Selamat Hari Lahir Hafiz yang ke-3

Author: Nazariah // Category:

Diam tak diam dah 3 tahun berlalu, masa tu kami masih di Malaysia... seorang bayi lelaki seberat 3.53 kg selamat dilahirkan di hospital Kulai. Bayi tersebut kami namakan Muhammad Hafizuddin. Tak sangka sekarang Hafiz dah ada adik pula....sangat cepat masa berlalu. Masa kami ke Sydney umur Hafiz baru 11 bulan dan belum pandai jalan. Sekarang, Hafiz dah petah berkata2, dah pandai main pelbagai jenis game internet, suka menonton kartun Ben10 di utube, suka dengar lagu Bunkface dan suka menyakat kakak.

Mama dan ayah nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke -3 buat Hafiz, semoga Hafiz diberikan kesihatan yang baik untuk terus membesar di depan mata mama dan ayah. Sentiasa berada di bawah lindunganNya, semoga Hafiz menjadi anak yang soleh, pintar serta berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat di luar sana suatu hari nanti. InsyaAllah...Amin....

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat ambik malam td...

Cheesecake utk Hafiz

Bergambar sebelum tiup lilin

Kakak semangat tul nyanyi lagu besday utk Hafiz

1,2,3 tiup...hee..



***ke laut la diet aku ni gamaknya...haihh...(tp rugi plak kalo x mkn cheesecake ni...hehe)















0 Responses to "Selamat Hari Lahir Hafiz yang ke-3"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...