Jom makan....

Author: Nazariah // Category:

Salam semua....

Semenjak dua menjak ni tiada apa yang menarik untuk kami kongsikan di blog. Kami takde berjalan2 ke tempat menarik, jadi apa kata kali ni kita tengok pulak sajian untuk hari ini. Hari ni, aku masak mee hailam untuk sarapan pagi. Lama rasanya dah tak makan mee hailam sebab dah kehabisan stok lada hitam. So, bila husbandku dah bape kali mintak suruh masak mee hailam ni aku pun suruhlah husbandku beli lada hitam Sabtu lepas.


Dan....Inilah hasilnya.... taraa....

Inilah mee hailamku itew... ehmmm....sodap...


Amna dan hafiz pun suka makan. Banyak tul diorang makan tadi, kebetulan aku masukkan lada hitam tu tak banyak jadi taklah pedas sangat. Untuk sesiapa yang ingin mencuba resipi mee hailam ini bolehlah klik link di bawah ni ye...

http://hermannaza.blogspot.com/2009/10/mee-hailam.html


Untuk makan tengah hari plak, aku just masak nasi putih bersama ayam masak merah, kari daging dan salad. Hihi...simple sungguh sayurku ini. Hikhik...sebab tinggal sayur sawi je lah pulak. Semalam dah masak goreng takkan hari ni sayur sawi goreng lagi.


Align LeftAyam masak merah...:D


Untuk sesiapa yang ingin mencuba resipi ayam masak merah pula, bolehlah klik link di bawah ni yer

http://hermannaza.blogspot.com/2009/10/ayam-masak-merah.html


Masak merah sangat sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak, nasi jagung juga bersama ketupat. Wahhh....teringat plak hari raya. Sedapnya ketupat.

Last sekali, kari daging. Simple tapi sedap kalau makan dengan roti. Ermmm...yummy...
Minggu lepas buat kari ayam, kali ni kari daginglah pulak. Sarapan esok sudah tentu roti bersama kariku ini. Amboi...senang tul sarapan pagi. Hihi...biasalah, nak mudah kan. Janji sedap....:D


Kari daging...sodap gak ni...sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri. Hikhik...

Rasanya semua orang pandai masak kari kot. so, takdelah resipi. Next time kita kasi resipi yang lebih mencabar lagi ok. Kepada yang berminat nak mencuba resipi mee hailam dan ayam masak merah, klik saje di link yang dinyatakan ok.
~Selamat Mencuba ~

2 Responses to "Jom makan...."

DiLLaiLa Says :
June 2, 2010 at 9:19 PM

amboi seronoknye duduk rumah..masak sokmo!
kitorang pon besok sarapapan roti cicah kari..kiki saye masak kari ayam tadi..huhuhu

Nazariah Says :
June 2, 2010 at 9:57 PM

Seronok, tapi takleh selalu nanti badan naik balik. Hihi...

Samalah pulak kari juga ke. Tapi nampaknya mcm tak dpt plaklah sarapan roti cicah kari. Mcm tak cukup jek. Baru pas makan ni, mcm dah nak habis. Hukhuk...kena pikir sarapan lainla, nasi goreng ke....:D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...