Percubaan buat kek pisang resipi Ila

Author: Nazariah // Category:

Salam semua....

Entry kali ni nak cerita percubaan membuat kek pisang mudah resipi Ila. Hihi... Sebenarnya ni kali kedua aku cuba buat kek pisang ni. Oleh kerana aku belum beli mixer lagi jadi aku pun kenalah merajinkan tangan aku untuk memukul telur dan bahan lain untuk buat kek ni. Huhu....lenguh gaklah tangan aku ni. Tapi nak try punya pasal, lenguh sikit pun takpelah. 1st time buat aku guna minyak bak kata Ila mak mertua aku pun buat kek pisang guna minyak. Tapi aku main belasah je sukatan minyak tu. Hasilnya, kek aku pun mcm lembap2 gitu. Pada aku tak sesuai plak untuk kek pisang kalo lembap sgt. Jadi, aku try untuk kali kedua dan kali ni aku guna butter. Sukatannya aku ikut resipi Ila.

Actually ada satu lagi bahan yang takde iaitu soda bikarbonat. Tapi dah puas aku carik kat Woolworth memang tak jumpa daa. So, aku pun teruskan jugaklah buat walaupun tak cukup satu bahan.

Dan hasilnya taraa....


Setelah teringin nak buat kek pisang sendiri. ....:D


Ada satu kekeliruan di sini, naper kek aku ni colour dia tak berapa nak gelap ek? Kalo tengok kek Ila gelap je macam yang jual kat kedai. Huhu...adakah kerana pisang yang belum berapa nak membonyok. Tapi dah masak jugalah, kalo makan begitu saje pun tekak ku ini seperti payah je nak telan. Harap Ila boleh jawab...kakakmu ni baru belajar. Kuikui...

Seperti semua sedia maklum, aku bab buat kek ni memang failed sikit. Tapi tak salah mencuba ya tak....
Kepada yang belum mencuba tu bolehlah cuba yer...

Boleh klik link kat bawah ni credit to tuan punya resipi

http://dillaila.blogspot.com/2010/06/mari-buat-kek-pisang-mudah.html

~ Selamat Mencuba ~



***Bilala aku nak post resipi rojak mamak ni ek. Dah seminggu lebih resipi ni tunggu giliran tak berpost2 jugak. Huhu... ***

2 Responses to "Percubaan buat kek pisang resipi Ila"

DiLLaiLa Says :
July 1, 2010 at 1:15 PM

kak..hihi saye ni blom expert buat kek lagi..
tapi berdasarkan pengalaman sy yg xbape nak banyak ni..kalo menengok kek akak tu cam belom cukup masak lagi..biasanye selain cucuk garfu tu kena tengok jugak atas tu dah gelap blom..kalo kek dah gelap and warna die nampak lbey sekata insyaAllah dah masak (ditambah pulak dengan cucukan garfu tu)tapi jangan sampai gelap sangat takut kek tu jadi crunchy sgt kat luar..

pastu..kek akak tu xde baking soda kan?emm tu element yang penting sbnrnye nak buat kek..sebab nak kasi kek naik..kadang resepi pakai baking soda ada yang pakai baking powder..dua2 pon agen penaik kan..tgk keadaan..n tengok jugak tepung ape yang dipakai..sebab tu nampak kek akak cam jatuh & saye rasa nampak berat sket..gitu lah lbey kurangnye..hihi

Nazariah Says :
July 1, 2010 at 3:44 PM

Tapikan la, tepi tu warna coklat yg dah nak hanguslah la. Inipun dah 40 minit, akak ada gak cucuk dgn lidi, dah tak melekat. Soda bikarbonat xde akak belasah guna baking powder tp pakai tepung naik sendiri.

Sbnrnya, akak ada servey blog org lain gak yg buat kek ni colour dia pun mcm ni. Dia pun x guna soda bikarbonat. Kesimpulannya, bhn kena cukup kot. Hihi...
Cuba lg pasni...:P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...