Resipi roti jala

Author: Nazariah // Category:
Selamat berpuasa semua. Lama dah tak update blog sejak nak pose hari tu. Actually ada yang nak diceritakan terutama Iftar Ramadhan yang telah diadakan setiap hujung minggu. Tapi memandangkan asyik terlupa nak bawak kamera, jadi takdelah gambar dan takdelah cerita. InsyaAllah Iftar Ramadhan yang terakhir akan diadakan di rumah kami pada Sabtu ini. Harap2 taklah lupa nak ambik gambar. Tunggu entry yang berikutnya ya...

Kali ni nak tulis resipi roti jala. Yeahh... roti jala sebab ini 1st time aku buat roti jala. Kesian kan. Hihi...Oleh sebab dah teringin nak mencuba, aku pun servey2 lah resipi roti jala ni. Mudah juga rupanya cuma nak menjala tu je lambat sikit. Actually minggu lepas aku makan roti jala bersama gula durian. 1st time cuba tau sebab aku tak pernah dengar plak sebelum ni. Rupanya, orang yang dok kat KL memang dah biasa makan dengan gula durian. Tapi rasanya memang sodap. Aku dah teringin plak, nantilah nak kena carik durian plak ni.

Hari ni aku masak kari ayam aje. Gambar tak ambik sebab aku masak tadi lambat. Oleh kerana dah nak berbuka, terlupa plak nak ambik gambar kari ayamku itew. Kira halallah, yang penting gambar roti jalanya kan. Ngihihi...


Inilah hasilnya. Boleh tahan sedapla, komen dari husbandku. Hihi...lain kali boleh buat lagi..:D



Ok jom tengok bahan2nya :

  • 300g tepung gandum
  • 3/4 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur (di pukul sedikit )
  • 300 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara - cara penyediaan :

1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Masukkan pewarna kuning. Tapis dengan penapis halus.

Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

2. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.


3. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.


4. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.


5. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.




* Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

0 Responses to "Resipi roti jala"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...