Kediaman kami di Sydney

Author: Herman & Naza // Category:




Inilah keadaan rumah kami kat Sydney. Ehmmm.... simple je tapi alhamdulillah agak selesa. Kat sini tak sama macam kat Malaysia. Kalau kat sini banyak kedai2 2nd hand yang menjual perabot yang masih elok dengan harga yang agak berbaloi. Kalau kat Malaysia, perabot biasanya kena beli baru dan belum jumpa lagi kedai barangan 2nd hand.

Kami pilih untuk beli barangan 2nd sbb memandangkan kos nak beli perabot baru sangatlah mahal dan agak membazir memandangkan kami hanya menetap di Sydney 3 tahun sahaja.

Mengimbas kembali masa mula masuk rumah ni dulu. Memang kosong dan kebetulan kami masuk rumah ni pada hari Sabtu. Jadi, kebanyakan kedai untuk membeli tilam dah tutup kerana mereka hanya buka kedai separuh hari sahaja. Masa tu, kami tidur beralaskan selimut dan baju panas sahaja. Nasib baiklah keseluruhan rumah ni berlantaikan carpet. Agak sejuk juga tapi masih ok kalau nak dibandingkan dengan mozek. Sedih betul kalau dikenang. Kalau semua nak tahu kat sini, oleh kerana pukul 5.00pm matahari dah terbenam jadi kebanyakan kedai akan tutup bermula pukul 5.00 petang. Kalau di Malaysia, kebiasaannya kami pergi shopping pada waktu malam berbeza di sini waktu untuk shopping hanya di siang hari sahaja.


Keadaan rumah kami yang masih kosong tanpa sebarang perabot.


Ini pula, keadaan dapur kami masa mula2 masuk rumah dulu. Nasib baiklah cabinet tu dah ada. Fuhh... kalo tak payah juga nak letak barang seperti pinggan-mangkuk, cawan, periuk dan barang dapur yang lain. Dapur ni dilengkapi dengan dapur elektrik, oven dan grill.

2 Responses to "Kediaman kami di Sydney"

DiLLaiLa Says :
September 29, 2009 at 9:53 PM

lawa seyy rumahh...cayalah..mmg nampak moden..

Herman & Naza Says :
September 29, 2009 at 11:57 PM

Tq2. Hehe... Combination idea dari kami berdua.
Tapi rasanya dari sofa, carpet n bunga akk yg pilih. Abg dari segi arrangement jek. Huhu....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...