Resipi mee bandung

Author: Nazariah // Category:

Ini lah dia, mee bandung yang telah siap dihidang. Bolehla cuba yer...

Semalam kami sekeluarga sarapan mee bandung. Dah lama betul tak makan sebab selama ni tak jumpa udang kering atau udang geragau. Entah macam mana, suami boleh terjumpa plak udang geragau kat pasar. So, apalagi bolehlah buat mee kegemaranku ni.So, untuk sesiapa yang sanggup pegi Muar untuk makan mee bandung, bolehla cuba resipi ni yer. Tak payah susah2 nak ke sana lagi. Mee ni ala2 mee bandung Muar gitu. Sebab resipi ni dari makku pun yang berasal dari Muar. Hihi....Jom kita tengok resipinya....

Bahan-bahan


Mee kuning yang dicelur

Sedikit minyak untuk menumis

Air dalam setengah periuk

1 biji bawang besar diblend

2 ulas bawang putih diblend

10 tangkai cili kering untuk yang tak suka pedas bolehla dikurangkan

udang geragau lbh kurang segenggam juga diblend

Kacang tanah digoreng dan diblend (juga dalam segenggam)

2 sudu besar sos cili
Sayur sawi

1 biji buah tomato
Telur ayam (Sebiji untuk seorang makan)

Ayam dipotong kecil2

Daging dipotong kecil2
1 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah



Cara-cara penyediaan


Panaskan minyak. Masukkan ke semua bahan yang telah diblend kecuali kacang tanah.
Tumis bahan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili. Masukkan pula kacang tanah dan masak hingga pekat. Kemudian, masukkan pula air lbh kurang setengah periuk.

Selepas itu, bolehla masukkan ayam dan daging. Masak sehingga kuah mendidih serta ayam dan daging empuk.
Setelah ayam dan daging empuk, bolehlah masukkan telur. Tunggu telur masak, bolehla masukkan pula sayur sawi dan buah tomato. Kemudian, masukkan pula tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.

Tunggu lagi hingga mendidih dan sayur sawi sedikit layu, bolehla diangkat dan sedia untuk dihidang.


2 Responses to "Resipi mee bandung"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...