Hari pertama Amna di sekolah

Author: Nazariah // Category:

Salam n hello all,

Khamis lepas, 3 Feb 2011 merupakan hari pertama Amna ke school. Amna memang bersemangat nak ke school, bangun awal pagi ingatkan pegi school pukul 9.20 pagi mcm kawan2 yg lain tapi untuk hari pertama budak kindy kena berkumpul di dewan pada pukul 10.00 pagi. Jadi, kami bertolak dari rumah pukul 9.45 pagi.

Sempat bergambar sebelum masuk kereta

Hafiz pun nak tumpang bergambar sama dengan kakak

Sampai je school, duduk2 sekejap sambil tunggu teacher masuk ke dewan. Sempat juga principal bagi ucapan... kemudian sessi pembahagian kelas bermula dan Amna ditempatkan di kelas Mrs Massiness. Amna dah tak takut dgn teacher sebab Selasa lepas, Amna dah kena interview selama sejam dgn Mrs. Massiness.

Sempat duduk2 dulu sebelum masuk hall

Hafiz pun semangat juga, siap bawak beg lagi...

Principal bagi ucapan ringkas

Suasana dalam hall

Masa tu, Amna ditanya pasal huruf, number, tulis nama sendiri, disuruh mengira, menyebut warna dan pelbagai ujian lain.... Masa ni teacher ckp Amna work hard utk jawab semua soalan yg teacher tanya n teacher puji Amna is great... dan aku percaya Amna dapat jawab semua soalan dengan baik sebab Amna dah kenal semua huruf dan dapat mengira hingga one hundred..(suruh kira bahasa Melayu, sampai tujuh je...) huhu...kesiannya. Mama dia pun asyik ajar in english sampai lupa nak ajar in Malay..takpelah, budak cepat belajar n hopefully Amna cepat catchup masa belajar kat Malaysia nanti.

Sambung balik cerita...hihi....selepas kelas dibahagikan, Amna ikut teacher masuk ke kelas, masa ni sempat lambai Amna sebelum ayah n mama balik. Hari pertama memang Amna tak nangis, walaupun mama nampak mata Amna berair masa kat Hall...


Amna duduk bersama Aiman, (anak Sarah)...sambil menunggu nama disebut

Amna yang nampak cool...

Mama harap Amna cepat dapat kawan lepas ni...tak malu2 untuk menegur kawan yang lain. Mama nampak Amna lebih mudah merapatkan diri dengan teacher berbanding dengan kawan tak tahu kenapa.... mungkin juga kelas Amna lebih ramai budak lelaki berbanding perempuan. Satu kelas cuma belas2 je murid...sikit sangat berbanding kat Malaysia. Ini kerana, sekolah di sini banyak dan dekat2 je dari satu sekolah ke sekolah yang lain.

Antara rakan sekelas Amna

Amna menuju ke kelas bersama Mrs. Massiness

Amna sempat melambai tangan sebelum masuk ke kelas...

Untuk hari pertama, Mama bawakkan Amna sandwich tuna, buah orange, juice & plain water. Balik rumah, mama check lunch box Amna cuma tinggal sandwich 2 keping...Amna makan 2 keping je. Buah orange habis...plain water n juice pun habis...tak sangka Amna berjaya habiskan plain water...hihi...mungkin sebab cuaca panas...kena banyak minum air...





***Pasni akan cuba update perkembangan Amna selepas bersekolah***




2 Responses to "Hari pertama Amna di sekolah"

lin Says :
February 13, 2011 at 2:54 PM

Go amna! Mudah-mudahan amna cepat biasakan diri di sekolah, senang kerja mamanya..hehe. Abang Hafiz pula dah hensem dengan rambut dan bacpack tu, tapi ada botol susu kat mulut laa..=)

Nazariah Says :
February 14, 2011 at 10:00 AM

Harap begitu la...sek pun x nangis da..rambut abg Hafiz plak dah kena potong smlm la auntie lin...hihi...tang botol susu tu yg susah nk tinggal...:p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...