sendiri kepada binatang2 tersebut. Selain itu, pelawat dibenarkan masuk ke kandang dan haiwan jua bebas dilepaskan dari kandang masing2. Taklah semua binatang yang bebas tapi macam kangaroo, peecock, ayam memang boleh lepas dari tempat masing2 la... boleh ke aku citer camni. Paham kan ayat aku ni. Hihi...dah tunggang terbalik dah ayat aku ni. Halal la...



Kookaburra



Antara gambar kami ketika di sana


Kami sempat berehat dan makan bekal yang dibawa di tempat yang disediakan di dalam zoo berkenaan. Dan untuk makluman bekal kami untuk hari ini adalah kentang goreng, coklat, biskut dan air 100 pluss. Haha...tak sempat masak. Hafiz kembali ceria setelah makan. Kalau tak, mama kena dukung Hafiz sebab dah merengek. Penat tuhh...



Ni plak area Pelican, angsa, itik dan yang sewaktu dengannya. Hihi....


Keluar dari zoo tepat jam 2 petang dan sebelum sampai ke rumah, kami singgah di Dulwich Hill untuk membeli ayam dan daging nak masak malam ni. Ok, jom layan beberapa lagi gambar yang sempat kami snap semasa di sana.



Bahagian burung, ada helang, penguin dan kasawari



Bahagian reptilia



Aksi kami ketika di sana. Bahagian perut Amna terpaksa ditutup dgn gambar lain sebab ada kepala Hafiz pulak daa...

2 Responses to "Featherdale Wildlife Park"

DiLLaiLa Says :
April 20, 2010 at 6:56 AM

huaaaahhh...kitorang xjumpe lagi kangaroo kat sini..hampeh sungguh...padahal kat sebelah uni tu ada je park yang jaga kangaroo...kui2..

Nazariah Says :
April 20, 2010 at 11:07 AM

Takpe la, nanti dtg sini ada 3 zoo menanti. Yg naik kete ada, yg naik feri pun ada. Yg naik Feri kami pun tak pegi lagi. Boleh gi sesama...:D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...