Author: Nazariah // Category:
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam pagi Selasa.... sebenarnya ni entry utk Ahad yang lepas tapi hari ni baru berkesempatan nak menghadap laptop dan mengupload gambar. Ahad lepas merupakan End Year Party utk group husbandku. Oleh kerana ni merupakan 1st party yg di organise oleh tuan supervisor untuk para anak buahnya, jadi tiada alasan untu tak pergi...hihi...

Party ni diadakan di Earlwood Park, tak jauh dari rumah kami. Ia bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Party ni hanya dipenuhi dgn aktiviti bbq, makan, bergambar dan pulang. Erm... tapi masa aku lebih banyak tertumpu pada Amna dan Hafiz yang bermain di taman permainan. Syok betul diorang main...sampai tak makan sangat pun. Bila dah tiba time balik, baru diorang tunjukkan muka keletihan.

Untuk bbq, kami bawa ayam sendiri al-maklumla tuan supervisor adalah vietnamise.... jd takkan nak makan sosej yang dia bawa pulak. Selain kami, ada dua orang lagi muslim yang berasal dari Iran dan Pakistan. Selain itu, kami juga ada membawa pelbagai jenis buah dan salad untuk makanan sampingan.

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat di snap ketika berada di sana.

Antara mereka yang hadir

Salah seorang muslim...En. Hamzah, satu bilik dengan my husband

Nak join juga...bakar ayam sorang2...orang lain dah sibuk makan...

Amna n Hafiz yang seronok main gelongsor

Antara aksi yang agak mencemaskan. Amna ok lagi...Hafiz pun nak panjat juga benda ni...

Hafiz yang nampak sangat happy....semalam pun ajak mama gi park lagi...sabar jela

Antara mainan lain yang ada kat sini...

Naik horse...pun suka juga abang Hafiz ni...

Amna tak sabar nak bergambar kat bridge ni...huhu...siap ajak mama lagi suh snapkan gmbr dia

Hafiz main buai sampai tak nak turunla pulak

Bergambar kat atas...huh...tingginya...

Adik beradik muka puas hati je dapat main lama2..kat sini...

Tengoklah betapa tak sabarnya nak main mainan yg lain plak...

0 Responses to " "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...