Program BBQ di Jamberoo Park

Author: Nazariah // Category:
Tak tahulah kenapa akhir2 ni begitu malas nak update blog ni. Sebenarnya kami pergi ke Jamberoo Park ni pada 2 minggu yang lalu, tapi hari ni baru berkesempatan nak update kat sini. Jamberoo ni terletak di Wollongong dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana.


Sempat bergambar di Tempe sementara menunggu sebuah lagi keluarga sampai

Kami bertolak dari rumah seawal 6.30 pagi dan berkumpul di Tempe bersama 6 keluarga yang lain. Kemudian, bertolak dari Tempe lebih kurang pukul 7.30 pagi dan sampai di Jamberoo pada pukul 9.30 pagi.


Orang ramai yang sedang beratur untuk membeli tiket manakala kami telah membeli tiket online

Sesampai di sana, kami mencari tempat yang sesuai untuk aktiviti bbq. Setiap keluarga dikehendaki membawa 5 ketul ayam atau lebih untuk bbq ni. So, kami dah perap ayam dari malam dan masing2 perlu membawa potluck. Kami bawa nasi lemak sambal sotong. ( Ramai yang puji sambal sotong saya sedap...hihi..suka2). Selain nasi lemak, ada yang membawa bihun goreng, nasi goreng ( nasi goreng ni ada 3 versi tau, 3 keluarga tu bawa nasi goreng) dan coleslow. Air juga pelbagai jenis sampai terlebih2 tu. Tapi takpe, banyak pilihan.



Pemandangan dari pondok kat atas. Kelihatan masing2 sedang menyiapkan tempat utk bbq


Masa memula nak bakar ayam bbq. Tgh set up lagi ni.


Time ni dah start bakar dah. Kat sini nak nyalakan api bawah tu kena masukkan syiling AUD 1 dan akan bertahan pada satu jangka masa.


Yeah...dah nak masak. Pelbagai versi ayam2 ni. Ayam kami yang hujung sikit colour oren2 sikit tu. Nyam2...


Sebenarnya, selain daripada aktiviti bbq ada pelbagai lagi permainan air kat sini. Macam Sunway Lagoon gitu. Tak pun macam Lost World Of Tambun. Sangat menarik untuk membawa anak ke sini kerana disediakan juga permainan air untuk kanak2. Dah tentu Amna merupakan orang yang paling seronok. Tapi kami tak dapat ambil gambar guna kamera sendiri sebab simpan kat locker. Huhu...sayang sekali.

Paling tak lupa, masa kami naik pelampung turun dari terowong yang sangat tinggi dan berliku2 gitu (betul ke aku guna perkataan terowong ni). Hihi...Kalau di Lost World Of Tambun, pelampung tu hanya untuk dua orang sahaja tapi di Jamberoo ni dibenarkan sehingga 6 orang dan siap boleh bawa anak sekali. Ngeri juga tapi yang pelik anak2 kami ni tak menangis pun cuma mereka terkedu masa turun tu sebab keadaan dalam terowong tu memang sangat gelap. Time ni pejam mata pun gelap, nak buka mata pun gelap. Nak menjerit pun dah tak terkeluar suara sebab terowong tu berliku2 sgt dan kebetulan aku duduk di bhg depan dan mengundur. Wah...memang rasa nak tercampak pun ada. Memang kena pegang kuat2lah...seram tuh...


Sebaik sahaja sampai di bawah, Amna cakap best dan dia nak main lagi. Pelik sungguh Amna ni, mama dia punya terkedu masa turun boleh pulak dia cakap best. Hafiz pulak dalam mode selamba dan macam orang takde perasaan jerk. Huhu...


Husbandku ada main lagi satu lagi permainan, macam gelongsor juga cuma dalam keadaan meniarap. Yang ni aku tak main sebab kena jaga anak, kalau tak sape plak nak jaga anak2 aku ni.


Selepas tu, kami lebih kepada menemankan anak2 mandi dan main air je. Tapi oklah, yang penting anak2 kami seronok lebih dari kami. Dah puas mandi dan kami tengok Hafiz dah kesejukan, kami ambil keputusan untuk berhenti main. Sebelum balik, sempat lagi makan lagi sekali round (menghabiskan ayam bbq) dan mencuba makanan lain.
Masa ni, hafiz pun dah merengek sebab mengantuk.

Kami balik lebih awal dari keluarga yang lain memandangkan anak kami yang dah letih dan penat (Hafiz je yg mengantuk, Amna nak main lagi sebenarnya). Hafiz tertido di bahu aku semasa on the way nak ke kereta. Amna pulak sibuk nak naik train lagi tapi kami pun dah tak sempat nak kejar train tu jadi kami pun pujuk dia dengan belikan aiskrim milo. Dapat je aiskrim terus lupa pasal train. Kalau tak letih juga nak dengar dia asyik cakap
"mama, Amna nak naik train." Adus, fening2....

Kami bertolak balik pukul 3.30 petang dan sampai rumah pukul 5.00 petang. Perjalanan balik memakan masa hanya 1 jam 30 minit sebab kami lalu jalan lain tapi kena bayar tol la pulak. Tapi takpelah juga, jimat masa.

Semalam soalan yang tak dijangka keluar lagi, boleh pulak Amna tanya "mama, hari tu kenapa kita main air sekejap sangat? Kenapa orang belum balik kita dah balik?" Huhu...Amna2... tak puas pulak dia main air. Mama pun terpaksalah jawab "kan adik Hafiz dah ngantuk. " Alasan baik punya....


Yang penting pengalaman ke Jamberoo ni memang seronok dan semoga kami dapat berkonvoi lagi ke tempat2 lain yang lebih menarik lagi di Australia ni.

2 Responses to "Program BBQ di Jamberoo Park"

DiLLaiLa Says :
February 16, 2010 at 12:16 PM

kak..masa mandi2 tu kalo kite pakai tshirt je xpe ek?

nazariah Says :
February 16, 2010 at 3:37 PM

jgnkan t-shirt, akak mandi pakai seluar slack tau. huhu... x sempat dah nak tukar. kalo msia tak boleh sini boleh tu... bagus tul la....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...