Jalan-jalan ke Ikea

Author: Herman & Naza // Category: ,

Gambar Ikea dari sudut tepi.

Alhamdulillah diam tak diam dah seminggu kita beraya. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat yang mengenali. Walaupun kemeriahan Hari Raya di Sydney tak sama macam kat Malaysia tapi kami tetap sambut dengan gembira.

Semalam kami sekeluarga buat pertama kalinya pergi ke Ikea. Kalau sebelum ni, tak pernah pergi pun Ikea yang ada kat Malaysia tapi kat sini kami pergi setelah meneliti barangan Ikea di internet dan katalog yang datang ke peti surat rumah kami.

Tak sangka, rupanya Ikea menjual barangan dengan harga berpatutan. So, semalam kami pergi untuk membeli beberapa barangan kelengkapan rumah seprti carpet, meja sudut, dan pasu bunga. Dah 2 bulan di Sydney, rasanya time raya nilah nak decorate rumah. (Hehe... dah seminggu raya baru sibuk nak beli). Kalau nak masuk kedai perabot lain memang seram melihat harganya yang mahal2.

Tapi kat Ikea ni pelik sikitla, sebab kalau kita nak beli barang, kita kena cari kat dalam diorang nya warehouse. Dahla warehouse tu besar. Aduh penatnya berjalan. Nak mencari lagi. Nasib baiklah kitorang memang dah servey dari rumah barang ape yg nak dibeli. Kalo tak jenuh... mesti amna dengan Hafiz boring jek. Itu pun kitorang dah tersalah masuk ke diorang punya showroom. Patutla, hanya barang2 kecil je yang orang ambil rupanya kalau nak ambik barang lain dekat warehouse. Hehe.... entah ape2 je. Tapi okla, pengalaman macam ni best sebenarnya untuk mengajar kita dok kat negara orang ni.

Setelah penat berjalan, kami pun singgah makan di McD halal di Puncbowl. Masa ni GPS buat hal plak. Dia bawak kami jauh berjalan, pastu salah jalan plak. Amna pun dah boring je dok dalam kereta. Nasib baik Hafiz tdo, kalo tak mesti dia pun dah meragam.

Selepas perut dah kenyang, kami singgah pula di BigW untuk membelikan Amna dan Hafiz car booster. kat sini, budak kecil macam diorang ni pun kena pakai seatbelt jugak. Kita tak boleh pangku masa dalam kereta. Kalau polis nampak, memang kena saman. So, kena jugalah belikan.

Tengok Amna duduk di car booster nya yang baru tu.

0 Responses to "Jalan-jalan ke Ikea"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...