Jadual elaun SLAB/SLAI KPT 2012

Author: Herman & Naza // Category:
Berikut adalah Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup Luar Negara di bawah Program Biasiswa KPT bagi Tahun 2012. Semoga anda dapat mengurus elaun tersebut sebaik mungkin.


  • Anda boleh menyemak butiran pembayaran bagi elaun KPT di website ini:

  • Sebarang pertanyaan kepada KPT, boleh rujuk direktori berikut (Bahagian SLAB/SLAI)
  • Anda juga boleh menyemak jadual elaun bantuan keluarga (daripada universiti masing-masing) sebagai contoh di bawah:

223 Responses to "Jadual elaun SLAB/SLAI KPT 2012"

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 223   Newer›   Newest»
Anonymous Says :
January 6, 2012 at 4:08 PM

Salam. Ada Tak maklumat terbaru mengenai pembayaran elaun KPT untuk tahun 2012? Terima kasih.

Anonymous Says :
January 11, 2012 at 2:56 PM

Salam, saya nak tau adakah jadual ni memang sama untuk semua student yang ditaja? Sebab saya baru saja mula phd under slai. First 3 months elaun dapat 14 Nov 2011. So next elaun saya memang akan dapat 29 Januari 2012 juga ke atau saya kena tunggu ngam2 tiga bulan? Thanks.

Anonymous Says :
January 11, 2012 at 4:09 PM

Tima kasih... post ni banyak membantu nak urus duit elaun SLAI

fadhilah Says :
January 18, 2012 at 2:36 PM

ha ah, akan dapat 29 jan jugak. kalau ikut pengalaman saya lah.

fadhilah Says :
January 18, 2012 at 2:36 PM

thanks for the info, tuan blog.

Herman & Naza Says :
January 18, 2012 at 9:42 PM

Sama-sama, just berkongsi info untuk rakan2 semua. Buat yang bertanya mengenai masuk elaun bulan November tu, saudara mula PhD bulan berapa? Pada awal2 pengajian dia memang tak ikut jadual ni. Saudara mungkin terlepas pandang, biasaya awal2 dia ada bagi tambahan untuk elaun penginapan (dibayar sekali) + elaun pakaian panas. So, mungkin elaun yg saudara dapat adalah sebahagian elaun Nov+Dec+Jan, dan bayaran seterusnya akan diselaraskan mengikut jadual di atas. Lagi satu, saya kurang samada ia seragam dengan semua negara. Yg pasti ia applicable utk UK dan Australia. Harap membantu.

Anonymous Says :
January 19, 2012 at 2:44 PM

Salam. Boleh saya tahu dari mana saudara mendapat jadual pembayaran elaun ini? Adakah sama jadual pembayaran untuk pelajar dalam negara?
Terima kasih.

Herman & Naza Says :
January 19, 2012 at 8:48 PM

Jadual ini berdasarkan sumber website MOHE dalam 2 thn lepas, tapi saya tak pasti MOHE ada update lagi atau tak. Tapi digabungkan dengan pengalaman2 saya sebelum ini, jadual ni boleh diguna pakai sebagai anggaran tarikhnya. Kalau ada maklumat untuk dalam negara nanti saya update.

Zaihana Rahman Says :
January 24, 2012 at 2:41 PM

Salam. Saya mencari cari jadual pembayaran kerana bagi bayaran nov dec jan saya yang lepas, elaun masuk pada 14 oktober, jadi ada rasa bimbang mereka terlepas nama saya. Teruma kasih atas info dari blog ini. Sangat sangat membantu.

Anonymous Says :
February 10, 2012 at 6:14 PM

Salam,

InsyaAllah saya akan memulakan PhD di Melbourne dalam masa beberapa bulan lagi... Mengikut list elaun yang saya terima elaun sara diri bulanan adalah berjumlah AUD 1380.. adakah elaun ini termasuk kos penginapan, atau adakah jumlah elaun yang diterima setiap bulan lebih tinggi?

Bolehkah saudara beri anggaran kos hidup (makan, transport, penginapan, utilities) di Sydney atau Melbourne?

Terima kasih,
Khayriyyah

Herman & Naza Says :
February 12, 2012 at 11:10 PM

Salam Khairiyyah,
Memang itulah amaun untuk sara hidup bagi yang masih bujang. Jika berkelurga, tambahan elaun sebanyak 1230 diberi oleh institusi saudari. Normally yg bujang akan berkongsi penginapan bersama rakan2. Sewa rumah dibayar mingguan (A$300~350 seminngu). Bahan makanan di sini agak murah, so dpt jimat jika masak sendiri. Makan di kedai dlm A$10/dish, tp tempat2 tertentu jer senang cari restoran halal di sini. Public transport agak mahal juga dlm 5~6 dlr return, bergantung berapa jauh. Api/air/gas dibayar 3 bulan sekali. Setiap satu dlm 100~200 utk 3 bulan. Kalau diikutkan memang elaun yg diberi tu just cukup2 untuk hidup di OZ,walaupun dapat elaun keluarga. Kalau nak rasa selesa sket, memang kena cari alternatif lain, cth. import duit dr Malaysia. Itu yg kebanyakan student buat, atau buat part time!

Anonymous Says :
March 24, 2012 at 5:16 PM

salam, elaun yg dimaksudkn cukup2 itu dah termasuk gaji kt malaysia ke tak kak?

Nazariah Says :
March 27, 2012 at 7:27 AM

Waalaikumsalam, elaun kat sini tak termasuk gaji di Msia. Lagipun gaji di Msia dah ada komitmen lain...nak bayar rumah, kad kredit dan sebagainya.

Anonymous Says :
April 26, 2012 at 12:11 AM

Salam.. nak tanya ada sesiapa dah dapat elaun bulan April 2012 tak? sebab biasanya time2 mcm ni dah masuk tapi saya punya tak masuk2 lg.. hehe thanks

Anonymous Says :
April 26, 2012 at 8:32 AM

saya punya pun blum masuk lg, last skali ialah 24 Jan 2012

Nazariah Says :
April 26, 2012 at 9:50 AM

Ya, kami di sini pun tak masuk lagi...harap masuk selewatnya esok...

Anonymous Says :
April 26, 2012 at 12:32 PM

Salam...
Saya ada bertanyakan kpd KPT melalui email ttg pembayaran elaun sara hidup utk bulan april...menurut KPT mereka sedang menguruskan proses memasukkan elaun tersebut...insyaAllah katanya dlm awal bulan 5 dpt elaun tu...lambat sangat tak? ke OK? :)

fazreen.muffin Says :
April 26, 2012 at 2:56 PM

SALAM...nak tanya..ape beza slab/slai

Herman & Naza Says :
April 26, 2012 at 6:09 PM

SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera), SLAI (Skim Latihan Akademik IPTA). Secara amnya dua2 T&R rasanya sama, cuma SLAI dibuka kpd semua rakyat Malaysia.

chipon glasgow Says :
April 26, 2012 at 8:28 PM

Salam,

Saya dah terima elaun terbaru hari ni. Tapi elaun buku & perkakas tak diterima sedangkan jadual diatas menyatakan sepatutnya dapat bulan ni. Mcm mana dgn korang?

amir sheffield Says :
April 26, 2012 at 9:10 PM

chipon..kalau ikutkan saya punya saya rasa elaun buku & perkakas diberikan sekali. tp untuk confirmation kene semak penyata dulu.
https://payloan.mohe.gov.my/ledger/index.php
setakat ni penyata saya belum diupdate untuk elaun apr to jun

chipon glasgow Says :
April 26, 2012 at 9:30 PM

ohh iye ker? emm..kena check dgn kpt balik ni. Tapi aku check tadi, memang penyata belum update lagik.

Nazariah Says :
April 27, 2012 at 11:10 AM

Kami di Oz masih belum masuk lg la...kena tggu Isnin depanlah nmpknya. Mudah2han xde masalah dgn elaun buku dan perkakas tu...

Anonymous Says :
April 27, 2012 at 4:49 PM

Salam...

Rasanya elaun baru dah masuk...kalau tgk jumlah ada terlebih sikit...kemungkinan masuk dengan elaun buku dan perkakas sekali kot...btw, sy study dekat Queensland...

Herman & Naza Says :
April 27, 2012 at 5:14 PM

Yupp...kami pun dah masuk. Cuma musykil sikit sebab elaun buku x dapat penuh (1/3)
...kena tanya KPT ni.

Anonymous Says :
April 27, 2012 at 5:53 PM

Nanti kalau dah dpt feedback drp KPT mohon share di sini ye berkenaan elaun buku yg x dapat penuh tu :)

Anonymous Says :
April 27, 2012 at 6:40 PM

Herman & Naza.. ur blogspot sgt membantu.. Bole tnye tak, jadual kemasukan ESH luar negara sama tak dgn jadual kemasukan ESH dalam negara.. ?

Anonymous Says :
April 27, 2012 at 8:18 PM

alhamdullilah, elaun sudah masuk hari ini, lepas tghari td baru check dlm bank. lokasi:nantes, france.cuma, elaun buku mmg tak termasuk, mungkin kpt akan bagi lain kali kot

Anonymous Says :
April 28, 2012 at 4:56 AM

Salam..a'ah. Elaun sara hidup dah masuk tapi elaun perkakas xde pulak. Rasa2 kpt memang x bagi ke mcm mane?

Anonymous Says :
April 28, 2012 at 12:11 PM

Salam, saya memulakan pengajian Ph.D pada bulan Januari 2012. Elaun sara hidup untuk bulan Januari-Mac telah dimasukkan sebelum fly, tp elaun untuk bulan April-Jun tak dapat2 lagi. Ada tak saudara-saudari menghadapi situasi yang sama?
-Ph.D, USA

Anonymous Says :
May 1, 2012 at 12:30 PM

Assalamualaikum WBT
Mungkin KPT masukkan sekali biasiswa April saudara/i untuk this cycle (May to July 2012). Sekiranya takde, better call or email KPT.

Saya juga dah terima biasiswa May to July 2012 tapi hanya untuk elaun sara hidup, tak termasuk elaun buku...New Zealand

Anonymous Says :
May 2, 2012 at 9:07 PM

saya belum lagi dapat elaun...tiap hari jengok penyata and email..hampa...

USA

Anonymous Says :
May 2, 2012 at 10:23 PM

Salam,

Bagi yang tak dpt elaun lagi tu apa kata email dekat KPT? Cuba cc dekat orang atas dia sekali...Sama2 la doa elaun tu segera masuk sbb kita faham keadaan mereka yang belajar di luar negara....

Herman & Naza Says :
May 3, 2012 at 12:15 AM

Harap sesiapa yang belum masuk tu dapat email atau call (tel. dan sambungan/email sesiapa berkenaan ada di sini: http://app.mohe.gov.my/dirkpt/senaraiStaf.php?idBhgn=58), harap membantu. Elaun memang cukup2, kalau lambat masuk memang agak perit. Admin.

Anonymous Says :
May 4, 2012 at 2:23 PM

Salam,
Dah cuba call pegawai yg in charge tapi asyik xde kat ofis je..nie dh masuk kali ke-5 or ke-6 kot n dh mkn masa 4 hari..alahai. Kecewa sungguh..

P/s: elaun buku memang dpt cycle nie ke? Or masuk time Aug, Sept, Oct?

Anonymous Says :
May 5, 2012 at 3:28 AM

> Dulu I masa nak gi USA pun terpaksa tangguh penerbangan.
> Called staf yang in charge berkaitan surat tawaran. Depa kata dah pos ke rumah. sakit leher tengok postman. 2 minggu!
> bila called pegawai beso, katanya baru nak hantar.
> at last, I tertinggal plane...sedih

Anonymous Says :
May 10, 2012 at 10:42 AM

Assalam, harini pun lum lagi dapat sara diri tu, hmm....email KPT tanya apa masalah pun tak reply2....naper lambat sgt nih? huhu

Nazariah Says :
May 10, 2012 at 12:33 PM

Eh lmbt sgt tu...mcm tercicir je nama. xpernah terjadi pulak pd kami. Lewat beberapa hari pun dah kering, inikan dah 10 hari. Kami pun ada email juga pasal elaun buku tu, pun xde reply.

lenny Says :
May 11, 2012 at 1:09 PM

Saya nak share pengalaman saja sini maybe berguna pada yg lain. Saya start phd november last year di melbourne. Elaun saya utk feb-apr lambat masuk. bukan lambat sikit, hampir 2 bulan lambat. Mula2 saya email dan call KPT. Dorang memang ada attitued tidak membalas email dan tidak jawab call. Mesin yg jawab. Lama2 saya dah tak tahan sebab dah takde duit, saya straight email saya kat KSU Dato Abdul Rahim. Apabila KSU masuk campur, 3 hari aje elaun saya masuk. Alasan dorang adalah nama saya takde dalam sistem. Sekali lagi masalah tu berlaku, elaun saya May-July juga belum masuk. Saya email lima pegawai dalam masa seminggu, yg kelima tu baru menjawab kata dalam proses dan cakap dorang check apa masalah sistem dorang. Hmm.. takkanlah tiap2 kali saya nak meroyan kat KSU. Mcm takde kerja lain nak buat. Dlm surat kepada KSU tu saya adukan semua masalah tak reply email dan tak jawab call tu sebab geram sangat. Email terakhir dorang dah minta maaf dan cakap takkan berulang lagi. Tapi? Ternyata berulang lagi. tak tau dah saya apa nak cakap.

Anonymous Says :
May 16, 2012 at 9:09 AM

Salam. Saya kene hantar dokumen berkenaan jadual pembayaran elaun KPT ni pada pihak Uni kt sini..boleh saya tahu mana saya bleh download jadual rasmi pembayaran ni?

Nurul
Wellington, NZ

Anonymous Says :
June 16, 2012 at 4:55 PM

Salam,
Ada sesiapa yg dapat bhubung dgn pihak KPT btanyakan tentang elaun buku & perkakas yg sepatutnya kta terima May lepas?
Tekanan kewangan dah semakin memuncak..urghhhh!

Herman & Naza Says :
June 17, 2012 at 9:49 PM

Cuba check balik di ledger KPT seperti link di atas. Elaun buku/perkakas tu dibayar untuk 3 kali sahaja sepanjanag tempoh pengajian (utk 3thn biasiswa). Mungkin KPT ada bayar di awal tahun pengajian, dan kita tak perasan. Ini bagi kes saya. Herman.

zCHUCKz Says :
June 18, 2012 at 8:02 PM

Boleh saya tahu... bila buka utk permohonan SLAI/SLAB nI?

Anonymous Says :
June 21, 2012 at 3:30 PM

Hello Herman and Naza.

I am Keshminder (UiTM), planing to apply for scholarship for PhD. Do you have any information how much elaun is given monthly to students going to US (Bujang).TQ

Herman & Naza Says :
June 23, 2012 at 9:20 AM

Saudara zCHUCKz, permohonan SLAB/SLAI dibuka sepanjang tahun, tapi kena rujuk semula ke HRD institusi masing2 sebab setiap universiti ada certain quota ditetapkan oleh KPT. Semua permohonan melalui institusi masing2. Sila rujuk syarat2 di sini: http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/penajaan-kpt/117.html
Herman.

Herman & Naza Says :
June 23, 2012 at 10:09 AM

To Keshminder, I'm not really sure on the exact amount of the allowance received by the US students. But, based on Australia case, the bachelor students receive AUD1380, and I believe the amount for US may be equivalent with this. Hope this helps.

Anonymous Says :
June 23, 2012 at 10:52 PM

Thank you so much. then i should also look into Australia...TQ
(keshminder)

Anonymous Says :
June 29, 2012 at 12:12 PM

Belum ada sebarang news pasal elaun buku & alat perkakas? I guess mungkin diorg akan masukkan dlm elaun next cylce kot...bagaimana dgn kwn2 yg lain? Dah dpt elau sara hidup yang terkini?

chipon Says :
June 30, 2012 at 8:03 AM

saya ada dapat elaun £1000 2-3 hari lepas tapi tak pasti elaun apa. record dalam web kpt masih belum updated sepenuhnya. ada siapa2 yg tahu? btw, sy di UK

Herman & Naza Says :
June 30, 2012 at 12:02 PM

Saya dengar ada rombakan staff secara besar2an di KPT (khabar angin). Banyak email2 saya pun tak berbalas sejak 3 minggu lepas, walaupun dah hantar ke bos2.

Anonymous Says :
July 15, 2012 at 8:35 PM

email tak berbalas bukan soal rombakan tapi budaya depa...

irfan Says :
July 17, 2012 at 3:09 AM

memang hampeh..dah 3 weeks email tak berbalas!

Anonymous Says :
July 17, 2012 at 1:51 PM

kalau nak hantar progress report waktu ni selamat tak rasanya? Risau pula tak sampai ke tangan pegawai yg sepatutnya...worse come to worst, report tu tak sampai langsung.....

Herman & Naza Says :
July 17, 2012 at 2:08 PM

Sejak semester pertama, saya memang tak pernah hantar hardcopy progress report. Saya scan dan email ke pegawai berkenaan. Kalau ada apa2 berlaku, saya still ada original copy, dan bukti penghantaran melalui email saya print. So far, tiada masalah dengan pegawai2 sebelum ni, cuma pegawai terbaru ni jer agak mendukacitakan (tak mesra email langsung)...

Anonymous Says :
July 18, 2012 at 3:41 PM

Kalau macam tu, saya pun akan buat benda yg sama jugak laa...bagus jugak kita simpan hard copy sbg bukti...kalau berlaku apa2 at least kita masih menyimpan salinan yg original...apa sebenarnya yang sedang berlaku di pejabat KPT tu ek? Hmm...

rams Says :
July 18, 2012 at 8:03 PM

Sdr Chipon, sy juga belum terima elaun buku dan perkakas wpn sy dah tanya bulan Mei lepas. Sy juga di UK. Ada lagi tak rakan2 yg belum terima elaun buku dan perkakas utk tahun ni khususnya yg berada di UK?

Izham Says :
July 18, 2012 at 8:19 PM

Rams, sy juga di UK, belum dapat elaun buku n perkakas n also elaun sara hidup, patutnya bulan ni insyaAllah dapat by the 26th. doa2 lah xde masalah kan :-)

Herman & Naza Says :
July 18, 2012 at 11:03 PM

Saya pun x paham apa yg sedang berlaku kat
KPT skrg, mcm asyik nak mengelak jer. Sebelum ni OK jer, mcm ada sesuatu yg x kena...hmmm

Anonymous Says :
July 23, 2012 at 12:59 AM

I di US, elaun buku, perkakasan terima bulan mei..but habis da...

chipon glasgow Says :
July 23, 2012 at 11:18 PM

JPA announce (e-mail) akan menaikkan elaun sara hidup di UK. Malah akan di back-date dari April lagi. KPT pula mcm mana?

Anonymous Says :
July 24, 2012 at 11:26 AM

semoga elaun sara hidup yg seterusnya akan masuk pada tarikh yg dijangkakan iaitu pada 29 Julai 2012...atau ada sesiapa yg telah berjaya menghubungi KPT utk mengesahkan perkara ini? terima kasih.

Herman & Naza Says :
July 25, 2012 at 10:29 AM

Aminnn....sesiapa yang dah masuk tu boleh inform kat sini.

Anonymous Says :
July 25, 2012 at 8:02 PM

salam dah masuk ke?

chipon Says :
July 26, 2012 at 1:53 AM

elaun JPA dah masuk..banyak

Nazariah Says :
July 26, 2012 at 9:31 AM

Elaun KPT tak masuk lagi.

Anonymous Says :
July 26, 2012 at 11:04 AM

Elaun KPT sy (UK) dh masuk, alhamdulillah.. elaun perkakas n buku pun dapat dan dapat extra GBP800 pulak lg.. syukur.

Anonymous Says :
July 26, 2012 at 11:36 AM

menghitung hari............

chipon glasgow Says :
July 26, 2012 at 11:00 PM

aiks..dah dapat? alamak saya di UK jgak tp dapat elaun sara diri jer..elaun perkakas n buku masih blom dpt..extra £800 pun blom lagik..err..nape eks

Anonymous Says :
July 26, 2012 at 11:27 PM

alhamdulillah...cek tadi elaun baru dah masuk...oh btw, saya dekat aussie...cer kwn2 kat aussie cek account masing...alhamdulillah....masa utk merancang perbelanjaan....

Herman & Naza Says :
July 27, 2012 at 12:00 PM

Saya di OZ tp still lom receive. Yang dah masuk tu pakai bank apa dan state mana yer?

Anonymous Says :
July 27, 2012 at 7:24 PM

salam...comm bank...kitorg dekat QLD...bagaimana dgn yg lain2? InsyaAllah tak lama lagi tu...sama2 kita doakan...

Anonymous Says :
July 28, 2012 at 12:21 AM

Salam You All
I baru dapat pekeliling dari majikan mengenai belajar di overseas (tarikh July 27). berikut ringkasnya keratannya..

MAKLUMAN MENGENAI NEGARA YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIHANTAR CALON HADIAH LATIHAN CUTI BELAJAR (HLCB)/ SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/ SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI) DAN BRIGHT SPARKS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kadar kos sara hidup serta kos yuran pengajian di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia telah meningkat dari semasa ke semasa. Keadaan ini cukup membebankan staf dan felo yang mengikuti pengajian ljazah Doktor Falsafah, Sarjana Klinikal, Pasca Kedoktoran atau Sub Kepakaran di Negara-negara tersebut. Justera itu, Universiti dan Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk menampung kos sara hidup dan pengajian staff Felo di Negara-negara berkenaan.

3. Dengan mengambil kira keadaan tersebut dan sebagai rakyat yang mempunyai tanggungjawab terhadap Negara, saya memutuskan supaya calon-calon yang akan mengikuti pengajian di bawah HLCB, SLAB/SLAI atau Bright Sparks tidak lagi diperakukan untuk dihantar ke Negara United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

4. Kita juga seharusnya mengambil maklum bahawa terdapat banyak Universiti dari Negara selain tiga Negara tersebut yang turut tersenarai dalam 100 Universiti terbaik dunia(QS World University Ranking) maka sepatutnya tumpuan tidak diberikan kepada Universiti di tiga Negara tersebut sahaja. Dengan itu, fokus harus diberikan untuk menghantar calon-calon ke Negara-negara berikut:

(1) China
(2) Korea Selatan
(3) Jepun
(4) Taiwan
(5) India
(6) Singapura
(7) Canada
(8) New Zealand
(9) Negara Scandinavia
(10) Mana-mana Negara Asia yang lain.

Anonymous Says :
July 28, 2012 at 12:26 AM

dulu2 (sebelum Menteri KPT la ni), SLAB etc diuruskan oleh JPA. lepas tu KPT nak..lihat lah kerja tunggang langgang...I punya penyata kewangan juga dimasukkan zaman i 1st degree dulu...bisa! ingat I joli duit kerajaan ke?

Anonymous Says :
July 28, 2012 at 7:43 PM

Salam..elaun dh masuk. Tapi perkakas dan buku masih xda.. Why oh why???grrrrr!

Anonymous Says :
July 29, 2012 at 2:16 AM

Elaun masih belum maasuk. Ada sesiapa lagi yang belum masuk? Hu hu

Herman & Naza Says :
July 29, 2012 at 7:54 AM

Elaun sara diri kami pun lom masuk. Elaun buku dan perkakas dah dimansuhkan kot, "Janji x ditepati" haha...

Loque Hakim Says :
July 29, 2012 at 8:49 PM

Assalamualaikum, saya di Tasmania juga masih belum masuk elaun huhu. Elaun buku dan perkakas dah dapat April lepas.

Anonymous Says :
July 30, 2012 at 12:44 AM

Salam, saya belajar di Malaysia sahaja, baru check lejer tadi, dan masuk ESH, elaun buku dan perkakasan. Tarikh kredit di bank ialah pada 29th July. Bila check lejer baru perasan bhw elaun buku dan perkakasan saya mmg dimasukkan pada 3rd quarter ni, ingatkan 4th quarter. Sekian, harap maklum.
-lia-

Anonymous Says :
July 30, 2012 at 12:30 PM

To ANON yg psl Surat pekeliling tu..

Bukan Jepun and Korea Selatan lagi mahal ke ? Ari tu I pernah survey tuition fees kt Jepun, sgt2 mahal ok.Cost kt Canada & New Zealand bukan lebih kurang same ke currency dia dgn Australia & U.S.

Baru je antar application around 20 July and di bawa meeting on 25 July. Tak tau la dapat ke tak. Penat2 apply.. =(

Anonymous Says :
July 30, 2012 at 1:25 PM

Anon,

Surat pekililing tu keluar untuk sume IPTA bwh KPT or UM je ?

Anonymous Says :
July 30, 2012 at 6:11 PM

Salam,
My colleague apply kat NZ and Aust utk intake Sept nie pun macam susah nak lepas...Dulu iya2 cakap apply kat US sbb kat Aus n UK dh ramai sgt. Alih2, skrg tukar lagi polisi KPT??

Alahaiiii.....

Anonymous Says :
July 30, 2012 at 8:10 PM

Mengenai pekeliling tu, I am not so sure the words spread widely from others.

Ikut pengalaman, visi, misi IPTA etc mesti selari dengan dasar kerajaan khasnya KPT sebab client boleh saman kalau pakai hantar2 surat even certain IPTA ada kuasa autonomy.

Memang Jepun and Korea kos hidup tertinggi dalam magazine tapi bila tanya pelajar Jepun & Korea yang menuntut di US, kata mereka US mahal lagi.Allahualam

Anonymous Says :
July 31, 2012 at 4:23 PM

Ni dia news tuh. Dr website UM rupenye.Tp aku x le buka plak..Korg try la click kalaw le buka link surat pekeliling tu.

http://umnews.um.edu.my/umnews/index.php?module=detail&view=18495

Anyway, kalau surat tu head letter KPT, probably la kot apply to all uni. Kalau UM nye head letter probably UM je la kot. Wallahu'alam. Aku pun x sure.

Adeh.. Penat2 da kejar application.Nak minta surat references tu payah.. Takkan nk minta 2 -3 kali kot just nk apply MA/phD...

Member yg da apply NZ & Aust tu da dapat jawapan lom ? Kalau da , update la kteorg so bole tau betul ke x kesahihan polisi baru ni.. haih...

rams Says :
August 1, 2012 at 10:18 AM

Slm to all. Sy sudah check akaun bank dan penyata KPT tu, belum ada nampak rupa apa2 elaun sara hidup ESH utk 01/08-31/08, 01/09-30/09 dan 01/10-31/10, elaun buku dan perkakas utk tahun ini yg biasa dibayar bulan Mei, tunggakan yg pelajar2 master dan undergrad JPA dah dapat. Oleh krn sy pelajar split PhD, maka sy juga check akaun biasiswa CIMB di Msia, juga tak ada. Sapa hidup di overseas tentu sedia maklum betapa semua perkara sgt concerned pasal tarikh: sewa bilik/ rumah, monthly pass utk transport, bills belum masuk mkn minum, buku2, softwares yg nak guna duit. Sehari terlewat pun sudah susah. Family and financial commitments in Malaysia tetap spt biasa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Moga2 apabila kita selesai pengajian PhD ini, kita semakin memahami dan membantu rakan2 yg selepas kita, bukan semakin menyusahkan hidup org lain.

Herman & Naza Says :
August 1, 2012 at 11:06 AM

Amat setuju dengan Rams...mereka patut faham dengan perkara-perkara ini. Kita datang sini memang untuk belajar sepenuh masa, jadi tiada masa untuk melakukan kerja2 part time untuk duit tambahan. Nanti dikatakan tak concentrate pada pelajaran pulak, dan paling mengerikan tidak dapat menamatkan pengajian dengan jayanya, suatu kerugian besar kepada negara. Sewa rumah di sini perlu dibayar advance at least untuk 2 minggu ke hadapan (lbh kurang AUD750~800 jika di Australia), begitu juga dgn tiket pengangkutan yg sememangnya mahal di sini. Jadi sebarang kelewatan elaun memang amat membimbangkan. Jadi, kepada pihak yang berwajib, janganlah ambil remeh perkara ini. Itu tanggungjawab anda, janji mesti ditepati.

asab Says :
August 1, 2012 at 12:27 PM

Salam..saya nak tanya kalau progress report, dan segalan tuntutan elaun (cth elaun akhir pengajian and elaun tesis), kita hantar by pos laju@ekspress, agak2nya diorang akan proses tak?Sebab saya ada email, diorang tak reply, kol tak berjawab.

Herman & Naza Says :
August 1, 2012 at 1:10 PM

Saudara Asab, saya pun agak kecewa dengan layanan KPT akhir2 ni, tahun lepas dan sebelum2nya rasanya OK. Email2 saya memang tak berbalas sejak bulan lalu. Bila call xder org angkat dan kadang2 'nombor tiada dalam perkhidmatan'. Rasanya itu memang dah jadi tradisi diaorang sekarang ni. Tapi saya ada buat claim OSHC dalam 3 mggu lepas melalui email, diaorang memang x reply email, tapi tup2 mggu lepas received claim tu. Boleh saya tau ext. no. staff tu, kot2 insan yang sama?

asab Says :
August 1, 2012 at 1:21 PM

6343 ase..yang uruskan pasal biasiswa..bimbangla jugak kan..claim tesis ni kan banyak..rugi kalau tak dapat..dah tanya membe, diorang dapt dalam waktu seminggu jer.tapi diorang terus submit borang kat putrajaya.

Anonymous Says :
August 1, 2012 at 4:25 PM

biar betul pekeliling baru tu?? ada sesapa yg baru dapat offer slab/slai?

mmg sangat susah nak contact drg ni skrg...

Anonymous Says :
August 1, 2012 at 10:04 PM

Ramadhan Kareem
- saya ada contacted Ketua yang in charge elaun SLAB. tak sampai 30 minit dia balas as below.
- cuba email elok2 pada mereka.

"Wa'alaikumussalam warahmatullah,

Tuan,

Berdasarkan semakan kami, ia dijangka akan masuk ke akaun tuan sama ada dalam minggu ini atau minggu depan.
Sekian, terima kasih."

Anonymous Says :
August 13, 2012 at 4:23 PM

Hampeh tul kpT skrg ni.. Call byk kali da nk dkt 3weeks berturut2, tp x angkt2 gak. Sakit tul cmni.

Anonymous Says :
August 13, 2012 at 10:02 PM

sy bru dpt slab n kna fly sabtu ni 18hb... raya ats plane la...:( tp elaun pendahuluan msh blum msuk....nsigh... xkn fly ngn tgn ksong....

Herman & Naza Says :
August 13, 2012 at 11:20 PM

Saya pun ada isu dgn KPT ni, try contact memang x dapat. Bg yg nak fly tu, kami dulu ambil sendiri cheque pendahuluan di KPT, try call pegawai yg berkenaan utk ambil sendiri, tunggu bank in memang lambat, silap2 kena dulukan duit sendiri. Fly ke mana tu? Tahniah.

Anonymous Says :
August 14, 2012 at 1:07 PM

Tahniah..beraya dlm plane..Lama tak tunggu dorg bagi reply ? Saya kene register hujung Sept ni, tp masih belum dpt apa2 jwpun pun.. Da la nak dekat raya ni. Takut tak sempat =(

Lina Fung Hashim Says :
August 16, 2012 at 1:05 AM

Salam, sayabaru je dpt kelulusan ke Uni of Melbourne di bawah slai. Saya terkejut bila surat twaran saya daripada ipta (majikan saya) menyatakan bahawa saya tidak dibenarkan untuk membuat pelanjutan tempoh pengajian sedangkan kpt still membenarkan kalau saya ada keperluan utk berbuat demikian. Tempoh pelepasan saya 3 thn saja. Ada tak siapa-siapayg kena mcm nie jugak? Saya tanya jugak kenapa ada syarat tambahan nie yg tak selari dgn pekeliling kpt, they said coz uni ada kuasa autonomi but my uni is not listed amongst the 5 uni yg dpt kuasa autonomi awal tahun nie. I am so prepared to challenge the extra condition but at wat stake? Should i?

Lina Fung Hashim Says :
August 16, 2012 at 1:18 AM

Berkenaa restriction ke negara-negara yang disebutkan dalam pekeliling, uni saya tak menggalakkan ke UK, Aussie dan NZ. Alasan, kpt tak bagi dan kadar kegagaln yang tinggi. Staf yang apply ke US sangat mudah lulus tp utk kes saya yang mohon ke Melbourne uni, saya perlu membuat rayuan setelah permohonan tidak diperakukan pd bulan Mac 2012, masuk meeting semula pd 10 mei 2012 dan akhirnya dpt offer kpt bertarikh 8.8,2012. Bila dpt offer dari, awal-awal dh kena sekat utk mohon pelanjutan jika keadaan memerlukan... It has been a long battle just to get a spot, itu belum lagi sambung blaja nanti. All the best to all of us!

Anonymous Says :
August 16, 2012 at 5:06 AM

utk saudara/i yang akan pegi tanpa wang pendahuluan, better dptkan dulu sblm pegi. first pegi hari tu mmg da problem kalau nk guna duit sendiri lg2 saya kat UK, mmg segala x cukup, nak x nak meminjam dr member wpun xkenal sgt sesapa mula sampai hr tu. Second pegi, saya emelkan diorg utk dptkan duit pendahuluan dulu sblm diorang proceed dgn tiket kapal terbang.

Nadot Says :
August 29, 2012 at 2:47 PM

Salam wbt...

Dulu-dulu mase nak pegi sambung master di UK, pun tak dpt lg duit pendahuluan. Memang kene kuar kan segale duit yg ade + pinjam ayah untuk permulaan. insyaAllah ok je...

risau pulak dgr pekeliling UM tu...sebab baru nak apply kat UK lg utk phd (interview this yr, pegi nx yr).. mmg applicable utk semua ipta ke?..huhu

Anonymous Says :
September 7, 2012 at 8:32 PM

kalo beh master bln april tp nk msuk blaja sept thn dpn.lh ke?

Anonymous Says :
October 22, 2012 at 8:05 PM

Salam. Saya pelajar di Europe. 2 kali pembayaran elaun sebelum ini saya dapat awal. Dalam 16hb dah dapat. Tapi bulan ni nampaknya belum dapat lagi. Kena tunggu sampai 29hb seperti dalam jadual lah kot.

Anonymous Says :
October 24, 2012 at 7:27 AM

Salam...elaun dalam negara pun masih tak masuk lagi...sabar sajalah

Nazariah Says :
October 24, 2012 at 10:42 AM

Alhamdulillah kami di Sydney elaun dah masuk 2 hari yg lalu. Harap yang tak masuk lagi dapat bersabar ye.

wanhamiza Says :
October 26, 2012 at 12:40 AM This comment has been removed by the author.
Anonymous Says :
October 28, 2012 at 9:34 PM

Ade sape2 SLAB scholarship holder dalam negara dahdpt elaun utk nov,dec,jan? ESH blum masuk la...

Flo Flo Says :
October 29, 2012 at 2:39 PM

Bagi elaun dalam negara utk Nov, Dec & Jan, pihak KPT kata dalam minggu ini atau minggu depan. Saya baru call & tanya. Bersabar je la kita semua...

Anonymous Says :
October 29, 2012 at 4:16 PM

Thanks for the info Flo Flo...

Anonymous Says :
October 29, 2012 at 7:05 PM

baru nak call KPT... but thanks for the info Flo Flo

Deena Clare Says :
October 30, 2012 at 12:47 AM

Hi,untuk SLAB dlm negara, I bru dpt reply from KPT,..she said 'untuk makluman arahan pembayaran elaun telah di buat sebelum ini lagi.Akan semak semula arahan bayaran tersebut'...harap dapat membantu, so far i cek lejer and bank account 1 sen pun blum ader..

Unknown Says :
October 30, 2012 at 1:30 AM

Salam, saya di UK, elaun di UK untuk Nov, Dec & Jan pun belum masuk lagi...

Anonymous Says :
October 30, 2012 at 1:38 PM

sabor.. sabor..kita tunggu minggu ni.

Anonymous Says :
October 30, 2012 at 8:38 PM

ESH mmg lum masuk di Malaysia pun blum masuk untuk bln Nov - Jan. Tahun lepas pun sama, dalam 2 Nov 2011 baru masuk. ntah apa2. bila sy emel ke KPT (bhg Biasiswa) bertanya, dia org cakap payment dah siap cuma kelewatan disebabkan oleh orang yang bank in kan ke bank??? boleh terima ke alasan tu???? ntah apa2

Anonymous Says :
October 31, 2012 at 1:11 AM

aku rasa boleh kot terima alasan tu, cuti lama sgt tu....

Anonymous Says :
October 31, 2012 at 12:15 PM

Saya di Sydney pun belum masuk lagi. I called KPT diorang memang belum buat pun lagi my ESH Nov-Jan. Nama tercicir or something like that *sigh*

Anonymous Says :
October 31, 2012 at 12:27 PM

Waaaaa. lambat btul la. nak guna duit nak g Conference di Ghuangzhou. cam mana nak book tiket ni.

Anonymous Says :
November 1, 2012 at 3:51 PM

bila elaun nak masuk ni?? lambat betul.;-(

Anonymous Says :
November 1, 2012 at 6:20 PM

Ada sesiapa tahu punca esh kita lambat, ada yg bertanya kpt jawapannya orang yg bank in lambat buat, ada jawapan kata nama tercicir ada jawapan kata tunggu minggu ni. Byk kerja yg disusun menggunakan duit ESH dah tertangguh...

Deena Clare Says :
November 1, 2012 at 8:25 PM

sila beramai2 email kepada ahafiz@mohe.com,dan ketuanya imran@mohe.com...

Anonymous Says :
November 2, 2012 at 12:48 PM

Salam, ada call ke kpt pagi ni, alhamdulillah, katanya insyaAllah minggu hadapan. Semua sekali katanya

Anonymous Says :
November 2, 2012 at 2:38 PM

salam, ini kali kedua saya hadapi elaun lambat masuk,..harap KPT buat satu jawatankuasa pemantau perkara-perkara begini kalu tak semua pelajar tajaan jadi mangsa,..berulangkali berlaku...kesian pelajar2,..masing-masing dengan sebab yang tersendiri untuk gunakan elaun tu,..

Anonymous Says :
November 2, 2012 at 4:11 PM

Salam semua, saya pon call KPT semalam. Saya punye slab utk dlm negara. Org KPT kate akan dapat minggu hadapan.

Anonymous Says :
November 2, 2012 at 9:42 PM

alhamdulillah harap2 dapatla minggu depan

Anonymous Says :
November 3, 2012 at 6:26 PM

ESH dah masuk hari ni, syukur lah...

Anonymous Says :
November 5, 2012 at 7:14 PM

salam....awak, yang dah masuk tu kat mana??saya di melbourne...belum masuk lagi...huhu...
harap2 masuk minggu ni....:(

Anonymous Says :
November 16, 2012 at 12:26 AM

Time wat master dlu taun 2008-2009 elaun kpt masuk ikut flow je. Skrang time phd ni plak kelam kabut.. Mmg tah hape2.. Start septmbr, tp ESH msuk nov - jan 2013 je. ESH sept, okt, perkakas, buku x masuk.. Tetibe je kan.. Call kpt (slpas bape kali tah), pegwai tersalah kire sbb dorg trsilap tgok.. Ape ni.. Dah cam polis lak aku nk check ledgar ngn akaun tetiap kali.. Dorg ckp da betulkan tp di atas masalah dorg sndiri, kite yg trpakse menanggung.. Penah pegi sndiri ke kaunter kpt kt ptrajaya.. Tnye... Pegawai outstation.. Bole la plak ko g outstation kan.. Bebudak yg ko uruskan ni dok menadah je menunggu duit... Besar paler ko kan... Sori.. Untuk bacaan 18PG saje... Sbb base kasar

Herman & Naza Says :
November 16, 2012 at 1:05 PM

Biasa lar...nak dekat PRU ni hihi...kita sebagai student kena 'bersabar', ikat perut pun xper...

ChaiDaN Says :
November 21, 2012 at 8:57 PM

Sekadar berkongsi..
Saya pun menghadapi masalah dengan KPT ni..time nak sambung belajar hari tu, dengan advance tak dpt, email tak reply, call tak angkat..dijanjikan advance sebelum fly, so kita ni, dok email la itinerary 3 minggu sebelum fly...bila call (kalau berangkat la), dia kata dalam proses..yg paling stress nya, berjanji sehari sebelum fly akan dapat, tp harapan tinggal harapan..last2 terpaksa email kat orang atasan, dibantu dengan org dalaman (someone yg berpangkatlah), barulah KPT amik tindakan..dan flight dorang postponed sebab katanya akan dapat advance tu minggu depan pulak (pelik juga, sbb before tu cakap sehari sebelum fly boleh dapat)..ntahlah, harap-harapnya pembayaran yg next2 ni ikut flow yg betul lah..huhuhu...time master dulu, memang takde masalah langsung, kita takyah nak remindkan dorang pun pasal elaun2 ni semua, tiba2 elaun dah masuk..sekarang apa ntah masalah dalaman kpt ni..huhuhu

Anonymous Says :
December 2, 2012 at 5:16 PM

salam.......
saya nak tanya kepada yang berada di luar negara.....elaun esh (nov-januari) dah masuk ke? atau belum lagi....saya di australia belum lagi.....ni dah masuk bulan 12...:(

Anonymous Says :
December 7, 2012 at 3:46 AM

salam,

saya di UK, elaun dah masuk utk nov,dec,jan...tp dpt surat dari universiti mengatakan yuran pengajian kpt tak bayar2 lagi..ada sape2 experince benda yg sama?

Anonymous Says :
December 8, 2012 at 7:08 PM

saya kat german pon belum masuk laggi ESH UTM...hhuuhuhu

Anonymous Says :
December 14, 2012 at 11:34 PM

salam semua,
saya di Australia.....belum masuk lagi elaun ESH.......saya ada call banyak kali kpt...dari pagi sampai petang....banyak hari saya try..tak ada orang jawab....ada sapa2 tahu latest news pasal elaun ESH (november - januari)....????

Herman & Naza Says :
December 17, 2012 at 11:12 PM

Kami juga pernah mengalami situasi lewat macam ni, lebih kurang sebulan jugalah lewat. Pelbagai usaha kami cuba termasuk call dan email. Kemudian, kami terpaksa email orang atasan KPT berpangkat dato' kebetulan beliau datang melawat student di Sydney. Alhamdulillah elaun masuk dalam seminggu lebih selepas email.

remey Says :
December 24, 2012 at 8:20 PM

salam, ada sapa2 or kwan2 or saudara2 tuan2 yg smbung phd kat korea selatan tak? boleh tlg share skit pengalaman buat phd kat sana tak. i plan nak apply phd kat korea.

Anonymous Says :
January 4, 2013 at 5:06 PM

salam..saya azlin..tgh survey uni utk smbg phd...ade x yg buat phd kat europe? boleh share experience x?

remey Says :
January 5, 2013 at 3:09 AM

Azlin hehe mcm kenal nama nie, saya pun tengah cari2 tempat kat europe.

Switzerland rasanya not bad. yuran pun murah. incase kena extend, yuran bleh tngung sendiri..

dhuz Says :
January 7, 2013 at 2:32 PM

sya buat dlm negara. kenapa tak leh buat semakan penyata yek. start PHD on 15 Okt 2012. Dpt ESH awal dec coz lmbt htr documentation. But still need to know the breakdown. Bila agaknya next ESH will be bank in?

Anonymous Says :
January 14, 2013 at 2:24 PM

Salam..
Tuan ada maklumat ttg elaun SLAB/SLAI 2013?

Terima kasih :-)

Anonymous Says :
January 15, 2013 at 1:33 AM

Saya baru mencuba nasib memohon SLAI (UM) untuk PHD. Bila baca semua komen dan masaalah yg dihadapi oleh rakan rakan, membuatkan berfikir duakali nak melepaskan jawatan sekarang, khuatir ada banyak masaalah.

Herman & Naza Says :
January 22, 2013 at 6:54 PM

InsyaAllah, jangan putus asa. Tiada jalan mudah untuk mendapat kejayaan.

Anonymous Says :
January 22, 2013 at 7:51 PM

Salam..
Tuan ada maklumat ttg elaun SLAB/SLAI 2013?

Terima kasih :-)

ASH Says :
January 23, 2013 at 10:06 AM

Makluman, Elaun SLAI KPT saya di Aussie dah masuk semalam, yg study kat aus cuba2 la cek. Alhamdulillah

Anonymous Says :
January 23, 2013 at 1:38 PM

ASH....Alhamdulillah...tp geng2 di Malaysia dah masuk lum? sy check blom masuk lg..anybody got the latest schedule? Thanks..

Anonymous Says :
January 24, 2013 at 9:04 AM

Salam sesiapa study kat UK dah masuk lum elaun? Thanks

Anonymous Says :
January 24, 2013 at 3:53 PM

Salam. Saya kat uk.dh msuk smlm.Alhamdulillah.

Anonymous Says :
January 24, 2013 at 5:02 PM

Alhamdullilah thanks

Anonymous Says :
January 25, 2013 at 1:13 AM

Elaun geng2 kat Malaysia belum masuk lagi

Anonymous Says :
January 25, 2013 at 1:42 AM

saya di aussie dapat 4 bulan (feb till may) dan dapat elaun buku dan perkakas sekaligus. kena budget betul betul nih nak bertahan sampai may.

kawan saya di UK dan Swiss juga dapat elaun untuk 4 bulan sekaligus.... yang lain lain macam mana?

Anonymous Says :
January 25, 2013 at 5:00 PM

Salam,
di UK pun sama, dpt elaun utk 4 bulan sekaligus..agak konpus gak sekejap..dh buat kiraan, lbh nya mmg utk elaun 1 bulan.

Anonymous Says :
January 29, 2013 at 1:38 AM

nak bertanya. sy sedang ext untuk 1 sem lg bermula 5hb Jan lalu (walaupun blum dpt black & white dari KPT, tapi anggap je KPT dh luluskan) sebab u sy kata di peringkat u tak ada masalah. nak bertnya, apakah ESH sy akan dpt seperti biasa pada akhir bulan Jan ni bagi ESH Feb - Apr. sedngkan surat KPT tak dapat lg. ESH sy untuk bulan Nov - Jan yang lepas pn hanya dibayar setakat 4hb je sbb dalam surat tawaran dlu mmg 5hb kena lapor diri kalau tak ext. ada sapa2 yg tahu tak. Ke ESH untuk Feb - Apr hanya dibayar selepas surat kebenaran ext diperolehi?

Herman & Naza Says :
January 29, 2013 at 2:10 AM

Biasanya untuk kes2 extend kena buat preparation awal (kena guna dulukan duit sendiri), dan kena banyak bersabar. Biasanya akan berlaku kelewatan masuk elauan sehingga sebulan (atau lebih). Ada juga yang masuk lebih awal, sebab universiti hantar borang permohonan cepat ke KPT. Kena follow up selalu dengan pegawai2 KPT samada permohonan dari universiti telah diterima oleh pihak KPT.

Anonymous Says :
January 29, 2013 at 11:52 AM

Hi, terkejut nampak perubahan blog nie..ingatkan silap masuk blog, anyway to Herman and Naza..I like ur new concept. And geng2 biasiswa SLAB/SLAI Malaysia, sape dah dpt yer?

Anonymous Says :
January 29, 2013 at 1:04 PM

kalau ada sapa2 slab/slai malaysia yg dh dpt elaun inform kawan2 ye kat sini. :)

Anonymous Says :
January 29, 2013 at 1:10 PM

Saya slai malaysia pun blum dpt elaun lgi.. dalam semakan penyata pun blum ada rekod...

Anonymous Says :
January 29, 2013 at 1:39 PM

td ada call kpt tanya elaun mmg xmasuk lagi...diorg cuma ckp "akaun baru buka, kemungkinan awal bulan 2"...mungkin blum buat lagi agaknya...:-)

Anonymous Says :
January 29, 2013 at 9:33 PM

call kpt haritu slab dlm malaysia masuk sekitar bulan 2.

Pena Kehidupan Says :
January 30, 2013 at 1:52 AM

elaun..oh elaunn..engkau la penyeri bank ku..bila nk masuk..??

Anonymous Says :
January 31, 2013 at 1:24 PM

Kenapa KPT tak keluarkan jadual pembayaran elaun bagi tahun 2013?.kenapa pembayaran tidak dilakukan tepat masanya..bukan apa..kadang2 kita perlukan elaun tu untuk urusan research kita..patut mereka lebih alert benda2 macam ni..bukan bayar tiap2 bulan..3 bulan sekali...

Anonymous Says :
January 31, 2013 at 3:25 PM

maybe bajet lebih tertumpu pd PRU...maklum la saat getir skg ni....

UmmuFitrah Says :
February 1, 2013 at 5:43 AM

Malaysia punya elaun setakat ni belum masuk lagi.. Aduhai.. Nak bayar duit gaji pembantu ni.. Tahun-tahun lepas laju je, hujung bulan dah masuk. Semenjak dua menjak ni, asyik lammbattt ja..

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 10:34 AM

Jomm tukar...

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 1:09 PM

Alhamdulillah,elaun dh masuk utk 4 bulan..sy kt UTM

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 2:02 PM

Siapa lagi dlm Malaysia dah masuk elaun. Di UIA belum dpt lagi

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 2:10 PM

Elaun buku n perkakas dpt skali x?

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 2:12 PM

Elaun buku dn perkakas dpt skali x?

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 3:31 PM

alhamdulillah dah masuk utk USIM

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 3:33 PM

wah...ramai dah dapat. uni mana lagi dah dpt

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 6:36 PM

UKM belum dapat lagi...masuk berapa bulan?.

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 6:47 PM

sy UM dah dapat...4 bulan skali dgn elaun buku n pkakas...

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 6:55 PM

cuma knape masuk 4 bulan ye? bonus atau pembahagian baru 4 bln skali?

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 7:39 PM

Saya UIA belum dapat lagi. Tp ada sesetengah kwn saya di UIA dah dapat hari ni. Pelik juga. Mungkin kerana perbezaan bank sebab saya guna bank islam. Ada sesiapa yang guna bank islam dah dapat? Mmg mulai thn ini kpt byr 4 bulan skali gus...

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 8:04 PM

Saya di UIA juga x dapat lagi. Guna bank islam jugak. Baru cek pukul 5 tadi pun xdpt gak. Hehe

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 8:13 PM

Oic..mmg KPT bayar 4 bulan ye..saya dah check akaun saya tdi..mmg belum masuk..

Mrs.Qarlista Says :
February 1, 2013 at 8:38 PM

sy dari utm.. belum masuk lagi nampak nye. last month time elan masuk utk (okt+nov+dis+jan)dapat email makluman dari kpt berkenaan kemasukan elaun dlm kpt dan butiran elaun.. pelik pula sebab dulu-dul kene cek kat akaun bank terus..takde pulak hantar email.

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 10:43 PM

Saya slai dalam negara.. saya punya elaun slai dah masuk pagi tadi... elaun sara hidup 4 bulan

Anonymous Says :
February 1, 2013 at 11:48 PM

skrg jam 8.45 mlm...elaun belum masuk lagi nmpaknya...

Anonymous Says :
February 2, 2013 at 2:34 AM

UniMAP dah..oo 4 bln skali ke..igtkan elaun pe yg extra tu.huhu. kena berjimat cermat la nmpaknya..

Anonymous Says :
February 2, 2013 at 3:22 AM

Salam, dulu masa I buat master, slab di bawah JPA. tidak ada masalah...effective sangat kerja mereka. then, bila KPM dan KPT berpisah. KPT tiada kerja. then, ambil alih kerja JPA tentang biasiswa. Tak effective lansung walau kerja tak banyak. misalnya, dulu KPT kena pantau kurikulum IPT tapi sekrang da ada MQA. kerja kurikulum, MQA ambil. Juga, sebahagian IPT dapat autonomi, so, kerja KPT makin ringan etc.

Anonymous Says :
February 3, 2013 at 6:57 AM

saya dr UIA slab belum msk dlm bank islam, tp kwn Cimb dh masuk.sepatutnya keje kurang kena la lbh efektif, mungkin ambil masa skit nak cekap buat keje.

Anonymous Says :
February 4, 2013 at 2:20 PM

Elaun masih lg belum masuk

Anonymous Says :
February 4, 2013 at 2:34 PM

ye saya punye pun, nk telefon KPT lagi segan. huhuhu. UIA (Bank Islam)

Anonymous Says :
February 4, 2013 at 2:43 PM

Saya dah banyak kali call KPT...x pernah berangkat pun..

Anonymous Says :
February 4, 2013 at 3:17 PM

Dia org kat KPT tu makan angin!

Anonymous Says :
February 4, 2013 at 3:19 PM

Orang Melayu memang selalu macam tu, tak sensitif dan tak berperasaan.

Kesedihan Says :
February 4, 2013 at 4:59 PM

hari2 check baki bank online (bank islam) dgn harapan elaun masuk....esok dah 5hb..xkan after raya cina baru nak masuk kot!!

Anonymous Says :
February 4, 2013 at 7:14 PM

Tadi dah call KPT..diorang ckp dlm minggu ni masuk elaun..mereka dh hantar kt bahagian kewangan...tapi ada sedikit masalah..so dijangkakan minggu ni masuk

Anonymous Says :
February 5, 2013 at 12:58 PM

dah masuk elaun dlm bank islam, tp xde pun elaun perkakas. huhuhu

Anonymous Says :
February 5, 2013 at 3:15 PM

Alhamdullilah..elaun dah masuk..mungkin elaun perkakas next kot

Anonymous Says :
February 6, 2013 at 1:14 PM

elaun buku n perkakas akan masuk setiap setahun daripada pendaftaran pengajian....

Anonymous Says :
February 9, 2013 at 11:43 AM

Sy tgk penyata ESH kali ini utk 3bulan shj...jd yg sbln lg tu bonus ke ape ye? atau pnyata yg silap?

Anonymous Says :
February 9, 2013 at 3:30 PM

Salam saya pun baru perasan dalam penyata RM3,600.00 adalah untuk 3 bulan. Feb-Mac. Ada sesiapa yang ada menguhubungi pihak KPT berkenaan hal ini? Penyata salah atau sebenarnya untuk 4 bulan. Lagi satu yuran SEM 1 2012/2013 masih belum dibayar KPT. Sampai sekarang x dpt menghubungi pihak KPT.

Anonymous Says :
February 9, 2013 at 11:58 PM

I baru dapat email balasan dr KPT. I hantar pada 4 Feb, baru hari ni berbalas. Dia kata, "nanti sat nak tengok penyata..."

Anonymous Says :
February 11, 2013 at 11:52 PM

Salam... Sy ada present paper di Terengganu 1 dis 2012 n buat tuntutan pembentangan kpd KPT pd 10 Jan 2013... Sape2 ade pngalaman buat claim utk present paper x? Klu ade nk tnye btul x flow sy buat; claim slps seminar? Klu betul bape lame proses diluluskan?

Anonymous Says :
February 12, 2013 at 3:32 PM

waaaa. sy belajar kat ukm. minggu ni kena register tp kena block oleh sistem. sbb KPT tak bayar yuran pada UKM sem lepas. Apa hal lah plak ni.....dh lah sy baru ext awal tahun ni...dh sah2 elaun & yuran sem ni lmbt bayar...tp yg yuran sem lepas tu KPT tak bayar apa hal plak ni. ishhh. hilang mood dh. Dh lah final stage je ni. Cam ne nak submit final report tesis kalau sem ni tak leh nak dftr.

Anonymous Says :
February 13, 2013 at 8:29 PM

Saya berada di luar negara.scholar tamat bln 2 tp KPT reject utk extend. So skrg mmg guna duit sndiri dulu la..waaaaaa

Anonymous Says :
February 15, 2013 at 3:05 PM

hi, bole tanye tak, ESH untuk tahun nie KPT start bayar untuk 4 bulan ke? Sy tengok lejer, sampai skrg tak update. Ada sape2 boleh bagi info?

Anonymous Says :
February 15, 2013 at 8:51 PM

Yuran mmg untuk 4 bulan..tapi lejar mcm silap je tulis untuk 3 bulan..pasal tuntutan yuran sem lepas bagi sesiapa yang menggunakan duit sendiri dulu tu, katanya bahagian kewangan belum meeting..alamatnya lambat lagilah nak masuk

Anonymous Says :
February 19, 2013 at 11:33 AM

tiada siapa yang ada maklumat ttg claim utk present paper?

Anonymous Says :
February 22, 2013 at 2:47 PM

HI, saya baru start phd 2 feb ni di canberra. Jadi bnyk pakai duit pla sebap bawa family. Rasanya dalam kes mula februari ni agak2 bila dpt next elaun? Elaun yg univ bagi pla bila biasanya masuk?

Anonymous Says :
February 25, 2013 at 10:54 PM

KPT memang tak pandai uruskan hal ehwal elaun para pelajar diluar negara. Dari dulu sampai sekarang sama je prestasi memang macam tu. Zero ISO

Noorbaya Mohd Salleh Says :
March 7, 2013 at 6:34 PM

Salam..maaf mencelah..sesiapa tahu bila tarikh tutup slab/slai under UM. Sy nk sambung study di UK tp nampak seperti UM xbenarkan lg sbb budget constraint. Rs syg sbb sy sudah ada potential sv di sana.

Anonymous Says :
March 20, 2013 at 1:55 PM

Salam Noorbaya, SLAB/SLAI UM bawah kuasa fakulti. Setahu saya berikut adalah prosedur.
(a) BSM hantar pekeliling ke setiap fakulti maklumkan pembukaan pencalonan;
(b) Pihak fakulti akan pilih. selalunya tutor UM akan diarah sambung belajar;
(c) Proses di BSM dan sesi temuduga bersama-sama Naib Censelor.
(d) pengumuman tawaran oleh BSM dengan mengarahkan calon buat latihan BTN.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 223   Newer› Newest»

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...