Nombor Satu dan Dua

Author: Nazariah // Category:


Salam, 


Hari ni adalah majlis penyampaian hadiah untuk Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai. Kakak Amna hari ni naik atas pentas untuk ambil 2 hadiah. Hadiah pertama, Kedudukan ke-2 dalam kelas dan hadiah ke-2 adalah Hadiah Khas " Lompatan Saujana." Syukur Alhamdulillah dan Tahniah buat kakak.

Cerita pasal Hadiah khas "Lompatan Saujana" ni diberi untuk pelajar yang mempunyai lonjakan prestasi...ku sebagai ibu memang terharu bila Amna terpilih mewakili murid tahun dua sebab masa seminggu persekolahan dulu, cikgu cakap Amna mungkin kena masuk kelas pemulihan sebab Amna dari Australia, so...cikgu nampak Amna kurang bercakap dan tak aktif 
compare dengan ada seorang lagi budak yang baru balik dari Australia juga. 



Sesungguhnya masa tu ku sedikit kecewa bila cikgu buat perbandingan sebegitu sedangkan baru seminggu persekolahan. Masa tu ku tekad akan ajar Amna betul2 untuk buktikan pada cikgu. Tapi malangnya sistem sekolah telah diganti dan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun. Namun, last minute baru kami tahu ada final exam untuk tentukan kelas. Masa ni, Amna tak dapat juga study sungguh2 sebab peperiksaan serentak dengan Sekolah Agama. Ku pun terima je apa jua result yang bakal Amna dapat sebab kurasakan Amna perlu mengekalkan atau meningkatkan prestasi untuk Sekolah Agama juga. Tapi sempat jugalah ku tolong Amna study subjek Math dan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris senang katanya. hehe..


Ku tahu Amna dapat no2 pun sebab ayahnya hantar Amna ke sekolah semalam dan terserempak dengan guru kelas Amna. Minggu ni 2 hari Amna tak ke sekolah sebab MC. So, Majlis Penyampaian Hadiah ni pun kami baru tahu semalam. Haishhh, sabo je la.. 

Murid tahun 1 hingga tahun 3 tak ada hadiah untuk Matapelajaran terbaik. Hanya murid tahun 4 hingga 6 je yang ada. So, tak tahu lah pencapaian Amna untuk setiap subjek yang diambil. 

Untuk Final Exam Sekolah Agama pula prestasi Amna meningkat dengan keseluruhan markah melebihi 80%. Oleh itu, Amna layak mendapat no 1 dalam kelas dan dapat "Kelas Pertama". Manakala Peperiksaan lepas Amna dapat no 2 kerana markah keseluruhan hanya 76% ( Kelas kedua). Masa tu takde murid lain pun dapat No1.Dan ku diberitahu, Penyampaian Hadiah untuk Sekolah Agama akan dibuat pada tahun hadapan.

Sesungguhnya kami sebagai ibu bapa Amna sangat berpuas hati dan bangga dengan pencapaian Amna setakat ini. Walaupun Amna dari sekolah luar dan sedikit terkejut dengan sistem persekolahan di sini tapi Amna masih dapat buktikan yang dia boleh berjaya setanding dengan murid lain. Ku harap lepas ni, Amna akan dapat tingkatkan lagi prestasi bila berada di kelas baru. Tahun depan Amna akan berada di Kelas 3 Pintar. (Kelas Kedua ) dari 6 kelas tahun 3. Mungkin lepas ni, saingan semakin sengit dan ku mahu pastikan Amna akan berada di Kelas 4 Mahir (Kelas pertama) pula pada tahun 2015, InsyaAllah. 

Mudah2han Hafiz pun macam kakak...Tahun 2015 nanti baru Hafiz darjah 1..Ni Hafiz pun sibuk nak bergambar dgn medal yang dia dapat masa Sukaneka Tadika Ihsan Tempoh hari.



1 Response to "Nombor Satu dan Dua"

giaonhan247 Says :
April 27, 2020 at 4:43 PM

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...