Proses perpindahan ke rumah baru
Author: Nazariah // Category:Alhamdulillah, proses perpindahan ke rumah baru telah berjalan dengan lancar pada 8 dan 9hb Januari yang lalu. Sebenarnya kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru pada hari Jumaat, 8hb Januari dan kami sempat membawa satu beg besar baju dan keseluruhan barang2 dapur. Barang2 dapur ni kami terpaksa bawa awal kerana persediaan untuk jamuan pada keesokannya. (Kalau tak bawak awal nak masak guna apa plak ye tak?)
Jutaan terima kasih kepada yang terlibat membantu kami dalam proses pemindahan barang (Sdr Yazid, Norizan, Hakimi, Zulkarnain, Shah). Jasa anda semua sangat dihargai. Pada pagi Sabtu, dapatlah kami menjamu mereka dengan sedikit kuih (Kuih keria je, keria lagi...Hihi) manakala untuk menu tengah hari pula, kami menghidangkan nasi ayam. Untuk sesiapa yang terlepas jamuan , InsyaAllah kami akan jemput sekali lagi ke rumah baru kami.
Sehingga ke hari ini, terasa gembira bila selamat menduduki rumah baru. Jika dibandingkan dengan rumah lama kami, sudah tentulah kami lebih selesa duduk di rumah baru memandangkan rumah kami berada di ground floor sedangkan rumah sebelum ni di second floor. Selain itu, rumah baru ini juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang sudah tentunya dapur yang menggunakan gas dan bukan dapur elektrik. Untuk pengetahuan, kebanyakkan rumah yang dapurnya menggunakan gas, water heater di sinki dan toilet juga akan menggunakan gas. Jadi, memang besar harapan kami agar bil elektrik kami lebih rendah berbanding sebelum ini.
Selain itu, tuan rumah juga menyediakan washing machine untuk kami walaupun sebenarnya kami sendiri telah mempunyai washing machine sendiri. Tetapi, washing machine yang disediakan oleh tuan rumah ditempatkan di laundry beserta dengan dryer untuk mengeringkan baju. Wow.. inilah benda yang paling buat kami gembira kerana baju yang kami basuh sudah tidak perlu disidai lagi. (Benda free, guna je la..Haha, malas nak sidai sebenarnya...) Dan yang paling penting bila tiba musim sejuk, tentu baju susah nak kering seandainya tiada dryer. Kelebihan lain jika kami basuh baju di laundry, dapatlah menjimatkan bil elektrik dan air tidak seperti di rumah lama walaupun kami basuh di laundry tetapi penyambungan elektrik masih disambungkan ke setiap rumah.
Kelebihan2 lain pula ialah ruang tamu, dapur dan bilik yang lebih besar. Oleh kerana dapur kami agak luas, jadi kami dapat meletakkan meja makan di dapur. Sekiranya dapur kecil, sudah tentulah meja makan perlu diletakkan di ruang tamu seperti rumah lama kami dan kebanyakkan rumah lain di Sydney. Kabinet dapur juga berbentuk U, lebih banyak kabinet untuk menyimpan, pinggan mangkuk dan periuk belanga berbanding kabinet bentuk L di rumah lama.
(Masa ni, atas kabinet pun dah jadi tempat letak barang).
Keluasan bilik tidur utama juga amat memuaskan hati kami, selain mempunyai mirrow wardrobe, wardrobe yang disediakan juga lebih besar dan ruang yang ada boleh digunakan sepenuhnya. Besar harapan kami agar dapat menduduki rumah ini lebih dari 6 bulan. Sesungguhnya proses perpindahan amatlah meletihkan selain pengorbanan tanaga, masa dan wang ringgit terpaksa dikorbankan berikutan proses pembersihan rumah lama, kos sewa rumah yang bertambah disamping kos2 perpindahan yang lain dan suamiku yang terpaksa bercuti sepanjang proses perpindahan ini.
Last sekali dan yang paling penting, semoga kami menerima semula keseluruhan bond untuk rumah lama kami. Amin...Doa2 kan lah yer...
0 Responses to "Proses perpindahan ke rumah baru"
Post a Comment