Jalan-jalan ke Blue Mountain

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama tak update aktiviti kami di blog. Pergi Canberra pun tak cerita kat sini, mkn2 kat Nando's sempena sambutan birthdayku pun tak citer juga. Hihi...bukan ape, penyakit malas tu betul2 menguasai diri.

Hari ni seawal 9.30 pagi kami dah keluar dari rumah untuk
ambil barang yang kami beli di E-Bay. Hihi...ebay lagi. Yup kami beli katil bujang kat E-bay dengan harga aud 5 shj, murah kan.
Actually katil ni untuk 2nd bedroom di rumah kami. Cuba tengok kat bawah katil tu, haha....kami simpan 2 lagi tilam kat bawah tu. Al-maklumlah, rumah kami ni tilam je byk tp xde katil, tu yg kami decide beli katil. Hah...kan nampak lebih kemas. hihi...


Beralih ke cerita Blue Mountain, sebenarnya jalan untuk ambil tilam ni adalah sekali jalan untuk ke sana. Jadi, kami terpaksa meneruskan juga tujuan asal walaupun cuaca tak berapa baik. Dari bangun pagi lagi dah hujan gerimis dan memandangkan kami dah janji dengan Amna terpaksalah kami pergi juga.

Gambar semasa on the way ke Blue Mountain. Hihi...jarang tul bergambar dlm kete, sekali-sekala nak jugak....hihi...

Kami sampai di blue mountain pukul 11.40 pagi. Kebetulan parking banyak mungkin orang tak ramai sebab hujan. Parking berbayar beharga aud4 sejam. Tempat pertama kami pergi adalah
World Heritage Plaza. Tak banyak yang menarik dalam ni cuma byk kedai cenderahati dan restoran je.

Sempat bergambar tiga beranak di luar World Heritage Plaza


Ketika di dalam plaza. Hafiz bad mood time ni sebab belum dapat lolipop...


Tengoklah Hafiz, masih nak dukung lagi...huh...


Amna suka dapat bergambar dengan Koala besar...


Habis berjalan di dalam plaza, kami terus ke sekitar Blue Mountain pulak. Masa ni memang kena guna payung, kalau tak basah kuyuplah kami. Nasib baik abang beli payung lagi satu kat plaza tadi, hihi...sebab kami bawa satu payung je.


Tempat ni mendapat nama Blue mountains sbb bnyk pokok eucalyptus di kawasan ni...dipercayai ada chemical reactions dgn surrounding smpai dpt warna kebiruan.

Kawasan sekitar Blue Mountain

Sepatutnya boleh nampak 3 sister dari sini, tp kabus tebal menutupi penglihatan.
Batu bertiga adalah puteri dr kalangan aborigine yg disumpah menjadi batu dan dikenali sebagai "three sisters"

Kabus yang agak tebal di sekitar Blue mountain


Sempat bergambar di tingkat bawah tapi takde orang, mungkin hujan membataskan pergerakan mereka ke sini.


Time ni Hafiz dah ceria sebab dah dapat lolipop...yeahh...:)


Tangan memang kena masuk poket. Sejuk gilerrr arr kat sini. Tak tahan...huh...


Amna dah start posing melampau. haha...


Bergambar di batu bersurat. ngihihi...

Semasa nak ke parking selepas berjalan sekitar Blue mountain, kami terjumpa kereta accident pulak. Mungkin dia tak dapat control kereta sebab jalan licin kot.


Selepas berjalan di kawasan sekitar Blue Mountain, kami meneruskan aktiviti menaiki cable car. Parking di sini pula adalah percuma. Oleh kerana kami tidak dapat makan di tempat duduk yang disediakan kerana hujan, kami mengambil keputusan untuk makan di dalam kereta sahaja. Aku masak mee goreng sebagai bekal kami hari ni. Selain itu, aku bawa potato chip, sedikit buah dan air orange sebagai makanan sampingan. Selesai makan, kami ke tempat menaiki cable car pula. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Aud16 for adult dan Aud8 for child. Bayaran for child hanya untuk yang berumur 4 tahun ke atas.

Kami berada dalam cable car hanya sekitar 5 minit je. Sekejap kan....haha...tulah, bayar mahal rupanya pendek je laluan yang dilalui. Ada juga cable2 car lain yang laluan lebih jauh, tapi paham2 lah pula harga dia. Kikiki...



Bergambar kat luar Scenic World. Naik cable car kat dalam ni la.

Hafiz nak dukung sebab takut dengan patung kat belakang tu....haha...


Bergambar sebelum naik cable car

Awaitlah muka Amna masam pulak time ni. Huhu...

Dalam cable car


Ni masa nak berjalan kaki ke waterfall, dapat snap gambar cable car dari jauh...


Turun cable car kami berpeluang ke waterfall berdekatan dengan meredah hutan kecil. Ada disediakan laluan untuk pejalan kaki walaupun terasa agak jauh berjalan tapi berbaloi sebab waterfall di sini sangatlah cantik....best sangat. Tapi oleh kerana dah kesejukan sebab hujan, aku tak berani nak pegang air tu. Memang sejuk giler2 punya dah macam nak beku dah tangan ni. Dah rasa macam kat dalam peti ais pun ada.

Cantik sangat kan...

Gambar candid...:)


Yeahh...


Ayah tengah test kesejukan air. hihi...

Selepas ke waterfall kami kembali untuk naik semula cable car. Kemudian, kami bertolak pulang dan sampai rumah pada pukul 4.30 petang. Seronok bila sekali-sekala dapat berjalan. InsyaAllah akan kembali ke sini untuk mendapatkan gambar pemandangan yang lebih menarik.






4 Responses to "Jalan-jalan ke Blue Mountain"

DiLLaiLa Says :
October 26, 2010 at 2:20 PM

aiyaakkk rindu nk mandi air terjun!!!tang mn yg blue mountain tu kak?xnmpk biru pon?
awat citer tulip xmasuk..kat fb xde citer..tgk gmbo je xphm..hehe

Nazariah Says :
October 26, 2010 at 4:43 PM

Rindukan la nak mandi air terjun tp betul2 kena musim panas ar kalo nak pegi. Haha...rasanya tgk gmbr org, kalo tak hujan pun xde nmpk biru pun. Just sejarah dpt warna tu je kot. Sek dah xde dah.

Tulah, syg x msk citer tulip kan. Tp kalo nak mskkan sek mcm dah basi pulak. huhu...sadisnya. Kenangan tu...

DiLLaiLa Says :
October 26, 2010 at 5:19 PM

yezzaaa...nanti amna dah pandai baca die nak baca balik takde..hehe... ;)

Nazariah Says :
October 26, 2010 at 7:26 PM

ckp pasal amna pandai baca, td hntr dia gi school. Ada orientasi utk msk kindy. Ada 5 week lagi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...