Akhirnya...

Author: Nazariah // Category:


Saya tak pernah cerita pasal diet di blog ni, so hari ni nak cerita sikit. Sebenarnya, 10 mggu yg lalu saya ada join satu contest di KMMK group di FB. Sebelum join contest ni berat saya adalah 59.1kg dan contest ini tamat semalam dengan penurunan berat sebanyak 4.9kg menjadikan berat saya 54.2 kg. Ini adalah berat yg paling rendah yg saya capai selepas melahirkan Amna. Sebelum ni pun berat paling rendah adalah 57kg....selepas tu berat sy naik hgga 60+ sebelum mengandungkan Aisya.

Ada kawan yg terkejut tgk sy dan ckp sy kurus sbb penat jaga anak ke? Ohh...tidak...hihi, badan saya tidak boleh kurus semudah itu. Yg pastinya, sy terpaksa mengawal pemakanan dan melakukan cara hidup sihat...eceh...

Alhamdulillah, sy sangat happy dengan perubahan ini dan syukur sgt2, InsyaAllah sy akan teruskan higga mendapat berat idaman (48-50kg)...Terima kasih buat suami tercinta yg memberi dorongan dan tak lupa rakan2 diet di KMMK. Love u all.

Ini adalah gambar berat sebelum dan selepas.

Peringatan buat kwn2 yang tak tahu, sila timbang berat anda guna digital scale sbb perbezaan berat dgn analog scale adala 3kg, analog scale sgt tak tepat kerana sy dah timbang guna 3 analog scale yg berbeza dan berat sy ringan 3 kg dari berat sebenar (digital). Jd, jgn terkejut bila berat anda naik 3kg bila timbang di pasaraya atau di klinik...hihi..Sekarang kalau sy timbang guna penimbang analog berat sy cuna 51kg shj...wow, ringannya saya...:p






2 Responses to "Akhirnya..."

ms.GrEEn Says :
April 13, 2012 at 2:28 PM

wow...dah turun..tahniah!!:)

Nazariah Says :
April 13, 2012 at 3:56 PM

Hihi...tq Ms. Green..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...