Makan petang kuih donut

Author: Nazariah // Category:
Salam semua,

Alhamdulillah percubaan pertamaku membuat kuih donut akhirnya menjadi. Lembut dan gebu gitu. Actually, aku kalau pasal buat kuih ni memang kureng sikit. Lagipun minatku lebih tertumpu kepada memasak lauk pauk sebab cuba sekali dah jadi. Lagipun aku rasa tangan aku ni kalau buat kuih kena cuba banyak kali baru menjadi. Tapi takpela, kalau tak cuba bila nak pandai yer tak???

So, hari ni aku pun mencubalah buat kuih donut untuk makan petang kami sekeluarga. First time aku buat kuih donut sebab kalau kat Malaysia, biasanya aku beli jek. Tapi bila dah dok kat sini, kalau aku tak cuba buat alamat tunggu balik Malaysialah baru dapat makan kuih2 tradisional ni.

Untuk sesiapa yang ingin mencuba, jom tengok resipi donut ni.


Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum (aku guna cawan yg gemuk)
  • 3 sudu kecil gula (kalau suka manis, bolehla tambah lagi)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 280 ml susu segar
  • 3 sudu besar butter/ marjerin
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder
Cara-cara penyediaan

1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata.

2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.

3. Masukkan pula butter / margerin (aku guna margerin jek). Kacau sehingga sekata sampai dah jadi sebuku gitu. Kalau agak2 terlembik tambahla tepung sikit2 yer.

4. Kemudian keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.

5. Uli sehingga tak melekat ditangan dan buatkan bentuk bulat.

6. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap dan biar naik 2 kali ganda

7 .Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.

8. Canaikan dan tekap guna bentuk bulat dan buat lubang di tengah. Dah...jadilah donut.

9. Bila dah jadi bentuk donut, tunggu dulu beberapa minit sebab tepung akan naik lagi.

10. Bolehlah sediakan minyak untuk menggoreng dan goreng hingga kekuningan.

11. Proses terakhir bolehlah salut dengan sugar powder.


Dan... Inilah hasilnya. Donut-donutku....

Ada juga yang aku buat bentuk pintal macam kat tepi tu, saja cuba2.

Ok, Selamat mencuba yer...

3 Responses to "Makan petang kuih donut"

DiLLaiLa Says :
January 21, 2010 at 1:09 PM

bagus2 ada resepi...hehe..dry yeast cam tak jumpe lagi je..kat sini jenama mauripan gak ke?

nazariah Says :
January 22, 2010 at 11:41 AM

Ila kalau gi pasar raya cari bahagian tepung2. Nanti adalah terselit dry yeast kat bhg tu. Bukan jenama mauripan, tp kalau nak yang mauripan kena carik kat kedai asianla gaknya.

Herman Says :
January 22, 2010 at 7:29 PM

Ada ker kat kedai Asian...pandai jek.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...