Aisya's 1st birthday

Author: Nazariah // Category:


As-Salam...

Alhamdulillah hari ni genap setahun Aisya dilahirkan. Pantas sangat masa berlalu, diam tak diam dah setahun umur Aisya. Dah byk akal, dah byk ragam si kecik mama ni. Mama doakan Aisya membesar dengan sihat, dipanjangkan umur, menjadi insan berguna bila besar nanti dan semoga jadi anak yg solehah....InsyaAllah.

Perkembangan Aisya di umur setahun. 
- Belum pandai jalan sepnuhnya, org kata baru lesen L... dah pandai juga 4 ke 5 langkah @ lebih, cuma dia x berani nak jln sendiri..huhu, pelik juga. 
- lambat jln plak si kecik ni tapi dah pandai panjat tangga, panjat meja dan panjat sofa. (mungkit dalam fikiran dia memanjat lebih penting dari berjalan..) hihi..
- Sebelum ni, dia ambik bantal kecik letak bwh, diri kat bantal baru boleh memanjat, sekrg dah terror panjat macam tu je.
-  Suka duduk dalam laci, tgk tv dok dlm laci. Pegi bilik ayah duduk dlm drawer simpan buku kakak pulak.
- Tak suka bergambar, sama mcm abg Hafiz masa kecik. Sgt susah nak ambik gmbr dia dlm keadaan lihat kamera atau senyum.
- Badan masih tembam sebab Aisya suka makan..ehee
- Alhamdulillah jarang sakit. Masa kakak demam, batuk selsema tak jangkit kat Aisya.
- Dah pandai cakap "mama". Jadi ini sebutan pertama aisya la..
- Pandai kalau mama marah nangis, tapi kalau ayah marah selamba pulak dia. Pastu mama cuba marah, nangis tak berhenti dia.
-Suka mengemas buku, habis buku bersepah ke bwh, kadang katalog yg ada dlm laci pun semua dia keluarkan
-Suka main kasut abang
-Dah tumbuh 4 batang gigi, semua gigi atas.
-Pandai berlakon, konon2 penat...tgh2 dia merangkak, tetiba dia baring sambil landing pipi ke carpet..hihi, comel je buat camtu
-Suka sgt geleng2 kepala sambil gerakkan rambut dia..
-Dah pandai main sendiri, kalau mama masak atau sembahyang dah boleh tinggal
-Suka main flash card, suka sangat2..diam je dia main, khusyuk betul
-Suka berjoget, tak kira lah kalau dengar lagu kartun Giggle & Hoot atau Little princess
-Berjoget dlm keaadaan bahaya, atas kerusi, atas car dia, atau car abg Hafiz
-Dah pandai berebut kerusi dgn abg, kalau tak dapat menangis.
-Suka main pen dan kertas, konon2 nak tulis dan yg pelik pegang pencil dgn betul mcm org besar...hihi..
-Suka betul main tekan2 tv, kdg matikan, kdg tukar channel. Kalau sblm ni kea pakai kerusi, tp sekrg dgn berdiri pun boleh tekan, sampai pulak tu..

Kesimpulannya, jaga Aisya selama setahun ni sangat senang alhamdulillah mcm jaga Hafiz juga dulu.Tak sakit, syukur tak pernah demam. Kalau kena selsema pun tak merengek, dua tiga hari dah baik... syukur sgt2 mungkin berkat susu ibu.

Jom layan gambar Aisya siang tadi.

 Kek birthday utk Aisya

 Aisya nangis masa nak potong kek sebab mama paksa pakai hat, ala sian dia

 Bila dah berhenti nangis, Aisya tak tgk camera pulak..
 Abaikan yg comot2 itu sbb kek buat sendiri..tak terror lagi pun..
 Rainbow cake for Aisya
 Nyum3...





3 Responses to "Aisya's 1st birthday"

Lin Says :
July 9, 2012 at 2:31 PM

wah.... akhirnya...rainbow cake...he3...cantik kejadiannya...

Nazariah Says :
July 9, 2012 at 3:54 PM

tq lin, 1st time buat ni tp rasa mcm nipis plak setiap warna tu...kena cuba resipi lain kot..

Nazariah Says :
July 9, 2012 at 3:58 PM

Lupa nk tanya lin, lin dan anak2 sihat? xde entry baru kat blog yg boleh dikongsi....sekrg ni asik bukak blog lin je nk tahu juga keadaan lin di msia..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...