Baju baru Amna & Hafiz

Author: Nazariah // Category:
Hari ni sebelum pergi berbelanja, Amna dah mintak nak pakai baju baru yang ayah belikan minggu lepas. Baju ni sempena menyambut winter tahun ni. Hihi...tapi sebelum ni dah belikan Amna dan hafiz juga sorang sepasang dan ini merupakan baju kedua sempena winter ni. Tapi tak bergambar dengan baju pertama pun. Takpelah lain kalilah agaknya.

Selain Dora, Amna minat princess juga so ayah belikan t-shirt lengan panjang, sweater dan seluar panjang 1 set untuk Amna. Hafiz pulak ayah belikan sweater dan seluar panjang Thomas & Friends sebab Hafiz cume kenal kartun Thomas jer. Untuk Hafiz tiada disertakan t-shirt sebab harga pun murah sedikit berbanding Amna jadi Hafiz kenalah pakai t-shirt lain dulu sebelum pakai sweater baru. Hafiz ni agak susah nak pakai sweater tak tahu kenapa sebab tu belikan sweater Thomas untuk menarik perhatian dia. Kalau tak, dia tak nak pakai sweater walau sejuk macam mana pun. Susah tul si kecik Hafiz ni.

Jom tengok beberapa aksi Amna n Hafiz dengan baju baru mereka.

Hafiz yang tengah main kipas, penat mama panggil taknak toleh pun....Ish..ish..ish..


Amna dengan baju Princessnya...:D


Hafiz dok memanjat exercise bike mama


Hafiz yang kononnya nak buat peace tp tak pandai lagi...tu yang dok tengok jari dia tuh...Hihi...


Kakak Amna bersama adik Hafiz


Amboi...lebarnya senyummmm...............


Aik Hafiz, tak sudah lagi ke memanjat...


Hafiz bersama scooternya pula...kakak ada scooter, Hafiz pun nak juga


Amna pula bersama scooternya, Await keluar 3 jari Amna???Ke nak tunjuk no3? Hihi...


Kakak dan adik bersama scooter masing2...Amna ada 2 scooter, gambar atas bersama scooter lain, ni pula scooter lain.


Hafiz tak senyum punnn....


Kakak pandai bergambar, adik???Alamak Hafiz camner ni???


Satu2nya gambar Hafiz sedang tersenyum....

Pasni ingat nak potong sikit rambut Amna. Dah panjang sangat rasanya, pastu bolehla bergambar dengan rambut baru plak.

5 Responses to "Baju baru Amna & Hafiz"

DiLLaiLa Says :
June 6, 2010 at 9:29 PM

wah3 bebudak ni..sampai 3 scooter..xlain xbukan mesti ebay ni..huhu

ermm amna time adik apis senyum apsal awak xnak senyum..sabo je..

Nazariah Says :
June 6, 2010 at 11:18 PM

Yeahh...tidak syak lg, mmg E-bay pun tu je yg murah. Haha...

Amna mmg camtu makngah. Tak ready lg la tu gaknya. Mama dia pun snap je tgk adik Hafiz dah senyum. Kalo tak, lambat ar nak tggu Hafiz ni senyum. Hihi...mmg payah betul...

MaiLin Says :
August 7, 2012 at 6:20 PM

hi...jumpa blog ni masa goole slab hehe. Bila balik msia?

Nazariah Says :
August 7, 2012 at 10:55 PM

hehe...jumpa juga blog ni ye Mailin...kami balik msia InsyaAllah hujung Dec nnt...Mailin jd sambung study kat sini x?

Herman & Naza Says :
August 11, 2012 at 11:38 AM

Hi Mailin Jones, apa khabar? Macamana life sekarang? Dengar citer nak buat PhD betul ker?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...