Jamuan makan

Author: Nazariah // Category:


As-salam...

Entry kali ni nak citer pasal jamuan... Jamuan ni kami adakan ahad lepas sebenarnya...dah basi dah pun tapi tak kisahlah... aku terlambat nak transfer gambar.... tu yang asyik tunda je entry pasal jamuan ni...

Actually jamuan ni kami adakan secara kecil-kecilan je untuk keluarga Norwan dan Ani yang bakal pulang ke Malaysia pada 30hb Jun nanti. Sebenarnya kami mendapat salah informasi tentang tarikh kepulangan mereka, kami dapat tahu yang mereka bakal pulang pada 25hb Mei ni, jadi kami adakan jamuan ni awal....sekali, lama lagi rupanya mereka balik...tp takpe juga sebenarnya sebab kalau hujung bulan Jun tu memang sama ada aku dah bersalin atau betul2 sedang menunggu hari....

Untuk jamuan kali ni, kami menjemput empat keluarga iaitu Norwan sekeluarga, Yazid sekeluarga, Norizan sekeluarga dan keluarga Ghaisani (kawan baik Amna di sekolah). Niat di hati nak jemput Syahida sekeluarga tapi malangnya Syahida terpaksa pulang ke Malaysia kerana neneknya sakit....semoga nenek Syahida akan sembuh secepat mungkin...

Hidangan utama adalah nasi ayam, manakala kuih-muih pula cuma sempat buat donut dan pau sambal. Keluarga lain juga ada membawa buah tangan...terima kasih sangat2 pada semua tetamu. Ada agar2, kuih seri muka, pengat pisang dan buah-buahan...

Majlis bermula selepas solat asar dan habis sebelum maghrib...alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun habis...seronok bila dapat adakan jamuan seperti ni...masa nilah dapat berkumpul ramai2 sambil bercerita perkembangan terkini. Lama betul rasanya tak buat makan2...lepas ni bila dah ada baby, mesti dah susah sikit nak buat...InsyaAllah kalau ada rezeki akan buat lagi sempena birthday kakak Amna...masa tu baby pun dah 5 bulan...harap ada rezeki kami masa tu...

Jom layan beberapa keping gambar yang ayah sempat snap masa jamuan...bila dah sibuk berbual, nak ambik gambar pun sampai terlupa...


Hidangan utama...nasi ayam ...yumyum...


Pencuci mulut, agar2 yang dibawa oleh ibu Ghaisani dan sedikit kuih pau sambal dan donut...

Kak Mas ada bawa pengat pisang dan buah anggur, tapi dah terlupa nak snap gambar...hukhuk..


Antara para tetamu... terlupa juga nak snap gambar anak2 yang sibuk main dalam bilik....


Encik Yazid bersama afiqah....dan Pak Yani (ayah Ghaisani)






0 Responses to "Jamuan makan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...