Resipi roti canai

Author: Nazariah // Category:
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 11 kita berpuasa. Lama tak update blog sebab hujung minggu je bz dgn Bazar Ramadhan. Nak cerita pasal bazar pun sampai tak larat sebab penat sgt2. Takpelah, InsyaAllah saya cerita kemudian. 

Hari ni nak cerita pasal roti canai. Sebenarnya dah banyak kali buat roti canai, roti telur dan murtabak tapi asik tak tulis kat blog je. Dah beberapa org tanya resipi roti canai termasuk Lin, ni akak tulis resipi ye..

Bahan-bahan ( 6-8 biji )

  • 2 1/2 cawan tepung gandum (guna cwn measurement) @ 2 cwn tpg
  • 6 1/2 oz air @ 3 1/2 oz air (kalau guna 2 cwn tepung
  • 1 biji telur - size B
  • 1 - 2 Tbsp susu pekat manis
  • 1 tsp garam-6gm
  • 1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli 

Utk yg ada bread maker, boleh masuk terus dalam bread maker hingga siap uli. Kemudian keluarkan dan buat bulat2 hgga menjadi 8 hgga 10 biji. Kemudian rehatkan selama 2 jam. Sedia dicanai. Siap canai boleh digoreng hgga perang.

Ni gambar dah siap, boleh dimakan bersama dalca dan sambal tumis.



 Yg atas ni roti kosong tinggal 2 keping je time ambik gmbr ni..

Yg ni pula, roti telur.

Hari ni dpt buat 2 cawan tepung je sbb dah kehabisan tepung, so dapatlah 6 keping roti kosong dan 3 roti telur.Anak2 makan 3 keping roti kosong sekejap je dah habis. Roti telur pula utk en.suami balik uni nanti. 

Resipi ni mmg menghasilkan roti yg lembut. ( Sama dgn resipi abg saya utk berniaga)..

Selamat Mencuba


*** Resipi murtabak akak masukkan kemudian ye lin..:)






2 Responses to "Resipi roti canai"

DiLLaiLa Says :
August 7, 2012 at 2:53 PM

nak try buat, tp roti canai frozen saye ada 2 keping lagi la pulak..kikiki kena tunggu yang tu habis dulu..

Nazariah Says :
August 7, 2012 at 10:53 PM

hehe, kalau kat sini 2 keping tu laju je la...bdk2 lbh suka roti kosong dr roti telur...makan x pyh cicah kuah pun jadik..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...