Resipi Soto ayam Johor

Author: Nazariah // Category:


Lama betul tak post any resipi kat blog...banyak kali kalau masak dan nak post resipi mesti semangat masa snap picture jek...pastu gambar tu dok bertapa kat dlm camera...hihi...nampak benor malasnya nak mengupdate blog...

Dah banyak kali sebenarnya buat soto ke bihun soto ke cuma normally taklah letak bergedil...tapi kali ni resipi soto bersama bergedil ok... Sebelum ni kalau masak sup, aku guna rempah sup adabi dari Malaysia...tp baru2 ni rempah sup tu habis plak...so, aku try la guna Indon punya rempah soto, nama dia "Bumbu Soto Ayam"...rasanya kurang berkenan dek tekak...warnanya agak kuning mungkin letak kunyit, seminggu fobia nak buat sup mengenangkan sup yang kurang sedap...hukhuk...


Nilah bumbu yang kurang sedap tu...erk...

Pastu, carik plak rempah lain dan terjumpa plak jenama "Bamboe". Rempah ni boleh tahan rasanya akan2 sama dengan rempah sup adabi. Satu paket boleh guna untuk dua kali masak...


Yang ni rasa boleh tahan...rasa macam rempah sup Adabi...siap ada tanda harga lagi...hikhik...


Jom tengok resipi soto ni...

Bahan-bahan

  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Beberapa ketul ayam (boleh pilih bhg kepak, leher dan peha)
  • Rempah sup, rempah tumis (kayu manis dan bhn lain)
  • Bawang merah, bawang putih dan halia diblend
  • satu biji kentang
Hiasan soto
  • Ayam goreng yang diracik
  • Bawang goreng
  • Daun Sup
  • Taugeh dibuang ekor dan dicuci
  • Soo hun - digoreng(tak buat pun)
  • Kacang tanah digoreng (pun tak sempat buat)
Bahan untuk sambal kicap
  • Beberapa biji cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • sedikit kicap manis
  • sedikit lagi gula jika suka manis

Cara-cara memasak sup

  1. Masukkan sebatang kayu manis, dan rempah tumis lain seperti buah pelaga dan bunga cengkih
  2. Tumis pula b.merah, b.putih, halia yang diblend sehingga kuning naik bau. Kemudian masukkan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air. Bila dah keluar minyak bolehlah masukkan semangkuk air.
  3. Kemudian, masukkan ayam, boleh ditambah dengan kentang dan masak hingga empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
Untuk ayam hiasan

1) Pilih ayam bahagian dada, letak sedikit garam dan kunyit dan goreng seperti biasa
2) Racik2 ayam untuk dibuat hiasan pada soto nanti


Untuk sambal kicap
  1. Kisar atau tumbuk semua bahan dan gaul rata

Resipi bergedil daging
  • 5 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
  • 2 genggam daging cincang
  • 1 atau 2 biji telur dipukul
  • sedikit bawang goreng
  • sedikit daun sup, dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian tumbuk lumat kentang tersebut.

  2. Cincang bawang putih, kemudian masukkan bawang putih, garam dan lada putih ke dalam kentang dan daging cincang.

  3. Masukkan juga bawang goreng dan daun sup ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

  4. Selepas adunan rata, bolehlah bentukkan bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.

  5. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam sebiji telur yang telah dipukul dan kemudian goreng.


Cara penyediaan soto
  1. Potong nasi himpit yang telah direbus
  2. Tuangkanlah kuah sup ke atas nasi impit.
  3. Hiaskan nasi himpit tadi bersama ayam yang diracik, bawang goreng, daun sup, taugeh,soo hun goreng, kacang tanah yg digoreng dan bergedil.
  4. Bolehlah letakkan sedikit sambal kicap
  5. Sedia untuk dihidang


Soto ayam stail Johor...hihi...nama Johor tak tinggal tu...ekekeke...ni untuk makan tengah hari


Bihun soto, bukan bihun sup ok...ni untuk makan malam...yummy...



***Puasnya dapat makan sushi hari ni***

0 Responses to "Resipi Soto ayam Johor"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...