Cronulla Marina

Author: Nazariah // Category:
Hari ni aku nak post 2 entry, satu entry untuk aktiviti yang kami lakukan semalam dan satu lagi nak citer pasal La-Perouse yang kami pergi hari ni.

Ok, kita mulakan dengan citer semalam dulu. Seperti biasa aktiviti kami pada setiap hari Sabtu adalah pergi berbelanja di Woollworth. Tapi semalam berbeza sedikit sebab kami keluar rumah seawal pukul 9.30 pagi untuk ke Cronulla. Tujuan sebenar kami adalah mengambil barang yang kami beli di E-bay. Barang tersebut adalah kabinet TV yang beharga Aud 1 sahaja. Wahh, jangan tak percaya Aud 1 aje ok. Memang berbaloi....


Inilah kabinet TV yang kami beli dengan harga Aud 1. Murah kan....


Tadaa...setelah letak TV dan DVD player yang kami beli tadi.


Actually, kami ada berkenan pada satu lagi kabinet yang lebih cantik tapi sayangnya apabila dah ukur kepanjangan kabinet tersebut dengan keluasan rumah, terpaksalah lupakan hasrat kami itu. Al-maklumlah rumah kecil akan bertambah sempit bila bertambahnya perabot yang besar2. Jadi, kami terpaksalah beli kabinet TV yang simple ni. Tapi pada aku, dengan harga Aud 1, sangat berbaloi dan tak sangka kabinet ni import dari Malaysia. Haha...jadilah seperti kami gunalah barangan buatan Malaysia walaupun berada di OZ.


Made in Malaysia...:D

Kebetulan, kawasan rumah seller yang kami pergi tersebut berdekatan dengan tempat sewaan boat untuk ke pulau2 atau ke pantai2 sekitar. Memang best sebab kita boleh menyewa houseboat yang dilengkapi dengan bilik, dapur dan ruang tamu dan sesuai untuk 8 orang dalam satu boat.Tapi, mungkin tak sesuai untuk kami kot sebab sewanya mestilah mahal jugak. Huhu...tak mampulah rasanya.


Houseboat yang dilengkapi dengan ruang tamu dan perkakas lain.

Jom tengok gambar2 kami ketika di sana.


Ni masa baru sampai dan dah ambik kabinet tv. Rumah seller hanya di sebelah kanan sahaja.


Banyak betul boat yang sedang menunggu untuk disewa. Tapi yang peliknya
kawasan ni lengang je.


Hafiz tengok mana plak ni, tak fokuslah Hafiz ni...


Inilah laluan untuk menaiki boat.


Signboard untuk ke tempat2 lain di sekitar Cronulla, banyak juga tempat yang boleh pergi kan.


Hafiz tengok ape tuh? penat mama panggil tak nak toleh, at last ayah bergambar sorang jek.


Awaitnya Amna masam sangat tuh. Mama pulak terlebih senyum. Hihi....


Antara banner yang tergantung di sekitar. Kalau tengok air tu macam kotor tapi sebenarnya sangat jernih cuma banyak ranting kayu dalam tuh dan banyak sangat ikan kat bawah jambatan ni tau. Suka sangat tengok.


Gambar candid.

Setelah selesai bergambar untuk kenangan di sini, kami meneruskan aktiviti harian dengan berbelanja mingguan di Woolworth. Selepas itu, kami singgah pula McD halal di Puncbowl untuk makan tengahari. Walaupun dah banyak kali kami makan di McD, tapi kami memang jarang snap gambar. So, sebagai tatapan ada sedikit aksi Amna dan Hafiz ketika di McD.


Smile...:D


Aksi Amna dan Hafiz ketika menunggu ayah membawa makanan. Sebenarnya Hafiz tu nak buat peace macam Amna tapi tak pandai. Tu yg jd camtu tgn dia. Hihi....


Yeahhh....makanan dah sampai


Seperti biasa, selepas makan mesti Hafiz akan main benda ni


Amna yang tengah berangan

2 Responses to "Cronulla Marina"

DiLLaiLa Says :
May 3, 2010 at 10:54 AM

saya penah tengok cronulla ni kat dalam tv..dalam bot tu mmg cantik n selesa giler..best je tengok..

kak..carikkan lah amna crown yg lain..sume gambar amna nak pakai crown tu..haha lawak lah amna ni..

Nazariah Says :
May 3, 2010 at 11:31 AM

Smpi balik Msia pun tak dpt gaknya la nak naik. Huhu...

Pernah tgk crown2 lain pun lbh kurang ni gak la rupanya. Tapi nilah yg paling cantik. Hihi...
Nantilah try survey2 lagi. Amna ni mmg, crown dia tu tak tinggal kecuali dia terlupa je...:D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...