Perkembangan Amna selepas sebulan ke sekolah

Author: Nazariah // Category:

As-salam semua....

Wah...cepat betul masa berlalu...diam tak diam dah sebulan lebih Amna ke sekolah. Pada hari Rabu yang lepas, ibu bapa untuk pelajar kindy dijemput datang ke school utk melihat sendiri anak2 belajar di dalam kelas. Di samping dapat cara melihat cara guru mengajar, kami juga dapat melihat reaksi Amna ketika di kelas.

Meja Amna kat kelas

Amna tulis nombor 2 kat white board

Nampaknya Amna seperti kawan2nya yang lain... dia dah tak takut untuk angkat tangan kalau cikgu suruh tulis nombor atau huruf di white board. Mereka juga akan diajar membaca di "reading room" dan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan......untuk kumpulan Amna ada 4 orang. Kawan2 Amna yang sama dalam satu kumpulan ialah Geisani, Mason dan Fred. Setakat ni Amna belum pandai membaca lagi...memang ambik masa walaupun Amna dah kenal huruf...mama dia pulak yang risau selagi Amna belum pandai membaca.

Amna belajar membaca bersama 3 kawan yang lain

Khusyuk mendengar cikgu mengajar

Setiap hari Amna akan membawa pulang buku untuk dibaca di rumah. Setiap buku diberi masa selama dua hari...masa nilah peranan ibu penting untuk memastikan anak2 membaca buku yg dibawa setiap hari. Takde masalah buat Amna sebab dia memang rajin membaca....yang aku perasan untuk perkataan yang simple Amna memang dah bole baca sambil lihat gambar dan ingat apa yang cikgu ajar di kelas. "Ya Allah...permudahkanlah anakku dalam proses pebelajaran beliau di sekolah...Amin..."

Masa balik dari ambik Amna hari yang sama Amna cakap ada supprise untuk mama...dalam hati ni, ingat dia nak tunjuk lukisan yang dia buat di sekolah. Pastu masa dalam kereta pun Amna masih sebut benda yang sama....sampai je rumah, Amna terus bukak beg dan cakap "mama, supprise"....rupanya Amna pulang bawa award...wah, mama memang teruja sebab Amna dah dapat award walaupun baru sebulan ke sekolah....Walaupun ini award untuk tulisan kemas, tapi secara tak langsung ia dapat menaikkan lagi semangat Amna untuk belajar bersungguh2 supaya dapat award yang lain pula. Mama dan ayah hadiahkan Amna baju "Dora The Explorer" utk 1st award ni....Kami dah janji dengan Amna, kalau Amna dapat award lagi ada hadiah lain bakal menyusul....

Gambar Amna kat stage masa ambik award...gambar ni dapat dari auntie Mas...tq buat auntie Mas

Nilah award yang Amna dapat...yeahh....:)

Jom tengok beberapa keping lagi gambar Amna yang sempat mama snap semasa lawatan kami ke sekolah pada rabu yang lepas.

Cuba cari kat mana Amna...

Lunch time...masa ni mama bekalkan sausage

Kawan2 yang lain...



2 Responses to "Perkembangan Amna selepas sebulan ke sekolah"

DiLLaiLa Says :
March 14, 2011 at 10:01 PM

amna nampak kurus lah..siannye die..penat ek sekolah?

Nazariah Says :
March 15, 2011 at 11:38 AM

Aah la, mmg dah nampak kurus...kesian sbb masa kat sekolah lama sgt. Kalo tadika kat msia 3 ke 4 jam je...budak2 sini yg dah sekolah mmg badan susut...tp yg peliknya, amna suka dia kurus...haha...selalu ckp "amna slim"...kelakar je..mamanya risau dia kurus sgt, dia boleh suka plak....akak lg suka kalo dia berisi sikit...ehmm...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...