Cerita pasal rumah

Author: Nazariah // Category:
As-Salam,

Sejak akhir-akhir ni, kami memang sangat-sangat sibuk membersihkan rumah dan menjual barang-barang besar yang tak dibawa balik ke Malaysia. Kalau ikutkan dah banyak juga barang yang kami dah let go. Contoh seperti meja makan, meja makan kedua, almari tv dan barang lain juga.

Sebelum kami keluar dari rumah, agen nak datang ambil gambar untuk cari penyewa baru di domain.com. Jadi, kami  kenalah pastikan rumah kemas sambil tiada perabot yang terlalu menyesakkan dalam rumah ni.

Untuk bilik ke-2 iaitu bilik study en. suami, katil kami dah bukak dan kosongkan. Meja study en.suami pun dah letak di ruang tamu menggantikan meja makan. Lepas ni turn membuang sofa dan katil di bilik utama pula. Kemudian kena buat carpet cleaning dan akhir sekali proses memacking baju-baju masuk dalam bag.

Memang agak penat start dari proses packing barang untuk dibawa balik ke Malaysia, shippping, contact agen di sini, cari quotation untuk agen di Malaysia pula. Wah..rasa tak berhenti2, proses kemas barang-barang dapur pun masalah juga sebab kami masih memasak dan masih guna barang-barang untuk memasak.

En.suami dan ku sendiri dah setuju yang kami tidak bermalam di Malaysia Hall untuk kali ini memandangkan rasa susah pula nak mengangkut baju-bajan yang banyak, anak pun dah bertambah nak duduk bilik kecik sampai hampir seminggu, ohh tidak..So, kami akan duduk di rumah ini hinggalah tarikh kami pulang nanti.

Jom layan gambar rumah kami yang telah diiklankan di domain.com. Harga dah dinaikkan ke Aud 380/week dan tarikh available pada 12.12.12.


Ni lah apartment kami

 Dapur

 Bilik ke2

 Ruang tamu yang dimake over menjadi sesimple2 nya..hihi..

 Itu dia

 Toilet


Agak-agak bersih macam masa kami baru masuk dulu tak? hihi. Kena make sure bond dapat full ni, kalau tak rugi ooo..:p So, kepada sesiapa yang berminat menjadi penyewa seterusnya boleh datang open inspection pada Sabtu ni, 24th Nov atau click sini untuk melihat iklan penuh.



0 Responses to "Cerita pasal rumah"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...