Kindergarten Transition Program

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum w.b.t

Semalam kami hantar Amna ke school untuk minggu ke-2 orientasi for kindygarten. Program ini diadakan seminggu sekali selama 6 minggu. Bermula pada pukul 9.40 pagi dan berakhir pada pukul 11.15 pagi. Masa yang cukup untuk Amna menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Minggu lepas, sampai je di sekolah Amna diberi tag nama dan diminta berkumpul di library sekolah. Selepas itu ada sessi story time bersama teacher dan ibu bapa memerhati dari jauh sahaja.

Masa baru sampai baru je dapat name tag. Sian Amna, Hafiz yang bawak beg dia pulak...minggu lepas kena belikan Hafiz beg baru supaya tak berebut dengan kakak.


Amna boleh main dengan kawan-kawan yang lain sepatutnya sebelum sessi story time bermula...
Tapi Amna pilih nak duduk dengan mama n ayah pulak...

Sian Hafiz muka pun mengantuk je. Time ni rambut Hafiz tak potong lagi...

Kemudian, ada pula aktiviti tressure hunt bersama senior dan Amna dapat senior kulit hitam aka negro....hukhuk...Masa memula nampak budak kulit hitam ni, aku tengok muka Amna dah ala2 tak suka gitu. Amna dikehendaki melekatkan sticker di tempat yang betul. Amna nampak penat sebab kena keliling satu sekolah. Untuk sticker terakhir, Amna tetiba menangis dan kami nampak dari jauh. Rupanya Amna nak ke toilet tapi tak cakap dengan senior...dan yang buat kami tak tahan sampai hari ni Amna masih ingat senior kulit hitam tu adalah budak lelaki. haha...lawakkan, faham2lah rambut orang kulit hitam ni macam mana kan. Aduhai...amna, kelakar betullah.


Amna dibawa oleh senior untuk aktiviti treassure hunt.

Naik tangga turun tangga...


Muka dah start masam...time ni belum nangis lagi...huhu...


Kawasan persekitaran sekolah...


Semalam Amna pergi school dengan semangat yang berkobar2. Tapi sayangnya semangat tu hanya semasa di rumah je...sampai school semangat entah ke mana dan muka pulak masam mencuka. Tak nak main dengan kawan2 yang lain. Story time, Amna nampak ok walaupun mama n ayah perhatikan dari jauh je.

Lepas sessi story time, Amna dikehendaki berpisah dari kami dan dibawa oleh senior masing2. Masa ni Amna cakap dia nak senior baru dan tak nak senior minggu lepas. Bila aku suruh budak negro tu bawa Amna, dengan tak disangka Amna menjerit tak nak. Janganlah Amna buat hal lagi...pastu aku bagi Amna pada teacher dan Amna ikut teacher tu ke kelas. Masa ni, Amna dah tak boleh buat apa2 sebab tangan dia dah kena tarik. hihi...

Jumpa Intan (anak Syahida) kat dalam kelas

Ni la kelas Amna nanti


Ni gambar minggu lepas, mama masih boleh teman Amna lagi. Semalam dah tak boleh...

Kami pula masih berada di dalam library mendengar penerangan dari teacher yang lain. Habis je masa lebih kurang pukul 11.15 am, kami diminta ke kelas melihat anak2 kami. Sampai je kelas, Amna kelihatan happy....ni dialog mama n Amna....


Mama : Tadi Amna nangis tak? Ramai tak yg nangis kat dalam kelas?


Amna : Ada 1, 2, 3, 4 yang nagis ( sambil kira guna jari) Amna pun nangis.


Mama: La, Amna pun nangis ke? pastu sape pujuk Amna?


Amna : Kak Long nangis kejap je, ada kakak yang pujuk. Pastu teacher suruh kak long lukis terus kak long semangat....tak nangis lagi...


Mama : Amna lukis ape tadi?


Amna :
Kak Long lukis gambar apple dgn banana.


Mama : Pandai ke
?

Amna : Pandai (selamba je dia jawab)


~ sekarang Amna dah bahasakan diri dia kak long dan Hafiz masih panggil Amna kakak". Lepas ni nak ajar Hafiz bahasakan diri dia abang ngah pulak...ngee...mana tahu dapat adik pulak lepas ni.~

Selepas tu, kami terus balik ke rumah dan Amna pulang dalam keadaan happy dan janji minggu depan Amna tak menangis lagi.

4 Responses to "Kindergarten Transition Program"

DiLLaiLa Says :
November 3, 2010 at 11:20 AM

yeaaaaaaa....best nye amna dah sekolah!pasni amna speaking lagi power dari ayah die..hahaha...and lg power dari makngah of course..haha

Herman Says :
November 3, 2010 at 4:39 PM

Tu lar..ayah dia x improve2 lg ni. Kena belajo dr Amna, layankan dia cakap...

atijah Says :
February 10, 2011 at 8:09 PM

Nak tanya, @ area sydney school fees mcmana ya?for primary @ kindie?Mcm amna brp yang you bayar?”

Herman Says :
February 12, 2011 at 10:59 PM

Sebelum ini international student kena bayar AUD4500 setahun utk school fee. Tp alhamdulillah, yuran ini telah dimansuhkan bermula thn lepas utk penjaga yg buat master by research atau buat phd dgn visa 574 (so, now almost free, cuma ada lar bayaran skit2 ke sekolah). No worries.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...