Berkelah di Bondi Beach

Author: Nazariah // Category: ,
Semalam kami sekeluarga ke Bondi Beach. Seronok juga sebab dah lama tak pergi pantai ni. Tapi kami pergi tak lama sebab parking hanya boleh 2 jam sahaja. Lagipun yang mandi pun cuma Amna jek. Mama n ayah cuma temankan Amna mandi n main air . Lagipun adik Hafiz geli nak pijak pasir, mungkin dia anggap pasir tu kotor kot. Sama je masa Amna masa kecik, pun geli dengan pasir. So, terpaksa kami mendukung Hafiz sepanjang bermain di tepi pantai. Kami ada bawak sedikit makanan dan makan sebelum main di pantai. Nasib baik jugalah ada pokok tak jauh dari pantai tuh. Bolehla dijadikan tempat berteduh. Al-mklumlah Mat n Minah Salih ni kan suka berjemur. So, memang kat pokok tu kosong dan takde orang. So, bolehla kami duduk dengan amannya. Di bawah ada beberapa keping gambar kami di sana. Gambar terpaksa dikecilkan kerana berlatar belakangkan minah salih yang seksi. Hihi....

Masa baru sampai. Amboi Hafiz tak sabar betul nak minum 100 plus. Haus sangat agaknya.


Mama sedang melayan kerenah Amna mandi dan Hafiz yang tak nak turun.


Ayah bersama Amna main ball. Kat sini pasirnya sangat halus dan bersih....

0 Responses to "Berkelah di Bondi Beach"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...