Roti manis inti kaya

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Semalam pergi kedai Indon, en.suami belilah roti manis inti coklat 2 biji khas utk Aisya. Balik rumah, roti tersebut menjadi rebutan oleh kakak dan abg pulak. Pastu baru perasan haga sebiji roti adalah Aud 1.60...wow, mahal tu.... kalau kat Msia bukan sebiji Rm0.50 ke? ke dah naik harga, aku pun tak tahu...

Jadi, hari ni untuk tak menghampakan anak2 yg tak cukup mkn roti mlm td, mama buat roti manis inti kaya... ni pun kaya homemade tau...hikhik...Jem coklat pulak dah habis, so idea kaya ni dtg dari en. suami. Rasa roti ni, lembut mcm kat kedai juga...ehek...perasan..so, aku tempek resipi roti dan resipi kaya kat sini utk senang nak buat siaran ulangan lepas ni...



Bahan-bahannya

300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, aku bentukan bulat2 je macam buat pau.Setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


Resipi kaya

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • santan pekat (500gm)
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.

2 Responses to "Roti manis inti kaya"

DiLLaiLa Says :
January 16, 2012 at 8:22 PM

cap jempol!biler la saye nak dpt BM nih!haihhh..nak uli malas!huuu

Nazariah Says :
January 16, 2012 at 10:31 PM

Nasiblah ada BM la, kalo nk kena uli mmg xde la (i pun malas juga), ni pun dpt tepung roti free, kalau x mcm mahal je nk beli...tu yg x beli2 tu...haha..:p.. tak susah ghupanya asal ada tepung roti ni ek, InsyaAllah jadik...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...