Salam Aidilfitri 2010 ( Syawal 1431 H )

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum dan Salam Lebaran,



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana kami sekeluarga dapat menyambut Aidilfitri buat kali ke-2 di Sydney Australia. Walaupun suasana beraya di sini tak sama seperti di Malaysia kami tetap rasa gembira dan jadikan ia satu pengalaman yang sangat beharga buat kami sekeluarga.

Seperti di Malaysia, kami tetap memasak juadah hari raya iaitu nasi himpit, rendang daging, kuah lodeh dan ayam masak merah. Aktiviti hari raya pertama kami adalah berkumpul di rumah Yazid dan Lin dengan membawa juadah masing2. Kami pergi ke rumah Yazid selepas sembahyang sunat aldilfitri diTempe. Antara keluarga lain yang turut serta ialah Su dan Shah, Nazreen dan ibunya serta tak ketinggalan Yazid dan Lin yang sudi menjadikan rumah mereka sebagai tempat kami berkumpul di pagi raya.


Inilah juadah yang sempat kami sediakan di pagi raya.


Kuih2 sempoi...hihi...kek pisang, kek batik dan almond london.


Antara juadah lain ialah nasi dagang, pulut kuning dan carrot cake.


Kami pulang dari rumah Yazid selepas husbandku pulang sembahyang Jumaat. Sepatutnya kami ke rumah Syahida dan Zul tapi oleh kerana anak2 yang dah tertido petang tu terpaksalah program tersebut dibatalkan. InsyaAllah kami akan berkunjung ke rumah syahida bila ada kelapangan nanti.

Hari Raya ke-2 pula ada majlis sambutan Hari Raya di Malaysia Hall. Namun, kami tak dapat menghadirkan diri kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan. Oleh kerana kesuntukan masa untuk sampai ke rumah sebelum pukul 1.00 tgh hari dan tidak sempat untuk ke Malaysia Hall, kami hanya singgah di taman permainan dan makan di KFC sahaja pada petang tersebut. (Untuk memenuhi permintaan Amna yang dah sebulan tidak ke park dan makan di KFC sepanjang bulan puasa).

Suka tengok pemandangan kat sini.
Cantik tak bandar Sydney?
(Pemandangan dari jauh je...)


Amna terpaksa bergambar sorang, Hafiz tidur dalam kereta.


Ayah dan Amna pulak nak bergambar...


Kak Amna je main gelongsor, adik Hafiz tetiba takutlah plak...


Hafiz yang dah pandai posing....hihi...


Amna, say 'peace'....


Hafiz yang masih tak pandai buat peace...ngihihi....


Main buai...yeehaaa....


Dia punya lentok....:P


Sebelum balik...


Sempat posing lagi abang Hafiz ni...


Tingginya kak Amna...

Hari Raya ke-3 pula kami memulakan pagi dengan sarapan nasi lemak daun pisang. Wahh....memang syok sebab dah lama sangat tak makan nasi lemak dalam daun pisang sampai husbandku itu dah teringin. Selepas solat zohor pula, kami dijemput ke open house di rumah kak Mas. Kami dihidangkan menu istimewa iaitu sate dan kuih muih yang lain. Kuih import dari Malaysia...memang best.

Sarapan nasi lemak daun pisang di pagi raya ke-3


Erm....yummy....:P


Ada rupa baju budak asrama nak gi outing x? Hihi....Amna dan Hafiz pakai baju yang maktok pos dari Malaysia. Terima kasih maktok....:D


Aksi Amna di pagi raya ke-3


Sempat bergambar sebelum ke rumah kak Mas. Mama pakai baju masa raya pertama. Al-maklumlah, baju raya tahun lepas adalah baju tahun lepasnya. Huahh....takde baju baru, nasib baik sempat basuh baju baru yang sepasang ni....huhu....


Tengoklah berapa balang kuih yang import dari Msia ni.Sate pun best....yeahhh....
hilang kempunan


Hari Raya ke-4 husbandku telah memulakan rutin harian seperti biasa. Pergi ke Universiti dan memulakan semula tugas seorang student. InsyaAllah kami akan pergi beraya ke rumah rakan2 sekitar pada hujung minggu ini.

Akhir sekali, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sesiapa sahaja yang mengenali diri kami tak kira yang berada di Malaysia mahupun di Australia. Maafkan segala kesilapan kami yang menyinggung hati sama ada yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan. Halalkan segala makan minum kami. InsyaAllah andai dipanjangkan umur dapat kita menyambut Aidilfitri lagi di tahun hadapan.



* Time ni lah teringat syoknya raya kat Malaysia....*




2 Responses to "Salam Aidilfitri 2010 ( Syawal 1431 H )"

DiLLaiLa Says :
September 14, 2010 at 10:14 PM

selamat hari raye..

sukelah tengok gambo budak2 tu kat park..hafiz pon nampak cam dah beso gitu..dah pandai senyum kat kamera..dah boley dapat adik ni..=)

hehe tema kami tahun ni pon krim+peach..pakai baju lame..huk2..

Nazariah Says :
September 14, 2010 at 10:39 PM

Selamat Hari Raya juga...

Dulu Amna mcm Hafiz dah ada adik dlm perut. Xpe, ada rezeki x ke mana. Hihi...

Aah nmpk kat FB org tag Ila. Xpe, thn pertama kami kat sini pun pakai baju lama. Next year raya sakan ae. Akaknya baju x bape nak krim pun. Huhu...asal boleh je...xsempat dah nak carik baju... beli mana yg jumpa je. Kikiki...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...