Salam semua,
Untuk pengetahuan semua, hari ini MYPSA menganjurkan Post Grad Day dan kami memulakan pagi ini dengan menyiapkan 20 keping sandwich untuk Post Grad Day yang diadakan di Malaysia Hall, Sydney. Sandwich ini merupakan menu wajib oleh kami dan beberapa lagi ahli yang lain.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.45 pagi dan sampai di Malaysia Hall pada pukul 9.15 pagi manakala majlis sepatutnya bermula pada pukul 9.30 pagi. Memandangkan cuaca yang kurang baik dan hujan renyai2 dari awal pagi, majlis tertunda hingga ke pukul 10.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan forum oleh empat orang panel dengan tajuk "Hidup di perantauan". Pada pendapat saya, rupanya masih ramai orang yang dilanda pelbagai dugaan ketika berada di bumi Aussie ini. Kalau kita rasa kita dah susah, rupanya masih ada orang yang lebih susah dari kita. Ada yang rumah dipecah masuk, kehilangan kereta, kehilangan laptop dengan hasil kerja PHD yang 6 bulan tidak berbackup, kesusahan mendapat pengasuh untuk anak, melanjutkan pelajaran di peringkat PHD dengan usia yang agak lanjut, supervisor mohon pencen ketika pengajian baru bermula dan pelbagai lagi dugaan2 lain. Semoga kami di sini dipermudahkan dan dilancarkan dalam segala urusan kami sehingga tamat pengajian suamiku di sini. Amin....
Acara seterusnya adalah pertandingan mewarna dan terdapat 2 kategori iaitu kategori 2 ~ 4 thn dan 5 ~ 6 tahun. Oleh kerana Amna masih 4 thn 5 bulan jadi Amna join kategori pertama
2 ~ 4 thn. Selain itu, untuk kanak2 berumur 7 ~ 8 tahun pula adalah pertandingan melukis. lukisan yang dilukis adalah mengikut kreativiti masing2. Selesai pertandingan mewarna, ada pula popkuiz untuk acara orang dewasa. Kuiz ini berjalan selama 30 minit. Selingan2 sambil menuggu kuiz adalah makan. Nyam2....
Hidangan kali ini adalah nasi minyak yang disponsor oleh Abang Sam yang memegang tender kantin di Malaysia Hall. Terima kasih buat abang Sam yang sponsor nasi minyak untuk 200 orang. Selain itu ada bbq kambing dan ayam. Memang sedap....tapi dapat makan daging kambing je lah sebab tak sempat dah nak tunggu bbq ayam. Ramai orang beratur daa....
Majlis kemuncak adalah cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Kami memang belum bertuah lagi sebab nombor takde yang kena. Tapi terubat juga apabila Amna mendapat tempat pertama dalam pertandingan mewarna. Tahniah buat Amna, lepas ni banyakkan lagi latihan boleh masuk pertandingan lagi tahun depan.
Selesai majlis, kami sempat mengambil gambar sebagai ahli MYPSA. Kami bertolak balik pada pukul 2.30 petang. Ingatkan kami dapat singgah berbelanja sepert biasa tapi memandangkan masa yang dah suntuk, terpaksalah menunda hajat kami pada hari esok.
Jom layan beberapa keping gambar di sekitar majlis.
Acara penyampaian hadiah, ni adik yang mendapat tempat kedua untuk kategori 2 ~4 tahun.

Pertandingan mewarna telah bermula. Kesian bila dapat colour yang seakan2. Camne yek bila green jadi black, Oren jadi brown, merah jadi purple. Uish....Amna pun pening sebab tak banyak pilihan. Tapi colour dapat bawak balik.
Hadiah untuk pemenang tempat pertama dan kedua bagi acara popkuiz oleh orang dewasa dan beberapa hadiah untuk cabutan bertuah.
Kanak2 lain yang sibuk mewarna. Lihatlah aksi mereka. Adik yang pakai baju oren ni merupakan pemenang melukis untuk kategori 7 ~ 8 tahun
Acara penyampaian hadiah, ni adik yang mendapat tempat kedua untuk kategori 2 ~4 tahun.
0 Responses to "Post Grad Day anjuran MYPSA"
Post a Comment