Salam semua,
Sebenarnya. ini merupakan kali ke-2 saya mencuba memasak sendiri nasi beriani. Masak kali pertama, terlebih letak pewarna jadi kurang menarik tapi alhamdulillah kali ke-2 ni lebih cantik nasiku ini. Hihi...cantik ke???
Untuk sesiapa yang belum pernah mencuba masak nasi beriani, bolehlah mencuba resipi ni ya. Resipi ni sedikit sebanyak saya belajar dari Kak Mas pakar masak nasi beriani. Tq buat kak Mas yang sudi mencurahkan ilmu ni. Ehm...memang sedap nasi beriani kak Mas. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan - bahan untuk nasi
2 sb butter untuk menumis
2 sb minyak masak untuk menumis
3 cawan beras beras Basmathi - dibersihkan, direndam 15 ~ 30 minit dan ditoskan
3 cawan air
1 cawan susu segar
1 btg kulit kayu manis
1biji buah pelaga
2kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma -koma atau pewarna kuning (Saya guna pewarna kuning)
1/2 biji bawang besar dikisar
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dikisar
2 biji cili hijau dibelah 2
1/2 sb halia
2 sudu besar rempah beriani (Kalau guna rempah beriani Shan, 1 sudu besar cukup sebab pedas sgt nanti)
2 tangkai daun ketumbar & daun pudina ( saya guna daun ketumbar je)
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit buah gajus / kismis
sedikit garam dan madu (untuk memaniskan nasi)
Cara-cara memasak
1) Panaskan butter dan minyak sapi di dalam periuk nasi,
2) Apabila telah panas dan cair masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar dan halia.
3) Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar yang dipotong dadu dan lada hijau yang dibelah 2. Tumis bawang dan lada tersebut hingga layu.
4) Masukkan rempah beriani yang telah dikacau dengan sedikit air. Tunggu sebentar sehingga rempah naik minyak.
5) Kemudian, masukkan pula buah tomato dan susu segar dengan api sederhana (Jika tidak susu akan berketul2).
6) Apabila agak mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. (Kacau agak2 je, jangan sampai beras menjadi hancur).
7) Masukkan pula air, daun pudina / daun ketumbar, garam dan madu kemudian masak nasi macam biasa.
8) Apabila nasi telah kering, boleh tuangkan pewarna. Aku buat lubang dalam 4 lubang camtu n tuang sikit2 pewarna tu. Pastu tutup semula periuk dan biar kering lagi. Selepas beberapa minit barulah dikacau.
9) Bolehlah masukkan badam dan kismis. Kacau dan tunggu sebentar.
Ok, siap untuk dihidang bersama daging beriani.
Jom kita tengok pula resipi daging beriani.
Bahan untuk daging beriani
1/2 kg daging dipotong sederhana besar ( Kalau nak ganti ayam pun boleh utk 1/2 kg ayam)
2 sudu besar yogurt
1 btg kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 1/2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 biji cili hijau tak perlu dibelah
1/2 sb halia
2 sudu besar rempah beriani - Kalau nak pedas, boleh tambah lagi
2 tangkai daun ketumbar, daun pudina dan daun bawang ( saya guna daun ketumbar je, yang lain takde)
1 biji tomato dibelah 4
1 sb sos tomato
1 biji kentang dibelah 4
sedikit susu segar
sedikit air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara- cara memasak
1) Kacau daging dengan yogurt dan biarkan sehingga 15 minit ( Untuk daging mudah lembut)
Optional kalau takde pun takpe tapi lama sikit nak tunggu daging empuk.
p/s : Kalau guna ayam, tak letak yogurt pun takpe sebab ayam mudah masak.
2) Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
3) Masukkan pula bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan halia.
4) Kemudian masukkan rempah beriani juga dikacau dengan sedikit air.
5) Apabila rempah telah naik minyak boleh masukkan daging diikuti dengan air. Masukkan air aras2 daging sahaja.
6) Masukkan pula bahan lain iaitu sos tomato dan susu segar tadi.
7) Masukkan kentang dan tutup periuk dan masak menggunakan api yang sederhana hingga daging dan kentang empuk.
8) Setelah daging dan kentang hampir empuk bolehlah masukkan garam, gula, serbuk perasa, buah tomato dan segala jenis daun. Masak hingga kuah kelihatan agak pekat.
9) Setelah kuah kelihatan pekat bolehlah diangkat dan sedia dihidang bersama nasi beriani tadi.
Amacam? Mudah kan. Oklah, tak susah sangat dan bolehlah buat sendiri disamping tak perlu ke kedai mamak lagi. Hihi....( Tak pernah pun gi makan nasi beriani kat kedai mamak area Sydney ni. Mesti mahal jadi kenalah buat sendiri). Alhamdulillah husbandku cakap sedap dan masa masak tu, dia punya bau memang macam bau kat kenduri kahwin daa.... habis satu rumah bau nasi beriani.
Nasi beriani yang telah dihidang bersama daging beriani. Nyum3....
Selamat mencuba ....
0 Responses to "Resipi Nasi Beriani"
Post a Comment