Bubur lambuk resipi bonda

Author: Nazariah // Category:


Baru semalam terbaca kat FB pasal bubur lambuk...so, dengan tiba2 teringin pulak nak makan. Kat sini nak makan bubur lambuk kenalah masak sendiri, nasib baik memang dah banyak kali buat, so tak rasa susah mana pun....hihi...kebetulan pulak hari ni Encik suami beli ayam goreng dan burger KFC, jadi bubur hanya dijadikan makanan tambahan sahaja.

Resipi ni dapat dari mak, tak guna rempah kurma tapi guna rempah sup. Aku masak pun tak letak santan takut terlalu lemak, nanti muak dan bubur tak tahan lama...

Inilah bubur lambuk yang telah siap dihidang...

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras
  • 5 cawan air ( boleh kurangkan air mengikut kepekatan yg diingini)
  • 1 biji bawang besar - diblend
  • 2-3 ulas bawang putih- diblend
  • sedikit halia- diblend
  • 1 sudu besar rempah sup
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • carrot dipotong dadu
  • sedikit kacang tanah
  • minyak untuk menumis
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah diblend bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah sup. Masukkan sedikit air & masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Masukkan juga carrot dan kacang tanah. Biarkan bubur merenih sehingga daging lembut dan beras masak.
  4. Bila bubur dah masak, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun sup.
  6. Sedia untuk dihidang



2 Responses to "Bubur lambuk resipi bonda"

DiLLaiLa Says :
August 13, 2011 at 7:54 PM

boley try!yeaaayyy..

Nazariah Says :
August 13, 2011 at 9:24 PM

Trylah la...hee...sonang je mcm msk sup daging. cuma ni tmbh beras, carrot n kacang tanah. hilang kempunan....:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...