Canberra 2nd time trip

Author: Nazariah // Category:




Ahad lepas kami sekeluarga ke Canberra...tujuan utama adalah untuk membuat passport dan surat beranak untuk baby Aisya. Oleh kerana "Floriade Festival 2011" dah bermula kami ambil peluang sekali lagi untuk melihat bunga buat kali ke2.



Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.15 pagi walaupun plan asal adalah pada pukul 7.30 pagi...tapi agak terlambat sebab masak kuah lodeh dan ayam masak kicap untuk bekalan di sana nanti. Sampai sana lebih kurang pukul 12 tengah hari dan alhamdulillah tak susah sangat nak cari parking kali ni berbanding tahun lepas.



Keluar kereta dah terasa suhu di Canberra sangat sejuk sedangkan kami hanya pakai jacket biasa je...bila tengok orang lain semua pakai jacket yang tebal2... kakak Amna banyak kali juga mengeluh cakap sejuk...baby Aisya yang pakai baju sejuk tebal pun dah tersumbat hidung masa tuh... (masa ni dah rasa, adus susah juga jalan bawak baby umur 2 bulan ni) sebab ni 1st time bawa Aisya ke tempat terbuka macam ni...selalu bawa ke shopping complex je.






Kami ambik masa untuk makan tengah hari sekejap je berikutan anak2 yang tak keruan kesejukan...Masa tengah makan tu pulak ada gerimis sekejap, terus makin hilang selera makan dan aku cakap dengan husband yang kami perlu cepat memandangkan cuaca kurang elok dan Aisya yang asik nangis masa tu. Masa suami sibuk snap gambar aku sempat juga menyusukan Aisya dan dia tertido di pangkuan mamanya... Lepas Aisya tidur barulah lega untuk ambil gambar banyak2 (tapi dalam keadaan yang cepat2 sebab cuaca nak hujan) langit mendung sangat masa tuh...

On the way ke parking nak balik time ni...

Sekitar parking...belakang tu ada lake..

Selepas melawat bunga kami plan ke War memorial sebenarnya tapi apakan daya, dengan keadaan anak2 yang dah keletihan...perut pulak dah kelaparan sebab makan sikit je masa kat floriade tu, jd kami ambil keputusan ke hotel dulu. Ingatkan after dah rehat2 bolehlah sambung lawatan ke War memorial pula tapi kawasan cabin yang kami sewa dengan jarak ke tempat tersebut adalah 14 km...huhu...dah jauh la plak...jadi kami terpaksa batalkan plan tersebut.

Cuma malam tu kami sempatlah ke Woollworth untuk membeli roti dan makanan ringan untuk makan2 malam tu. Suhu malam tu mencecah sehingga 2 deg. huh...mahu tak sejuk tapi alhamdulillah cabin yang kami sewa ada reverse cycle aircond. Kalau tak, tak tahulah macam mana nak tanggung kesejukan tu sebab hotel yang kami sewa last year cuma ada aircond biasa je. Kebetulan masa last year tak sejuk banding this year..huh...


Keesokkan harinya kami bertolak ke High Commission of Malaysia untuk proses buat passport. Tak sangka walaupun dah buat appointment tapi masih kena tunggu lama sebab ramai orang.


Selesai semua kami ke Cockington Green Garden pula sambil menunggu masa untuk ambil passport semula pada pukul 3.30 petang. Masa ni pun Aisya tidur dari kami masuk hingga keluar dari garden. Kemudian kami singgah makan di Restoran kebab di sana.. kami order dua menu masa tu. Siap2 makan kami bertolak semula ke tempat buat passport tu dan singgah ke masjid berhadapan dengan bangunan tersebut utuk menunaikan solat. Sempat juga anak2 bermain di taman permainan berdekatan.








Kami ambil passport pada pukul 3 petang tapi masih kena menunggu sampai pukul 4 petang... huh...letih betul.. Siap segala urusan kami bertolak pulang dan sampai ke rumah kami di Sydney pada pukul 8 malam...tamatlah percutian kami selama dua hari tersebut.

Semalam Hafiz tanya mama "Hafiz nak pegi hotel lagi"...aduhai anakku, takkan asik nak pegi holiday je...erm.. tunggulah tak lama lagi kita balik Malaysia...tak sabar tinggal 2 minggu lebih je lagi...yeahh..








3 Responses to "Canberra 2nd time trip"

DiLLaiLa Says :
September 29, 2011 at 9:02 PM

bile la kami nak sampai ni..huhu

Sarahlaa... Says :
September 29, 2011 at 9:05 PM

wahhhh...bunga2 tu sangat cantik!!!

Nazariah Says :
September 29, 2011 at 9:40 PM

Ila, takpe next year ada lagi...masih sempat...jom plan sama2 sambil pegi snowy mountain next year...dah tak jauh dari Canberra..hihi..

Mai...memang canti bangat sih...rasa nak petik je...tp amna nak petik pun kami takut nak bagi...hihi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...