Lunch hari ni - Roller kebab & plate kebab

Author: Nazariah // Category:
Hari ni tak plan nak jalan-jalan sebenarnya sebab semalam dah keluar, so normally hari Ahad macam ni kami hanya duduk di rumah sahaja. Tapi memandangkan ada barang nak beli, jadi kena keluar hari ni.

Kalau dah namanya keluar rumah tengahari, aku pun dah malas nak masak dan cakap dengan husband aku "jom kita makan luar hari ni, saya belanja". Haha...padahal duit aku tu husband aku gak yang bagi. Tak kisahlah, bukan selalu pun. Cuma, biasanya kami beli tapau makan kat rumah tapi hari ni naklah suasana makan kat restoran. Huhu...restoranlah sangat.


Masa baru sampai ni tengah tunggu order...


Amna sempat posing sementara tunggu makanan sampai


Hafiz dengan lolipopnya...."Ehmmm.....dap" kata Hafiz


Antara menu2 yang ada di restoran ni...pilih2 mahu yang mana....


Suasana di dalam restoran


Kami order satu set plate kebab, dalam tu ada kentang goreng, kebab ayam, salad, dan roti pita. Satu lagi, ni kebab yang biasa kami beli iaitu roller kebab. Yang ni kami pilih daging. Tapi tak habis pun makan kat sana, last2 bawak balik juga. Kami habiskan plate kebab je, sebab makan satu plate pun dah kenyang padahal makan empat orang. Amna dan Hafiz pun berselera juga makan.


Muka husbandku ni macam tak lapar jek, maintain...


Hafiz semangat tul makan. Orang lain belum makan, dia dah makan dulu.

Pasni boleh cuba restoran lain pulak. Aku dah jumpa satu lagi restoran halal kat sini. Namanya Jinnah's Restaurant. Orang Pakistan punya cuma yang ditakuti tekak aku ni boleh ke masuk makanan2 diorang ek. Sedap tak agaknya.... restoran tu menyediakan makanan tandoori dan seafood. Cuba je lahhh...bila lagi ye tak? Dok Malaysia sure makan makanan Malaysia.


8 Responses to "Lunch hari ni - Roller kebab & plate kebab"

DiLLaiLa Says :
April 12, 2010 at 9:15 PM

masa memula datang aritu kan kitorang ada makan kebab kat kedai sekali..pastu xtau kebab plate tu cemane(xleh bayangkan betape banyaknye die)..kitorang order 2 plates...huhu banyak giler....pastu kena charge sampai dekat 40dolar seyy..pastu serik xnak makan situ lagi..huhu...

Nazariah Says :
April 13, 2010 at 9:23 AM

Mmg byk pun la. Kenyang kalau mkn 1 plate tu, cuma utk kami 4 org malu plak nak order 1 plate jek. Tu yg order lg 1 roller kebab. Tapi ni kami mkn oklah Aud 21. Ok kan? taklah mahal sgt...

Fadzlin Says :
April 14, 2010 at 10:14 AM

Kak Naza, restoran pakistan tu Jannah's Restaurant ke Jinnah's Restaurant..yang kat Dulwich Hill tu ye... Kalau kat Jinnah's Restaurant tu, harga makanan dia sangat la mahal...nasi beriyani lain harga, lauk lain harga..kalau total sekali dengan air mau AUD50 sorang kot... Kitorang pernah masuk situ, bila order tuan punya restaurant tu marah2 sbb kitorang tak order main dish, kitorang just order capati... Masa tu rasa nak makan capati je.. Apa lagi, kitorang terus keluar tak jadi makan situ.... Layanan tak bagus... Tapi kalau nak cuba, boleh la...
Sampai sekarang kalau lalu depan restoran tu selalu fikir,"apasal restoran ni tak tutup lagi..?". Jahat tak? Hihi.. Sebab saya tak pernah tengok orang masuk situ...

Nazariah Says :
April 14, 2010 at 11:04 AM

Tulah Lin, akak pun baru teringat Jinnah's restaurant after dah publish post ni. Tu yang malas nak betulkan. Ok, nanti akak betulkan.

Amboi mahalnya Lin. Hihi...kalau mcm ni punya mahal, mampu ke kami nak mkn situ ek. Alamat tak mkn la, dah mahal cmtu membazir la pulak kan.

Lin, any suggestion restoran nasi beriani yg harga ok tak? Mana tahu ada restoran lain yg Lin pernah cuba.

Nazariah Says :
April 15, 2010 at 1:15 AM This comment has been removed by the author.
Nazariah Says :
April 15, 2010 at 9:35 AM

Ila, Bismi tu restoran mamak yg Ila mkn sblm ni ke? Huhu...tggu ketibaan kami bln July nanti...:D

DiLLaiLa Says :
April 18, 2010 at 8:36 PM

ala time tu kan korang nak balik mlesia..baik makan kat mlesia je...huuuu lagi sedap..huk2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...