Panduan mencari rumah di Sydney

Author: Herman & Naza // Category:
Anda perlu mencari rumah sewa dengan segera sementara anda menetap di kediaman sementara (cth Malaysia Hall). Pada kebiasaanya, cara termudah 'survey' rumah ialah merujuk laman web seperti di bawah:

www.domain.com.au
www.realestate.com.au

www.homehound.com.au
www.tradingpost.com.au

atau melalui akhbar contohnya Southern Courier dan Trading Post.

Apabila anda berminat dengan mana-mana unit apartment atau rumah, anda perlu mengisi borang permohonan dan menghubungi agen rumah tersebut untuk menetapkan tarikh dan masa appointment untuk pemeriksaan rumah (house inspection). Contoh agensi perumahan yang popular adalah Raine&Horne, MGM Property, Laing&Simmons, AJ Duffy, LJ Hooker dll.

Anda dinasihatkan untuk mencari beberapa alternatif dan meletakkan beberapa permohonan. Keputusan akan dibuat oleh tuan rumah (landlord). Sekiranya permohonan anda berjaya, anda perlu membayar bond untuk tempoh sewaan rumah biasanya selama sebulan (4 minggu). Kadar sewa rumah di Sydney adalah berdasarkan sewa mingguan iaitu purata 4.35 minggu untuk sebulan (52 minggu setahun). Walau bagaimapun, anda boleh memilih untuk membayar secara mingguan sebagai contoh (setiap minggu, 2 minggu sekali atau pun 4 minggu sekali)

Kebanyakan pelajar University of New South Wales (UNSW), University of Sydney (UniSyd) dan University of Technology Sydney (UTS) tinggal di kawasan Eastlakes kerana sewa rumah yang agak murah berbanding kawasan lain. Kawasan lain berdekatan dengan UNSW adalah seperti di Kensington, Randwick dan Kingsford. Manakala pelajar universiti yang lain seperti University of Wollongong, Macquarie University dan University of Western Sydney selalunya menyewa rumah berdekatan dengan universiti masing-masing.

Memandangkan keadaan sekarang yang mana agak sukar untuk mendapatkan rumah sewa di Sydney, dan kos sewa rumah yang agak tinggi iaitu sekitar AUD270-AUD350 seminggu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal dari tempoh pendaftaran supaya mempunyai masa untuk mendapatkan rumah yang sesuai dan berpatutan.

Sila klik untuk mendapatkan tips dan panduan tambahan untuk mendapatkan rumah sewa. Terima kasih.

3 Responses to "Panduan mencari rumah di Sydney"

Anonymous Says :
November 29, 2013 at 6:31 PM

terima kasih...satu blog yg sgt berguna utk sia...sia akan pergi next year bln 3..harap2 semua lancar...

Herman & Naza Says :
December 6, 2013 at 11:56 PM

Terima kasih kerana singgah di blog kami..

Anonymous Says :
December 6, 2014 at 3:27 AM

Kalau sewa small studio apartment di dlm universiti (UNSW Village, UniLogde), cost dia lg murah/affordable tak as compared to sewa kat luar, after considering utilities, public transport, etc.?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...