Nasi Minyak

Author: Nazariah // Category:
Nasi minyak ni nampak kosong sikit sebab aku lupa lagi nak beli kismis dengan gajus



Entry kali ni adalah resipi nasi minyak. Erm... dah lama tak makan nasi minyak kat rumah org kahwin. Sepanjang tempoh 8 bulan kami kat sinila.

So hari ni aku masak nasi minyak untuk menghilangkan rasa rindu nak makan nasi minyak. Kali ni kami makan nasi minyak dengan dalca daging dan ayam masak merah. Rojak nenas je takde sebab tak beli nenas pulak semalam. Terlupa sebab aku tak nampak ada ke tak nenas kat Woolworth masa belanja semalam. Tapi takpe, aku dan suami tetap berselera. Hihi...dia cakap nasi minyak lagi sedap rasanya banding nasi tomato sebab nasi tomato kan ada rasa masam2 sikit rasa buah tomato. Apa pun, pada aku dua2 sedap.

Amna dan Hafiz macam biasalah makan tapi taklah banyak sangat. Suka makan ayam je. So, untuk sesiapa yang ingin mencuba bolehlah lihat resipi di bawah ni ye.


Bahan-bahan


3 cawan beras
2 sudu butter + 2 sudu minyak sapi
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 cawan susu segar
1 inci halia ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 biji bunga lawang
1/2 kayu manis
2 biji buah pelaga
5 cawan air
Pewarna kuning
Garam dalam 3/4 sudu
Kismis dan gajus sebagai hiasan ( Saya tak letak yer)
Daun pandan (kalau ada)

Cara-cara


1) Panaskan butter dan minyak sapi di dalam periuk nasi,

2) Apabila telah panas dan cair masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama halia dan bawang putih.

3) Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar. Tumis bawang tersebut hingga layu. Boleh masukkan daun pandan yang telah disimpul (saya tak letak sebab takde).

4) Kemudian, masukkan pula susu segar dengan api sederhana (Jika tidak susu akan berketul2).

5) Apabila agak mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. (Kacau agak2 je, jangan sampai beras menjadi hancur).

6) Masukkan pula air dan garam kemudian masak nasi macam biasa.

7) Apabila nasi telah kering, boleh tuangkan pewarna. Aku buat lubang dalam 4 lubang camtu n tuang sikit2 pewarna tu. Pastu tutup semula periuk dan biar kering lagi. Selepas beberapa minit barulah dikacau. Kalau masih nampak banyak nasi yang masih putih, tuang lagi sikit pewarna tu. Sampai colour kelihatan cantik macam nasi saya tu yer. Hihi...perasan lak.

7) Kalau ada kismis bolehlah masukkan masa ni yer. Ok, siap untuk dihidang.

Nasi minyak ni boleh dihidang bersama ayam masak merah dan dalca daging. Lebih sedap kalau ada rojak nenas atau pajeri nenas. Nyum3...memang rasa macam makan kat kenduri kahwin.

Untuk yang di perantauan macam kami ni bolehlah cuba resipi ni yer. Untuk yang ada kat Malaysia pun apa salahnya kalau nak mencuba. Kan elok memahirkan diri dalam bidang masakan ni. Hihi...suami pun makin sayang. Huahaha...yorlah tu.

Selamat mencuba

2 Responses to "Nasi Minyak"

DiLLaiLa Says :
March 14, 2010 at 8:30 PM

nyam3...banyaknye resepi saye kena cube..

Nazariah Says :
March 14, 2010 at 8:52 PM

Hah...kena cuba ni la. Lama lagi ni nak balik Msia nak mkn nasi myk keje kawin. Hihi...pasni akak masukkan resipi dalca pulak. Tadi lupa lak nak ambik gambar dalca.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...